Thursday, February 18, 2010
Wednesday, February 17, 2010
Panggilan From.....

Kelmarin.
Tengahari.Waktu tu wa duduk relax-relax.
Wa punya telefon berdering. Berdering kuat macam suara Zainal(Non)
Tengok Yati Adam punya nama muncul dalam wa punya skrenlah.
Dia ada di Pekan Rabu Alor Setar bersama Nik Azimah.
Shoping katanya.
Suaminya A.Razak sama.
Wa mintalah biodata dia. Wa mau bikin setoli
Haiya! Mamsin ho!
Dia bilang susa mau antak.
Nantilah kita olang ajak macam mana mau handel itu komputer.
Kita olang ada sitifiket punya ho.
Bukan main-main punya.
Itu Mamsin ala Master in Komputer lo.
I'm sorry to say
To all of you.
I know you all.
Salam.
Monday, February 15, 2010
Kau Bunga Pujaanku

Segala-galanya masih kekal dalam igauan
Ketika ku mula dekati taman kenangan
Betapa sukarnya untuk kunyatakan kesetiaan
Pada musim yang penuh bermukim
Pada badai yang melanda
Di tangkai tanya
Kini setelah sekian lama
Kau kusunting
Lintuk bayumu
Dan harum baumu
Masih segar dalam taman.
Musim Bunga
University of Manchester
1996.
(sajak ciptaan Abdullah Ngah seorang sahabat baik saya yang pernah menuntut di University of Lancaster. Bekas Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan JPWP, KL)
Sunday, February 14, 2010
Guntoro Anwar,Hobi Berat Karaokean
Dipetik daripada jawapos.comBernyanyi membuat hidup Guntoro Anwar sempurna. Sehari saja tidak karaokean,pria 79 tahun itu bisa gelisah bukan main.
Bagi Guntoro,bernyanyi bukan sekadar hobi. Dia melakukan olah vokal kerena ingin menghibur diri dan mengusir sepi.
"Kalau sudah menyanyi,hati ini rasa senang sekali," tuturnya
Rasa senang tak terhingga itulah yang membuatnya kecanduan bernyanyi. Bahkan,pria kelahiran Surabaya tersebut memiliki waktu khusus untuk memanjakan diri melakukan hobinya. "Sehari dua kali(menyanyi)," katanya.
Mazlan Fadhil Rahman MPG 80/81
Sewaktu berbual dengan Sdr. Zainal Abidin aku teringat akan seorang kawan lama yang tidak pernah aku temui sejak tahun 1981.Beliau dikenali dikalangan kawan-kawan di kolej sebagai seorang yang peramah dan mudah mesra. Sewaktu beliau menjadi freshie beliau dihentam betul-betul oleh senior dan akulah yang menyelamatkannya.Beliau pernah menuntut di Maktab Adabi Bukit Mertajam dan seluruh penghuni Adabi tika itu memanggilnya dengan nama 'Shah Kobat' ( mungkin mirip pelakon Hindi masa itu) . Dato K (suami Siti Nurhaliza) dan kakaknya Zaiton pernah menuntut di Maktab Adabi dan aku sudah lupa tarikhnya.
Aku sering ke Maktab Adabi disekitar 70an berjumpa saudara aku yang menjadi guru di sana iatu Cikgu Suhaimi. Cikgu Suhaimi pernah mengajar Dato K pada masa itu.Semasa di Adabi beliau amat aktif .Beliau pernah menjadi Pensyarah di Maktab Perguruan Tengku Bainum. Mr. Nathan(pensyarah Bahasa Inggeris MPG) pernah mengajar aku di MPG 79/80 juga berkhidmat di sini.
Apabila diberitahu oleh sdr Zainal beliau telah pergi meniggalkan kita untuk selamanya aku terlalu sedih kerana selama ini aku sering teringat dan tercari-cari di mana beliau berada.Semoga Roh Allahyarham di tempatkan bersama para salihin.Aku pernah tinggal sebilik dgn Allahyarham semasa di MPG. Allahyarham seorang yang mesra dan sering menceritakan tentang'S' kerana mereka satu kelas semasa menuntut di Tingkatan 6 di sini. Kadang-kadang kami berborak sampai ke pagi. Besoknya aku terus ponteng kelas sebab tak dapat bangun keletihan.
Semoga keluarganya tabah menghadapi hidup tanpa orang yang tersayang. Al-Fatihah.
(Gambar kenangan bersama Allahyarham sekitar tahun 1980)
Saturday, February 13, 2010
Hashimah Sadi 79/80 PMIA
Sebut saja Hashimah Ranau orang kuat PMIA tentu sahaja anda tidak mudah lupa. Istimewanya kawan kita ini dia pandai memasak. Semasa di kolej, awas kau, suka mencubit kalau dekat. Aktif dalam Pandu Puteri semasa di Maktab. Orangnya selalu ceria. Itulah yang aku ingat. Tiga puluh tahun berlalu.Selepas bergraduat beliau di tempatkan di SMK Mat Salleh Ranau pada tahun 1981.
Pada 1983 ke SK Rampayan,Menggatal,Kota Kinabalu sehingga tahun 1986.
Selepas itu bertukar pula ke SK Darau,Menggatal.
Di SK Darau beliau dilantik sebagai PK Kokurikulum pada tahun 1989.
Oleh kerana prestasinya yang cemerlang beliau dinaikan pangkat pada tahun 1995 sebagai PK Hem di SK Likas sehingga tahun 2005.
Karier beliau terus melonjak sehingga dilantik menjadi Guru Besar SK Lapasan, Telipok,Kota Kinabalu pada 2005 hinggalah sekarang.
Cikgu Hashimah dikurniakan 5 orang anak,2 perempuan dan 3 lelaki.
Sekarang punya seorang cucu bah!
Oleh Shakir Md Taha
Friday, February 12, 2010
PANDU PUTERI MAKTAB GAYA 1980
Wednesday, February 10, 2010
Bertemu Kembali
Kami telah memulakan perjalanan dengan seribu langkah.
Aku,Mamsin dan Non dalam rangka bertemu rakan dari Maktab Gaya.
Di Tapah singgah di rumah Amiruddin Md Som(PG 79/80)
Kami tabik pada Amiruddin kerana kesungguhannya membantu Sekolah Rakyat.
Beliau sebagai orang kuat di sini.
Sebelah pagi di Sekolah Rakyat.
Sebelah petang di SMK.
Mendidik dengan penuh dedikasi.
Gambar TERNOW
Tuesday, February 9, 2010
Gambar Had Dulu
Friday, February 5, 2010
Seditik Bersama Kami P.I.S.2/ 79-80
Oleh Norhayati Adam (NORA)
PIS 79/80
Bil Matab 79/80
Kelas yang riang riuh sekali
Berbagai karektor boleh didapati
Pengajian Inggeris Sejarah kursus diberi
10 saja putra,16 putri!
Penghormatan pertama siwakil kelas
Penunggu surat yang paling setia
24 jam bergerak cergas
Waktu kuliah tak berdaya
Panglima Perang dan Mamak Penang
Borkhan dan Mamsin selalu kamcing
Bonus mark mereka ialah ponteng
Bikin Puan Chu selalu runsing
Sudahlah seopsyen tinggal sebilik
Di dalam kelas sememangnya rapat
Emy dan Nusia memang pelik
Susah betul beri pendapat
Shakir simpan janggut lebat
Orang Kuat Ayatullah Khomeini
Salim pula boleh tahan hebat
Sentiasa feeling ingatkan bini
Halidiah dan sharifah berbadan tegap
Cita-cita nak masuk arina gusti
Seorang Johor seorang Arab
Dalam kelas senyap sekali
Boleh senyum dalam marah
Walau hati mereka rasa terluka
Johny dan Joannes rajin ke kuliah
Sayang sekali asyik terlena
AJK makanan Paulina dan Nil
Sungguhpun gitu makan tak kurang
mazwin dan fauziah bersahabat baik
Maklumlah dua-dua 'Minah Padang'
Badaruddin pendekar sesat Baling
Dahulu pendiam sekarang peramah
Assignments bertimbun tak pernah bising
Pass up on time memang tak pernah
Lenggang lenggok sigadis Ranau
Siti Dayang manis sekali
Siang hari pun boleh mengigau
Sebab jawatan banyak sekali
badan kurus tinggal tulang
Saskiah dan Yati Salleh diam berisi
Turun tangga selalu melayang
Paling anti pendidikan jasmani
Wan Zainuddin teruna Penang
Mahu posting di Kota Belud
Dia ni jarang-jarang ponteng
Tapi sesekali tu adalah belot
Khor Yip Mau berkaca mata
Member senasib siYeop Mat
Kedua-dua lagak bak Professor
Thursday, February 4, 2010
Gambar PIS 79/80
Kenangan lama mengusik jiwa.
Gambar di Maktab Perguruan Gaya,Kota Kinabalu.Masa muda cukup bergaya
Udah tua hidup berjaya.
Sedih rasanya beberapa orang rakan PIS tidak dapat dirakam dalam gambar ini.
Bukan kerana apa-apa
Mengantuk dan terlena!
Puas Yati Adam mencari.
Hampir-hampir mau menangis Si Penolong Ketua Kelas ini.
Yang tidak ada dalam gambar ini.
1.Aku,Shakir Md Taha Al-Filfilan
2.Mohd Mamsin Al-Filfilan
3.Salim Ismail Al-Filfilan Wa Balik Pulau
4.Badaruddin Khatib Al- Balingi.Darul Aman
5.Wan Zainuddin Al-Filfilan (Negeri Di Bawah Bayu)
Oleh Shakir Md Taha
Tuesday, February 2, 2010
Zaman Muda Dahulu-Koir Maktab Perguruan Gaya 79/80
Berdiri di belakang: kiri ke kanan Sharifah Faridah(PIS) No.3 Paulina,No.8Mazwin No.9 SaskiahHadapan: kiri ke kanan No.4 Nik Azimah(PIS) No.6 Kah Fui Yun(?) No.9 Fauziah Jepun(SRT) 10. Salmah Yunus (PMIA) No.12 Siti Dayang (PIS)
Maaflah Aku pun tak berapa cam(kenal) sangat dengan yang lain.
Kira-kiranya ada masih kenal dan cam gambar siapa itu komenlah.
Mamsin can you cam siapa mereka.
Paulina you masih boleh ingat tak
Siti Dayang boleh ingat balik tak
Nik tentu boleh tolong bantu
Oleh Shakir Md Taha
Mazwin Tajuddin

Mazwin Tajuddin yang saya kenali 30 tahun lalu.
Seorang yang cukup peramah.
Baik hati.
Suka membantu.Pernah sekali sewaktu aku hendak ke Pekan Luyang dia minta aku belikan sabun dan serbuk pencuci.
Aku hanya mampu tersenyum.
Aku hanya ada duit cukup untuk makan ais krim sahaja.
Mazwin cekap menangkap bahasa isyarat Aku.
Dia menghulurkan RM10.00. Aku tahu Mazwin banyak duit.
Tapi tak pernah meminta pinjam daripada dia.
Pernah sekali dia membantu aku menyiapkan asainmen Bahasa Inggeris.
Aku tahu penguasaan Bahasa Inggerisnya cukup baik sekali.
Beliau jarang sekali bercakap Bahasa Melayu dengan Aku.
Dan kerana itu Aku lebih banyak bercakap Bahasa Inggeris dengan dia.
Mazwin cukup aktif dalam bidang sukan.
Selalu dia turun bermain hoki dengan Paulina( Sharina)
Dan kalau tak silap Mazwin terlibat dalam pasukan pestarama.
Berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang sekarang menetap di Kuala Lumpur.
Khabarnya punya 3 orang anak.
TerNOW Win punya 7 orang anak bah!(Aku punya 6 orang anak dan isteri baaruu seorang dan ada 3 vakansi lagi)
Lima lelaki dan 2 orang puteri=7 orang
Tak boleh Akses- Minta Paswod
Kah,kah,kah,kah. Aku terkejut bila kawan minta paswod nak akses blogpis.
Kalau begitu nampaknya faham-faham ajelah Mr.Mamsin.
Tak apa Mamsin bila ada program dekat situ Aku cari dia.
Aku bawa laptop sekali.
Tunjuk macam nak buat.
Pakai main telefon tak jadi.
Benda hand-on punya payahlah sebab dia buat payah.
Kalau reti jadi tak payah.
Kalau begitu nampaknya faham-faham ajelah Mr.Mamsin.
Tak apa Mamsin bila ada program dekat situ Aku cari dia.
Aku bawa laptop sekali.
Tunjuk macam nak buat.
Pakai main telefon tak jadi.
Benda hand-on punya payahlah sebab dia buat payah.
Kalau reti jadi tak payah.
Subscribe to:
Posts (Atom)

