Our Chat Room

Wednesday, May 19, 2010

A FRIEND IN NEED



Poem

A Friend in Need

If I could catch a rainbow
I would do it just for you
and share with you its beauty
on the days you're feeling blue
If I could build a mountain
you could call your very own
A place to find serenity
A place to be alone
If I could take your troubles
I would toss them in the sea
But all these things I'm finding
are impossible for me
I cannot build a mountain
or catch a rainbow fair
but let me be what I know best
A friend that's always there

Sunday, May 16, 2010

Pesanan Ringkas Yang Diterima-Sempena Hari Guuru


Dulu,murid hormat dan takut Guru.kini...Guru takut murid. Dulu,Guru chalk and talk. Kini,guru kena slow talk.Dulu,Guru boleh claim.Kini....tak boleh complain.Dulu,Hari Guru dapat wang saku. Kini...Hari Guru dapat'penyapu'....kena Gotong -Royong....Ha,Ha,Ha,....SELAMAT HARI GURU.

GIBAH ITU INDAH

KATAKAN TIDAK UNTUK BERGUNJING


'Gibah itu indah,ngawur kamu"'sentak Inas kuat-kuat kapadaku,ketika puisi yang berjudul gibah itu indah terpampang di mading kampus. Mau tahu puisinya seperti apa?

**********

Gibah itu indah.

Gibah itu indah,bisa membuat hubungan kita dengan kawan-kawan menjadi dekat.

Gibah itu indah, kerana dilakukan berjama'ah dan atas dasar suka sama suka.

********
bersambung (Lihat http://www.eramuslim.com/)

Saturday, May 15, 2010

SENIOR AKU AG MORE SAFIE


Ag More Safie

Anak kelahiran Kimanis.
Lepasan MPG 78/79.
Kawan rapatnya Yeop Mat(PIS 79/80)
Guru pelatih beropsyen sains.
Sekarang mengajar sejarah dan pendidikan sivik dan kewarganegaraan
Katanya dalam perbualan telefon 5 tahun lagi pencenlah dia
Sekarang mengajar di SMKA Limaun Kimanis.

Friday, May 14, 2010

BICARA SEORANG GURU


SAJAK

Oleh Shakir Md Taha




Bicara mereka
Guru adalah segala-gala
Mengajar tulis baca


Bicara mereka
Guru pembuka bicara hati dan mata
Mengangkat anak didik ke martabat alam pesada


Bicara mereka
Guru bukanlah Salman Al-Farsi
Biarpun ada waktunya seperti kandil membakar diri


Dan,
Masih adakah hati seorang Perdana Menteri yang berkuasa
Masih adakah hati seorang peguam yang menang bicara
Masih adakah hati seorang ulama yang berfatwa
Menziarahi guru di waktu usia senjanya
Menziarahi guru di waktu dukanya
Mendoakan gurunya di waktu senggangnya


Bicara mereka
Guru tidak pernah melahirkan Malim Kundang
Guru tidak pernah melahirkan Si Tanggang
Tidak juga Kitol
Tidak juga Mendeliar
Biarpun ada waktunya terlantar sengsara


Guru pahlawan bicara dan pena
Mendobrak pemikiran yang kacau lena
Guru penyambung nafas umat selamat.




Dari Kota Ke Desa

Kelmarin aku berjalan ke kota.
Mencari sekeping keikhlasan.
Maaf ya Encik, kami hanya menjual mimpi.

Mungkin di desa ada,fikirku
Encik dari Kota ya?
Di sini kami hanya menjual yang terlaris!
Menjual mimpi!

Di kota
di desa
satu jawapan yang sama kuterima
Menjual mimpi.
Aku bersabar lagi.

Mungkin ada syarikat gergasi yang mahu memproduksi keikhlasan
Di kaunter aku bertanya........
Encik,sampai kiamatpun tidak ada.
Kami hanya memproduksi mimpi.
Ini jaminan syarikat
Kami mampu menghasilkan mimpi terbaik.

Aku singgah di mesjid
Waktu solat sudah tiba
Habis solat aku bersalam dengan seorang tua
Berwajah putih berseri
Senyumnya megar sekali.

Anakku,aku tahu kamu mencari keikhlasan
Di kota,di desa
Semuanya terlalu payah
Tetap ada,anakku
Di dalam dirimu!
Di dalam diriku!


Oleh Shakir Md Taha




Thursday, May 13, 2010

Gara-Gara Shalat,AktorTerkenal Turki Disangka Gila

Gara-gara melaksanakan ibadah shalat,Yasar Alptekin,aktor sekaligus model terkenal di Turki. disangka gila oleh sebahagian kalangan. Meski demikian, Alptekin mengaku serasa dilahirkan kembali setiap kali melaksanakan shalat.

Lihat:http://www.eramuslim.com/

Kawanku Salim Dan Facebook

Sdr. Salim yang dirahmati Allah.
Setelah Sdr.menghilangkan diri sekian lama ramai kawan bertanya di mana Sdr.
Dalam facebook tiada kutemui.
Badaruddin,Zainuddin,Mamsin dan ramai kawan bertanya di mana Anda.
Soalan yang tidak boleh Aku jawab.
Tentulah Aku tidak jawab.

Aku masih teringati ketawa hilai anda di LG.
Waktu malam membaca Yaasin.
Tengah malam membaca surat daripada yang tersayang.
Sekarang yang tinggal hanya kenangan.

Aku gembira sekali bila Sdr. mula menulis dalam blog yang diideakan oleh Mamsin danAku sebagai pemacunya.
Menulis dalam blog memang megembirakan dan ada waktunya cukup mencabar.
Seperti biasa aku terima cabaran itu dengan husnulzan.
Itu aku fikirkan suatu kebaikan.
Kita fikirkan yang baik,maka kita jadi lebih baik dan sihat.
Dalam usia menunggu beduk berbunyi banyak kebaikan yang boleh kita lakukan.
Aku fikir Non pun setuju.

Berbalik ke facebook yang aku tidak ketemui wajah Anda.
Kawan lama MPG ada kutemui dalam facebook.
Setelah 30 tahun berlalu rasanya sukar untuk mengenali mereka.
Tapi wajah Sdr.tidak banyak berubah dan mudah dikenali.

Jumpa lagi di Putra Jaya.
Salam.

Shakir Md Taha

Wednesday, May 12, 2010

CATATAN MINGGU INI.

Malik kata ada masalah ID
Tak boleh log in
Tukar password baru

Cuaca panas membakar
Waktu tengahari
Hujan petang
Ada kawasan yang hampir banjir
Ada supermarket baru yang sedang tumbuh di kawasan kami.
Belum beroperasi
Khabarnya TESCO

Malam budak burger membuka gelanggang
Ada waktu ramai pelanggan
Ada waktu boleh dibilangan dengan jari.
Dan gergasi TESCO semakin ramah dengan pelanggan.
Kedai kecil dipinggir jalan hidup segan mati tak mahu.
Pun begitu masih ada pelanggan setia.

Kawan ku Mamsin berlalu sibuk
Salim riang ketawa
Entah apa aku tak tahu.
Zainal sekali sekala terdengar "Hello".

Monday, May 10, 2010

MEREKA YANG TELAH PERGI

Gambar atas Normat Silui
Abdul Ghani Rashid


Mereka telah pergi menemuiNYA
Bawa pahala.
Bawa dosa

Kita di sini
Doakan mereka
Al-Fatihah dihadiahkan buat mereka
Sementara menunggu beduk berbunyi
Tiba waktunya pergilah kita menemuiNYA
Biarkan mereka sedu dan sedan
Itu fitrah manusa.
Kita semua akan kembali ke kapadaNYA
Bila tiba waktunya.


Oleh Shakir Md Taha

Saturday, May 8, 2010

BALIK AWAL

Cuti belum lagi.
Beduk belum berbunyi.
Ertinya perlu menunggu hari.
Bosan menunggu .
Kuliah sudah tiada.
Cuma perlu tarikh penerbangan balik.
Tiket balik ke Semenanjung sudah diuruskan oleh pihak Maktab.
Kami berpakat balik awal daripada tarikh yang ditetap oleh Maktab.
Flight balik ditetapkan oleh Maktab.
Aku,Mamsin dan Badar setuju 'cabut' awal.
Kami pergi berjumpa dengan kerani bertanyakan hal tiket.
Katanya tiket sudah siap.
Esoknya kami ke Kota Kinabalu jumpa pengurus agensi penerbangan.
Kami berbincang dengan dia dan bersetuju untuk penukar 'flight' lebih awal.
Ada kekosongan katanya. Kami terus ambil.
Kawan-kawan lain tidak mahu ikut serta dengan rancangan kami. Takut pun ada.
Semuanya sudah siap diatur. Petang teksi datang mengambil kami.
Aku,Mamsin,Badar dan Ridzuan terus meluncur dengan teksi ke SMK Sanzac
Dari situ kami keLapangan Terbang Kota Kinabalu.
Pukul 3.00 pagi baru berlepas.
Baru tahun pertama di Maktab,1979.
Untuk sementara waktu kami mengucap
Selamat tinggal 'nasi kawah'
Selamat tinggal daging impot
Selamat tinggal roti mayat
Selamat tinggal pisang emas setengah masak.
Jumpa lagi di tahun hadapan.


KEMBARA JALANAN KE SANDAKAN



Di Sandakan ada Mamsin,
Salim di sini
Tak bertemu dengan dia
Khabarnya pulang bertemu bini
Kerana rindu yang merebak rasa
Omar Taukeh Maggi pun di sini
Ke pasar bersama membeli udang galah
Murah harganya
Segar
Sedap rasanya bersama kari menari.

KEMBARA JALANAN MENCARI RAKAN




Berhenti sebentar di Tambunan
Sekadar menghilangkan keletihan.
Udara nyaman di sini.
Sekali-sekala angin sejuk menampar muka.
Pepohon segar hijau.
Segar mata.
Tenang jiwa.

Monday, May 3, 2010

ZULCAFLY AWANG

Anak kelahiran Trengganu.
Bercita-cita hendak menjadi pilot.
Diterbangkan ke Kota Kinabalu.
Hinggap di Maktab Gaya.
Maka jadilah dia seorang guru.
Mengajar tulis baca dalam Bahasa Inggeris.

Mahir dalam melukis komik
Menggunakan nama pena KalamTimur
Sekarang mengajar Bahasa Inggeris dan IT.
Di SMK Chendering,Trengganu.

Saturday, May 1, 2010

EGOISME

Egoisme suatu penyakit hati.
Dalam tasawuf Islam egoisme menghalang ataupun tirai yang menghalang
manusia melihat Tuhan.
Egoisme menjadi hijab.
Egoime rumah sempit yang harus ditinggalkan untuk mendekati Tuhan.
"Siapa yang keluar dari rumahnya berhijrah kepada Allah RasulNya..
(QS 4:100)


Dalam psikologi Islam,manusia lebih mudah berbuat baik daripada
berbuat jahat.
Jadi secara psikologinya manusia yang berbuat baik itu lebih sihat
apabila ia melakukan kebaikan.
Melakukan kebaikan seiring dengan fitrah manusia.
Seorang wartawan terkenal Albert Camus(meninggal dunia 1960) dalam novelnya Wabah menceritakan seorang doktor yang menolong mangsa-mangsa wabah dengan membahayakan keselamatan dirinya.

Doktor itu berkata, "Aku tidak tahu yang berlaku nanti terhadap diriku dan apakah kesudahannya. Yang aku tahu ada orang sakit yang perlu diubati....tidak ada heroisme di sini.
Hanyalah kesopanan biasa. Aku kira heroisme tidak menarik hatiku. Yang utama hanyalah menjadi manusia,being a man."