Our Chat Room

Monday, April 30, 2012

KEMBARA KHALIFAH: Mimpi Seorang Ayah,Rezeki Anak-Anak

KEMBARA KHALIFAH: Mimpi Seorang Ayah,Rezeki Anak-Anak: Beliau impikan sebuah rumah yang besar dan selesa yang dapat memberikan keselesaan kepada keluarganya.Beliau berdoa kepada Tuhan supaya ...

Friday, April 27, 2012

KEMBARA KHALIFAH: Baba Ismail Sepanjang @Ustaz Ismail Sepanjang

KEMBARA KHALIFAH: Baba Ismail Sepanjang @Ustaz Ismail Sepanjang: Perjalanan ke Yala dan Patani dengan pertolongan Allah tidak terlalu payah.Aku ke sana bersama Ustaz Kamaruddin yang cukup mahir lorong ...

Thursday, April 26, 2012

Telaga Hang Tuah Di Krisik,Patani,Selatan Thailand

Telaga Hang Tuah masih dalam keadaan elok lagi dan airnya bersih. Telaga ini masih digunakan lagi. Airnya bersih. Telaga ini menjadi tumpuan pelancong. Pendek kata pelancong  yang datang biasa akan singgah ke sini. Gambar yang diperlihatkan bukan keadaan asal telaga Hang Tuah. Tetapi tempatnya adalah asli. Supaya keadaannya lebih terpelihara dan bersih,dibina kepungan supaya telaga ini kelihatan kemas dan cantik. Menurut cerita orang tua-tua telaga ini tidak pernah kering walaupun musim kemarau melanda. Airnya tetap bersih,segar dan nyaman. Tidak jauh dari telaga ini ada Mesjid Krisik dan bekas tapak istana Kerajaan Melayu Islam Patani Darussalam. Sayangnya bekas tinggalan istana ini telah dimusnahkan oleh musuh

Dikatakan Hang Tuah mengali telaga ini kerana berhubung kait dengan soal keselamtan.Ini adalah kerana pihak musuh terutama Siam akan melakukan apa sahaja untuk membunuh Hang Tuah termasuklah diracun.Sebagai langkah keselamatan Hang Tuah mengali perigi untuk mendapatkan sumber air buat keperluan rombongannya.

Telaga ini terletak di simpang masuk ke Kampung Krisik.











Inilah Kampung Krisik.Di sudut sebelah kiri gambar ini, ada bangunan yang dibina bagi menaungi telaga Hang Tuah. Telaga ini agak dalam juga.


Oleh Shakir Taha


Wednesday, April 25, 2012

Saemah Bersama Anak Lelakiya

Kami telah 'melariskan' 60 cucuk sate yang dihidangkan oleh Saemah pada petang itu. Kalau petang itu Wak Usop Maulud 'bekas' pekerja kayu balak dari Kluang datang, pasti dia akan mengumpul semua lidi sate dibawa pulang ke rumah. Bukannya hendak dijual tapi dijadikan bahan untuk mengajar matematik. Khabarnya setelah bersara dia menjadi saudagar yang menjual barangan keluaran Esmis Gulam Raja. 

Katanya banyak yang sembuh setelah memakan produk yang dijualnya. Dan yang matipun ramai juga jelas Wak Usop.Oleh kerana yang mati itu telah lanjut usia  dan sempat berkahwin lagi, maka tiada sebarang laporan dibuat kepada pihak yangberkuasa. 


Petang itu apabila Aku sampai di rumah Puan Saemah bersama suami Puan Normadiah, terus menelefon Wak Usop.Dia macam tidak percaya yang Aku berada di rumah Puan Saemah. Lalu Aku hulurkan telefon tangan kepada Cikgu Normadiah bekas penyanyi nasyid bersuara emas era zaman 80an itu.



Oleh Shakir Taha Al- Filfilan

Tuesday, April 24, 2012

Semalam Di Krisik

Pekan Krisik sebelum peristiwa hitam 2004 yang memakan korban ratus anak muda Melayu Islam merupakan pusat tarikan pelancong. Di pekan ini terdapat mesjid tua yang kelihatan seperti belum siap. Ada yang mengatakan mesjid tua ini akan siap apabila Patani merdeka!

Dari segi sejarah Patani Darussalam adalah sebuah kerajaan Melayu yang bersempadankan Thailand. Thailand(Siam) sentiasa mencari jalan untuk menguasai negeri yang kaya dan subur dengan hasil mahsulnya. Ada waktunya Patani diserang dengan hebat sekali. Tokoh-tokoh ulama seperti Sheikh Daud Patani dan Sheikh Abdul Samad Al Palembangi bangun menentang dan berjihad melawan penjajah Siam. Tapi melalui tipu muslimat dan jalinan kerjasama dengan British akhirnya kerajaan Melayu Islam yang bernama Patani Darussalam jatuh tersungkur di kaki penjajah Siam sehingga kini.
Kini Pekan Krisik kelihatan sepi dan tidak bermaya.Tidak ada lagi bas pelancong yang sudi berhenti di sini.Tidak ada pelancong yang berani minum secawan kopi sambil berbual dengan penduduk tempat. Wajah Pekan Krisik klihatan masih bersedih dengan peristiwa berdarah 2004.

Teratak Rahmat Menangis

Namanya Teratak  Rahmat. Penghuninya anak-anak yatim piatu dan miskin. Pusat ini terletak  di Mata Air,Perlis.

Pusat ini kini memerlukan bantuan segara anda semua. Mereka mungkin akan berkata seperti dalam filem P. Ramli," tolong kami,bantu kami anak-anak yatim piatu." Tapi apa yang berlaku ialah senada dalam filem P.Ramli.

Pusat ini dihimpit oleh akta bomba UBBL 1984. Mereka terpaksa mematuhi akta ini demi keselamatan  anak-anak yang tidak berayah dan ibu. Segala berbelanjaan untuk menyiapkan keperluan memakan belanja sebanyak RM50 000.00. Pusat ini telah diberi tempuh selama 3 bulan untuk mencari dana sebanyak itu. Sukarelawan yang bertugas di situ berhempas pulas siang dan malam berusaha mencari sumbangan daripada orang ramai.

Pusat ini mempunyai akaunnya di Bank Mu'amalat. Memandangkan banyak ini tidak banyak cawangan,saya terus menghubungi pihak urusetianya, EncikAzwar Bin Ibrahim. Setakat ini pusat ini hanya mempunyai satu akaun sahaja iaitu  bank muamalat.
Akaun bank Muamalat 0901-0019362-72-9



Sumbangan Anda amat besar nilainya.
JazakaLlah.



Oleh  Shakir Taha


Tuesday, April 17, 2012

Semalam Di Seremban

Aku tidak menyangka dapat bertemu semula dengan Normadiah Naemat setelah 32 tahun. Sebelum Normadiah hendak ke Utara bersama suaminya. Aku berjanji untuk bertemu di rumah Azmi di Sungai Patani. Oleh hari itu aku ada berkursus di Sirim pertemuan itu terbatal. Kemudian baru-baru ini Normadiah bersama keluarganya ke Langkawi. Pun kali ini juga adalah halangan. Dia dan suaminya memang berhasrat untuk berjumpa dengan aku.Pasal mencari rakan lama semaktab Normadiah cukup handal. Ditambah pula oleh sokongan dan dokongan suaminya Robi, semua rancangan menjadi mudah.

Semasa aku ke Seremban menghadiri majlis perkahwinan anak saudara, aku dibawa oleh 'melancong' ke rumah Puan Saemah rakan semaktab yang susah hendak bergambar itu. Aku makan petang di rumah Saemah. Makan malam pula di Seremban bersama Robi dan Normadiah. Besoknya, Robi dan Normadiah membawa aku makan pagi di Medan Selera di Seremban.Makanannya cukup menyelerakan.Tengahari aku ke KL Sentral. Cadangan hendak balik petang. Tiket keretapi petang ke Butterworth sudah habis! "Malam masih banyak."kata wanita di kaunter KTM. Tiba-tiba Salim menelefon aku. Dia mengajak ke rumahnya. Selepas aku makan tengahari Tuan Salim dan isteri serta anak gadisnya, Fatin datang menjemput di KL Sentral. Malamnya aku makan malam di rumah Tuan Salim. Isteri beliau yang masak.Masak gulai ikan sembilang serta telur ikan dan berulam kampung. Ulam itu namanya 'burung tenggek'. Cukup sedap dan lemak rasanya. Sebelum berangkat pulang, aku dibekalkan dengan sebungkus ulam burung tenggek dan sebotol minyak zaitun dara yang berasal dari Syria.

Malamnya itu keretapi bertolak tepat pada masanya. 9.20malam...

Monday, April 16, 2012

Singgah Di Semenyih Bertemu Saemah Hassan

Namanya masih aku ingat.Saemah Hassan anak Melaka. Bila dia buka pencak silat tiada siapa yang mampu merakam gambarnya.Di bawah ialah gambar Saemah dan Normadiah penyanyi nasyid Maktab Perguruan Gaya 1980/81.Entah macam hari itu pencak silatnya tidak menjadi.Mungkin berkat hidangan sate yang kami makan bersamanya petang itu(Jumaat).Oleh kerana silatnya tidak menjadi hari dia bersetuju bergambar setelah 32 tahun menghilangkan diri dan sepi tanpa berita.

Hari yang kami datang(13 April 2012) genaplah 8tahun Allahyarham Mohd Taha Abu Bakar meninggalkan dunia. Beliau meninggal dunia dalam yang begitu muda. Usianya baru mencecah 47 tahun. Al-Fatihah!

Biarpun hari itu,hari dukanya,dia masih mampu menghulurkan senyumannya ke kami.Sekarang dia tinggalkan bersama anak lelakinya di Semenyih.Rumahnya cukup selesa,terletak disebidang tanah lot yang dibeli oleh Allahyarham. Ada waktunya dia pulang ke Melaka menziarahi keluarganya.Saudara maranya masih ramai di Melaka.

Saemah tidak dapat ditemui di 'facebook'. Janganlah cari dia di sini.Bukan dia tidak adainternet. Ada. Tapi entah kenapa.Dia ada kereta tapi agak takut hendak memandu.Jadi yang menjadi mangsanya ialah motorsikal.Itupun hanya untuk ke sekolah(sekarang sudah bersara) dan ke pasar sahaja.Itulah dunianya.

Petang itu sebelum senja merangkak tiba dia sudi bergambar dengan Aku,Normadiah,Robi(suami Normadiah) serta anak Normadiah.(Lihat gambar gambar di atas).

Petang itu Saemah kelihatan begitu ceria,secerai cuaca petang itu.Kami pulang ke Seremban dengan penuh ceria setelah menghabiskan 60cucuk sate yang disediakan oleh Cikgu Saemah. Terima kasih Cikgu Saemah!

Oleh Shakir Taha Al-Filfilan.

Wednesday, April 11, 2012

TIGA TAHUN YANG LALU

Tiga tahun yang lalu aku bertemu dengan dia. Dia memberi tahu yang dia ada darah tinggi. Doktor suruh dia banyak berehat. Dia membawa banyak pil. Katanya dia jarang memakan ubat ini. Ibunya juga memberi aku yang kawan ini 'malas' hendak ubat. Doktor juga menasihatkan dia supaya kerap membuat pemeriksaan kesihatan. Dia buat tak kisah.

Sewaktu aku bertemu dengan dia berkata, "Aku nak kerja sampai umur 60 tahun." Aku tidak berkata apa-apa. Cuma aku berkata, "Penyakit darah tinggi perlu banyak rehat. Jangan terlampau banyak fikir urusan kerja. Bagilah kat orang muda sama."

Kawan aku memang kaki kerja. Siang dan malam. Sekejap ke utara,sekejap ke selatan, selepas itu mesyuarat kat Putrajaya. Memang sibuk sungguh. Aku akui memang dia seorang yang dedikasi terhadap kerja. Tapi dalam waktu yang sama dia harus berlaku adil terhadap dirinya. Dirinya juga punya hak. Hak terhadap diri perlu ditunaikan. Dirinya perlu rehat yang cukup. Sayang sekali hak terhadap dirinya diabaikan. Dalam hal aku tidak dapat berbuat apa-apa. Aku cuma boleh memberikan pandangan sebagai seorang kawan.

Pagi itu aku berjumpa dengan bapanya dipasar. Bapanya kelihatan muram. Senyumannya bagaikan dipaksa. Dia memberi tahu aku anaknya ada dirumah. Dalam keadaan itu tidak sempat bertanya banyak."Nanti saya ke rumah jumpa dia."

Sepulang dari pasar aku terus ke rumahnya. Dia terbaring di atas katil. Dia tidak boleh berkata-kata.Melihat aku datang, dengan tangan yang terketar-ketar dia bersalam. Dia terus menangis. Aku tidak pasti adakah dia mengenali diriku. Aku sedih dan terharu.Isterinya masih di kampung. Buat sementara waktu dia dijaga oleh ibu,bapa dan adiknya. Dia masih muda lagi. Belum mencecah usia 55 tahun. Dia lumpuh dan memerlukan rawatan yang rapi. Baru-baru ini dia telah mencapai usia 55 tahun dan pihak berkuasa telah menghantar kad pesara kepadanya.

Monday, April 2, 2012

MAT SKODING TERKINI

Tidak ramai yang mengetahui nama Harun Abdul Rahman. Aku sendiri menyebut Harun Skoding. Nama Harun Abdul Rahman hilang dikalangan warga gaya. Dan sekarang kalau sebut Harun Abdul Rahman tak siapa yang mengetahui. Contohnya Azmi Tuan yang menghubungi aku hari ini, bila dimaklumkan Harun Abdul Rahman datang ke Pulau Pinang menghantar anaknya yang baru bekerja di sini,tertanya-tanya Harun mana! Bila aku kata Harun Mat Skoding kenallah kata Azmi Tuan.

Malam itu, Aku Mamsin dan Tuan Harun Mat Skoding berbual di Puncak Kafe.Kami berbual panjang.Kisah mi maggi Tuan Omar keluar kembali dan kami ketawa berdekak-dekak. Cerita Tuan Salim Ismail berketayap hijau pun keluar.

Mat Skoding sekarang sudah ada dua menantu dan dua cucu. Diapun sudah ada JP. JP tu janggut putih. Tahun 80an Tuan Skoding kurus sangat. Kalau dengar operasi da***, Tuan Skoding pasti tidak keluar pekan Kota Kinabalu. Takut kena kes naya! Memang Tuan Mat Skoding tidak ada apa-apa. Tapi kerana badannya sinonim dengan makhluk itu terpaksalah dia mengambil langkah berjaga-jaga.

Tuan Harun Skoding masih mengajar lagi. Tapi ada hasrat nak pencen awal tapi tidak berhasrat untuk tambah lagi(berminat boleh belajar dengan Tuan Salim Ketunggap).


Oleh Shakir Taha