Our Chat Room

Thursday, June 14, 2012

Makan Kenduri Di Rumah Yusof Harun Bersama Che Din













Kami ke majlis perkahwinan anak Yusof Harun@Mat Educated di Nibong Tebal.Sengaja kami pergi agak lewat petang sedikit. Waktu kami sampai jam 4.45 petang.Tamu yang ramai yang dah pulang. Cikgu Yusof bersongkok hitam tinggi kelihatan tersenyum puas.

Che Li pada petang itu hanya makan bubur sahaja. Maklumlah badan semakin subur.

Faridah isteri Yusof Harun berbual panjang dan rancak sungguh dengan Rosniah. Tak tahu apa tajuknya.

Che Li pun rancak berbual macam isterinya juga. Che Li dan Yusof Harun satu opsyen semasa di maktab(opsyen Mat Spana) Che Li pun jarang berjumpa dengan Yusof Harun yang kini bertugas di PPD Seberang Perai Selatan.

No comments:

Post a Comment