Aku tidak menyangka dapat bertemu semula dengan Normadiah Naemat setelah 32 tahun. Sebelum Normadiah hendak ke Utara bersama suaminya. Aku berjanji untuk bertemu di rumah Azmi di Sungai Patani. Oleh hari itu aku ada berkursus di Sirim pertemuan itu terbatal. Kemudian baru-baru ini Normadiah bersama keluarganya ke Langkawi. Pun kali ini juga adalah halangan. Dia dan suaminya memang berhasrat untuk berjumpa dengan aku.Pasal mencari rakan lama semaktab Normadiah cukup handal. Ditambah pula oleh sokongan dan dokongan suaminya Robi, semua rancangan menjadi mudah.
Semasa aku ke Seremban menghadiri majlis perkahwinan anak saudara, aku dibawa oleh 'melancong' ke rumah Puan Saemah rakan semaktab yang susah hendak bergambar itu. Aku makan petang di rumah Saemah. Makan malam pula di Seremban bersama Robi dan Normadiah. Besoknya, Robi dan Normadiah membawa aku makan pagi di Medan Selera di Seremban.Makanannya cukup menyelerakan.Tengahari aku ke KL Sentral. Cadangan hendak balik petang. Tiket keretapi petang ke Butterworth sudah habis! "Malam masih banyak."kata wanita di kaunter KTM. Tiba-tiba Salim menelefon aku. Dia mengajak ke rumahnya. Selepas aku makan tengahari Tuan Salim dan isteri serta anak gadisnya, Fatin datang menjemput di KL Sentral. Malamnya aku makan malam di rumah Tuan Salim. Isteri beliau yang masak.Masak gulai ikan sembilang serta telur ikan dan berulam kampung. Ulam itu namanya 'burung tenggek'. Cukup sedap dan lemak rasanya. Sebelum berangkat pulang, aku dibekalkan dengan sebungkus ulam burung tenggek dan sebotol minyak zaitun dara yang berasal dari Syria.
Malamnya itu keretapi bertolak tepat pada masanya. 9.20malam...
No comments:
Post a Comment