Our Chat Room

Sunday, August 22, 2010

SALIM BIN ISMAIL



Semalam shakir bertanyakan tentang perkataan 'ketunyap'.Ramai yang bertanya adakah ini nama bapanya atau gelaran istimewa.Bukan.Bukan special . Bukan .Perkataan salim ketungap tercipta bukan kerana glamour sekadar suka-suka.Di luar sana orang tidak kenal salim ketungap.Hanyap dikenali di dalam Blog Gaya College sahaja.


Ketungap ...bukan nama glamour.Ketungap mempunyai sejarah tersendiri.Kita mengenali seseorang dengan nama dan satu nama dipakai beribu-ribu orang.Jalan yang paling mudah kita cipta satu gelarany yang begitu special supaya tidak tertanya-tanya adakah ini Salim Ismail. Terima kasih yang mengenali Salim Ketungap.Ketungap bukan nama BAPA AKU...


Sejak zaman persekolahan menengah lagi perkataan ini telah wujud.Kalau dibelek di dalam kamus dewan pun tidak akan terjumpa erti perkataan ini.Ketungap wujud daripada perkataan ..BENGAP. Orang Penang mencipta perkataan tersendiri bukan ikut daerah tetapi suka-suka sebagai kiasan dan bukan pepatah atau simpulan bahasa.Bukan.Tidak ada dalam buku atau kamus atau kitab suci.



Di sekolah menengah lagi perkataan ini telah wujud.Perkataan-perkataan lain seperti 'shiru' 'hapserenapete' , 'stain', 'mangkok hayun', 'mat best', 'minah karan', 'kuda kayu', 'mat tirap', 'rambutan lekang, 'lebai pulut' 'mat gian',' pedukang' dan banyak lagi perkataan yang digunapakai dikalangan remaja waktu itu.Perkataan-perkatan ini mempunyai erti yang tersendiri.Perkataan yang digunakan bukan untuk memalukan atau menjatuhkan maruah seseorang sebaliknya menjadi hiburan dan senyum sinis apabila didengar.



Perkatan Ketungap telah pun wujud semasa aku di sekolah menengah hampir 40 tahun yang lalu.Perkatan ini terbawa-bawa hingga aku di gaya college.Diibaratkan sebagai satu legenda.Bukan aku digelar 'Ketungap' tetapi aku selalu menggunakan perkataan Ketungap apabila bercakap.Kalau aku bercakap orang tak faham aku akan kata ...Ketungap..



Di Gaya college perkataan ini dipelopori oleh geng-geng PIS terutama Badar dan Wan Zainuddin.

Kalau aku ponteng kelas mereka akan bertanya..Mana pi Ketungap?

Semasa aku berada di seberang sana perkataan-perkataan seperti F---, Wa-----r dan Ba----d adalah perkataan yang menjadi kebiasaan semasa bercakap dan menjadi satu amalan yang akan disebut apabila perasaan tak puas hati wujud.

Selagi aku bersama blog ini nama itu akan terus hidup sebagaimana hidupnya nama SALIM ISMAIL.


Saturday, August 21, 2010

Anonymous Comments

Salam,

When we first started the blog, I set "comments" to be opened to all, ie any visitors can post comments but after some 'unethical' visitors posted 'unethical' comments, I decided to limit comments only to registered users, ie followers & authors only. But since that created problems to the not so ICT savvy, I have decided to reopen anonymous comments, so pls dear visitors ... be ethical ... kita orang Malaysia bersopan santun. So, dear all post kan komen tn/pn supaya blog kita lebih meriah, we need more participations, not just merely visiting.

Happy blogging.

Wassalam.

Kak Siti Dayang Melirek Senyum Di Kundasang














Minum sudah,makanpun sudah. Semuanya
Kak Siti tanggung beres. Salim kata Siti masih
cum dan bergaya. Penampilan kena jaga Tuan
Salim.



Friday, August 20, 2010

Kembara Menjejak Rakan

Perjalanan kami ke Kundasang cukup indah,seindah Gunung Kinabalu yang tegak menghijau. Hari itu kami dibawa oleh Siti Dayang Suhaimin untuk makan kenduri di rumah kaum kerabatnya di Kg Kinasaraban. Kampung ini terletak dikaki Gunung Kinabalu. Kampung ini cukup kaya dengan tumbuh hijau.
Orang kampung di sini rajin bertani. Di laman rumah mereka dipenuhi dengan sayur-sayuran.

Kenduri dikampung ini bermula jam1.00 tengahari.Banyak sungguh lauk-pauk yang dihidangkan. Khabarnya seekor sapi telah dikorban pada hari kenduri. Para hadirin mula datang pada pukul 1.00 tenghari dan berakhir pada pukul 8.00 malam. Pada sebelah malamnya,kesunyian malam dipecahkan dengan nyanyian karoke. Di sini kami sempat bertemu dengan Ayahanda Sharina@Paulina. Paulina rakan sekelas Aku dan Salim. Bapa Paulina dalam usia 71 tahun kelihatan segak dan sihat. Kami sempat berbual dengannya. Pada mulanya Aku kira umurnya dalam 60 an sahaja. Tidak rupanya. 71 tahun. Tegap dan sihat. Tinggi kira-kiranya 5kaki 8 inche. Bersongkok hitam dan berbaju lengan panjang. Memakai baju batik corak Indonesia. Petangnya Aku dan Salim bertolak ke Ranau.

NEW TITLE, NEW OUTLOOK

Howdy/Salam utk semua,

Memandangkan blog kita mempunyai capaian/hits yg agak memberangsangkan; melebihi 12,000 dalam tempoh lebih kurang 9 bulan shj dan juga mengambil kira pendangan & pendapat kawan-rakan, saya telah menukar 'Title" blog dari Gaya College Class of 79/80 kepada Ex-MPG, Kota Kinabalu.

Pada peringkat awalnya sewaktu saya & maulana Shakir merancang utk create blog ini, memang lah onjektif kami hanya utk mengumpul rakan-rakan dari PIS class of 79/80 shj, tetapi kemudiannya melalui blog ini ramai lagi kawan-rakan dari opsyen lain dan cohort lain yg turut serta. Ramai yg mengadu "... oohh, blog ini untuk geng PIS saja, so kami tak mau join la ...", so here guys & girls, I have changed the title and the outlook to reflect the multi options and multi cohorts members & visitors!

We even have visitors from across the globe; from as far as USA, London and even Russia!

But, I am so sorry, I cant change the URL of the blog "pisgayacollege" 'coz if I do so, ramai pulak yg akan 'kehilangan' blog ini nanti. Tak pa lah noo, URL tu address saja, bukan ada apa-apa pun.

Happy blogging! Cheerio.

Wednesday, August 18, 2010

Sepetang di Kampung Terang,Pulau Pinang


Aku pernah ke Kg Terang,Balik Pulau.Pulau Pinang 30 tahun dahulu bersama Mamsin. Kami ke rumah Salim dan makan tengahari di situ.Ibu Salim yang masak. Cukup sedap dan menyelerakan. Kari dan masak lemak habis licin kami makan. Kami ke rumah Salim dengan bas. Berhenti dekat simpang dan berjalan kaki ke rumah Salim kira 1/2 kilometer. Tidak terasa penat.

Tapi kali ini Aku ke rumah kelahiran Salim bukan untuk makan tengahari tapi kerana menziarahi Ibunya yang sudah uzur. Bapa Salim dalam usia 89 tahun masih kelihatan segar. Dia tidak diserang sebarang penyakit. Kelihatan serious tapi peramah bila bertemu dan berbicara.
Hari itu sewaktu Aku sampai Ibu Salim kelihatan letih. Beliau sakit. Petang itu terpaksa dikejarkan ke Hospital Besar Pulau Pinang. Aku sempat bertanya kepada Dr. Yeoh yang bertugas pada itu petang tentang kesihatan Ibu ini. Menurut Dr. Yeoh wanita ini mengalami masalah kekurangan darah dan perlu ditambah darah. Dr.wanita ini cukup baik tutur katanya dan peramah. Semoga Ibu Salim cepat sembuh.

Suhaindo Rembayau Kawanku
















Suhaindo Rambayau kawan baik Aku berasal dari Kota Belud. Beliau semasa di Maktab Gaya menjawat jawatan sebagai Yang DiPertua Maktab Perguruan Gaya 79/80.Orangnya cukup 'cool'

Dalam kunjungan Aku ke Sabah Jun lalu(2010) bersempat berjumpa dengan beliau. Salim yang bersama Aku dalam kunjungan ini cukup terharu dengan pertemuan ini. Aku masih lagi ketika menulis sajak. Bila siap sajak, Aku minta Suhaindo yang menulis tajuknya. Biasanya tajuk yang diberikan itu sesuai dan Aku setuju.Biasanya sajak Aku hantar ke 'Borneo Bulletin' atau 'Daily Express'.Adakalanya ke Sabah Times.

Wednesday, August 11, 2010

1 Ramadhan

Hari ini bermula kita berpuasa
Lapar dahaga digantung sementara
Cuacapun cukup girang
Mentari belum lagi garang.
Petang di sini tiada hujan
Petang cuaca kelabu
Pasar Ramadhan membuka pintu hari ini.
Macam-macam ada dijual.

Penjual di pasar ramadhan senyum girang
Air tebu habis dijual.
Air tebu tanpa ais RM1.50
Air tebu berais RM1.00
Kuih habis dijual
Lauk habis dijual
Tiada yang tinggal

Mat Bangla pulang petang
Mat Bangla pulang berbaju merah
Minah Indon pulang petang ke sarang

Yang tiada puasa datang petang
Hidangan judah dibeli buat makan petang.
Inilah tanda awal ramadhan.

Suatu Daerah Yang Luka
















Di daerah selatan
Aku lihat saudaraku disayat
Ibu bertudung hitam
bertenun duka nestapa
bersama lilitan belasungkawa
yang panjang
dan sudah lama air mata kekeringan
kerana sudah lama berhenti berkabung
yang matinya sudah tidak terhitung
Kematian begitu rutin
begitu sering
setiap hari
dan berbaris bersama puisi nisan
senapang dan darah.

Tuesday, August 10, 2010

Namanya "IBU"

Dia sentiasa membahasakan dirinya Ibu. Kami guru pelatih MPG dipanggil anak dan kami menerimanya dengan senang hati. Biarpun 30 tahun telah terlalu Ibu tetap segar dalam ingatanku.Ibu tidak pernah padam dalam ingatanku. Lantaran dia membahasakan dirinya Ibu aku lupa hendak bertanya namanya yang sebenarnya. Kasihnya kepada kami tidak pernah luntur. Guru-guru pelatih MPG adalah seperti anaknya sendiri. Ada waktu ketika ramai rakan turun ke padang waktu ibu memesan 'datang petang ini ya'. Memanglah ada 'durian runtuh'. Daging masak rusa. Ibu bawa dari Petagas. Di masaknya di rumah. Aku ke bahagian dapor. Di situ aku makan bersama Wan Z. Wan Z AJK makanan. Aku tiada sebarang jawatan. Sekadar guru pelatih biasa yang pergi dan balik dari kuliah.

Ibu tidak pernah melarang kami ke dapur. Ibu senang sekali bila aku ke dapur berbual-bual dengannya. Ibu jarang mengambil cuti. Orangnya suka makan sireh dan juga suka merokok. Orangnya berkulit sawo matang,bersumuntal di kepalanya. Beliau akan pulang ke Petagas setelah selesai tugasnya. Biasanya Ibu pulang agak larut petang. Ibu cukup bimbang kalau anak-anaknya tidak makan. Seingat Aku dia tidak memanggil kami dengan nama 'Cikgu'.Dan juga kami tidak pernah menyebut nama Cikgu dihadapannya.

Aku mengenali Ibu pada tahun 1979. Beliaulah yang menyediakan masakan untuk kami. Ada waktunya Ibu merungut juga kerana bahan masakanber tidak lengkap. Dalam hal ini Ibu tidak boleh berbuat apa-apa. Dengan kreativiti yang ada Ibu meramu juga bahan yang sedia ada walaupun hatinya tidak puas.

Selepas keluar Maktab(1980) aku tidak lagi bersua wajah dengannya, Tidak juga ku dengar berita tentangnya. Mungkin kerana dia orang kecil tapi bagiku beliau orang yang berjiwa besar. Awal-awal pagi sudah berada didapur siap untuk bertempur dengan ikan, sayur dan daging. Sayur dipotong,ikan disiang, daging dicincing buat anak-anaknya yang tercinta. Kasih seorang IBU yang tidak dapat Aku lupakan. Selagi hayat dikandung badan jasa IBU tetap ku kenang.Dekat dimata,dekat dihati,Kaulah IBU.

Ditulis oleh Shakir Md Taha sebagai penghargaan kepada IBU yang namanya tidak kuketahui sempena menyambut kedatangan Ramadhan.

Monday, August 9, 2010

Koperasi dan Bilik LG 2

















Tiada yang kekal dan abadi. Bila tiba waktunya akan berubah dan hilang ditelan waktu. Begitulah yang terjadi kepada bilik LG2 tempat kami menginap sewaktu menjadi guru pelatih 30 tahun dahulu. Di sinilah Aku tinggal bersama Mamsin,Azmi Razali,Badaruddin Khatib,Rosman Md Ajis dan Saari Md Dali.
Di bilik inilah sewaktu minggu orientasi Mamsin mengurung Si Rosman dalam lokal.Lokal ini tidak berkunci. Setianya Si Rosman menanti di dalam lokal ini sehingga dibuka oleh Mamsin yang hampir terlupa dia mengurung juniornya.

Di belakang bilik kami ada koperasi. Ramai guru pelatih ke sini selepas mendapat elaun. Aku tidak berminat ke sini. Menu utama di sini soto dan rojak. Seingat Aku, Tuan Zainal dan Azmi Tuan menjadi jurujual di sini. Dan khabarnya dalam tahun 1979 koperasi ini mengalami kerugian. Tuan Mamsin tahu jawapannya walaupun dia bukan AJK koperasi. Bagaimanapun menurut Tuan Zainal pada tahun 1980 koperasi kembali pulih.

Sekarang(2010) aku tidak pasti di mana lokasinya. Aku tidak sempat mencarinya sewaktu Aku kembali ke IPG baru-baru ini. Biarlah Momin sahaja yang menjawabnya.
Bilik LG2 tiada lagi penghuninya. Yang ada di sini hanyalah bantal dan tilam terbaring kaku. Diam dan tiada bersuara seperti Si Rosman 30 tahun dahulu. LG2 sudah menjadi stor. Asrama ini kini dikuasai sepenuhnya oleh wanita.

Di bilik ini jugalah Prof Rosli Ayam pernah tinggal buat seketika. Di bilik inilah pernah dilawati oleh Puan Rita Jaafar,Penolong Pengetua ketika revolusi Iran memuncak. Dan dibilik ini juga lahir beberapa orang yang memegang ijazah sarjana dan PhD.

Di sinilah seorang junior yang bernama Saari Md Dali terus memanggil kami 'Abang' walaupun saat sudah berlalu. Dan sehingga kini masih ada junior yang memanggil Aku dengan nama Abang walaupun dia sudah berabang. Katanya sebagai tanda hormat. Namanya Normadiah yang selalu membahasakan dirinya sebagai Yah.

Friday, August 6, 2010

Kantin Institut Perguruan Gaya,Kota Kinabalu Terkini
















Inilah dewan makan di Institut Perguruan Gaya Kota Kinabalu yang terbaru. Sisa-sisa semalam sudah tiada. Di sinilah Aku,Mamsin,Salim,Momin,Marianah,SitiDayang,Paulina,Fauziah Jepun Fauziah Mahmud .Neda Hashimah,Zainal Robert,Hartini,Zahari,Yusof Maulud bersarapan,makan tengahari dan malam selama 2 tahun. Roti 'mayat',pisang emas,pisang rastali memang tidak asing lagi bagi guru pelatihh zaman kami. Nama-nama yang disebut itu tiada lagi di sini kecuali Momin. Momin penunggu setia di sini. Momin sekarang berwajah baru.Beliau sebagai pensyarah di sini.

Kerusi meja semuanya baru. Seperti sebuah restoran. Meja dialas cantik. Ada macam gerai.Ada kipas angin.
Dahulu semuanya tiada. Meja makan panjang tiada beralas.Daging impot yang berusia 7-8 tahun dihidang,dijamah,dimakan.Itulah yang ada. Tiada sambal belacan,tiada ulam petai,tiada budu,tiada cencaluk. Roti berpalitkan jam dan pelanta. Tiada 'kraft cheese',tiada butter from Australia. Kadang-kadang roti dan telur rebus bertaburan di atas meja. Tiada yang sudi menjamah.

Inilah menu kami selama dua tahun yang menjadi darah daging. Inilah makanan kami. Sekali sekala dengan kasih sayang ibu tua di kantin MPG Aku dan Wan Z dihidangkan rendang daging special. Sedap dan cukup menyelerakan. Salim tidak tahu hal ini. Mamsinpun tiada tahu hal ini. Seingat Aku Ibu itu tinggal di Petagas. Kadang-kadang daging yang dimasak di rumahnya dihidang untuk Aku dan Wan Z. Aku terkenang budi baiknya.Entah hidup,entah mati. Aku tidak tahu. Tiga puluh tahun berlalu rasanya macam baru kelmarin.


Bergambar Bersama Ibu Siti Dayang Suhaimin



Sebelum ke Ranau Aku dan Salim singgah sebentar di rumah
keluarga di Siti Dayang. Kami sempat berbual dengan ibu
Siti Dayang.Ibunya cukup peramah dan menanya Aku satu
soalan tentang sireh. Orang tua-tua di Semenanjung ada
makan sireh. "Masih ada."
Ibu Siti cukup suka makan sireh pinang. Gigi menjadi kuat.
Aku lihat sendiri tiada gigi yang tanggal.
Semuanya masih kuat dan kukuh.
Aku masih ingat lagi amalan orang yang mengamalkan ilmu gigi
"Teguh tegang engkau gigi
Kota batu pagar besi
Kita pulang sama-sama."

Yusof Maulud Bersama Keluarganya
















Aku ada memaklumkan kepada Tuan Yusof yang aku akan turun ke Kuala Lumpur. Dia bertugas di Puterajaya. Khabarnya besar juga jawatannya. Selalu juga dia menelefon aku bertanya khabar.
Hari itu selepas seminar dia menjemput ke rumahnya.Isterinya Aminah juga rakan sekolej semasa di Maktab Perguruan Gaya,Kota Kinabalu,Sabah. Yusof dan Aminah melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat master. Sekarang sudah boleh dipanggil Datuk Yusof Maulud kerana sudahpun mempunyai seorang cucu dan akan bertambah seorang lagi tahun hadapan.

Thursday, August 5, 2010

Kawanku Yusof Maulud Dan Salim Ketunggap Orang Kaya








































Ketika Aku turun ke Kuala Lumpur untuk berseminar di Universiti Kolej Cyberjaya sempat berjumpa dengan kawan sekolej dan serumah sewaktu di Kota Kinabalu dan Tenom,Sabah. Aku temui Yusof. Dia datang mengambil Aku di universiti. Pusing dengan kereta yang baru berusia tiga bulan di sekitar Putera Jaya yang cukup asing bagi ku. Kemudian ke rumahnya di Puterajaya. Di sini beliau tinggal bersama keluarganya yang cukup besar. Beliau kaya dengan anak. Punya 8 orang anak.

Salim Ketunggap juga kaya. Beliau kaya dengan isteri. Pernah suatu ketika punya 3 orang isteri. Sekarang yang bersamanya hanya seorang sahaja. Beliau seorang usahawan dan saudagar minyak urat. Bila aku ke Kuala Lumpur rumah Salimlah tempat aku bersantai. Salim punya ramai kenalan di Kuala Lumpur.Tua,muda,miskin kaya semua dia baik. Aku lihat Salim dan Yusof kaya dengan senyuman.