Our Chat Room

Friday, August 24, 2012

Bertemu Tuan Hj Shahardin Isa



Pada hari raya keempat Aku dan Salim bertemu
Shahardin Isa dimajlis perkahwinan anaknya di Kampung Pulau Tiga,Kampung Gajah,Perak. Salim datang bersama anak dan isteri.


Aku sampai agak lewat ke tempat jin bertandang ini. Shahardin tinggal di rumah guru ini dan dialah satu-satunya guru yang tinggal di sini. Rumah guru di sini banyak yang kosong kerana ramai sudah memiliki rumah sendiri. Khabarnya Shahardin baru hendak beli rumah dan tidak lama lagi akan bersara.

Inilah kali pertama Aku dan Salim bertemu wajah dengan Shahardin selepas keluar maktab pada penghujung tahun 1980.

Shahardin orang kuat Jamaah Tabligh sejak di maktab lagi dan kini masih aktif dengan kumpulan ini lagi. Sewaktu aku sampai ke rumah masih ada lagi tetamu yang berjanggut panjang,berkopiah putih dan berjubah. Yang perempuan berjubah hitam pekat,menutup muka kecuali 2 biji mata sahaja yang jelas kelihatan.

Salim tidak menjamah walaupun sebiji nasi.Dia tergesa-gesa hendak pulang ke Kuala Lumpur.Tapi Aku sempat makan sepinggan nasi dan semangkok bubur kacang dan segelas air sejuk. Aku tidak sempat berbicara panjang dengan Shahardin memandangkan melangit semakin gelap.

Bila Aku keluar dari perkarangan rumah guru itu, hujan lebat mengiringi kepulangan aku. Malam gelap. Tiada lampu di tepi jalan untuk bertengkar dengan malam.


Oleh Shakir Taha



No comments:

Post a Comment