Our Chat Room

Thursday, November 15, 2012

Ramlan Aziz dan Isteri

Kenduri kahwin anak Misman dan Rukiah dapat mengumpulkan ramai ex-MPG. Ramlan Aziz yang sekarang ini bertugas di Puterajaya pun hadir dalam majlis ini. Dia nampak memikirkan sesuatu. Lauk pedas sangat tak Ramlan. Tapi orang disebelahnya nampak senyum girang sungguh. Shelly,orang Kuala Penyu(?) Sabah memang tak pernah renggang sejak di maktab lagi dengan Ramlan. Itu yang membuat Shelly senyum selalu.Dan memangpun Shelly  tidak pernah lokek dengan senyuman.Macam Wak Usop juga suka senyum sejak tidak merokok ini.

Dahulu WakUsop kalau senyumpun hanya senyum pada Puan Aminah sahaja.Itulah pasal Puan Aminah terpaut hati pada Wak Usop.Hasilnya cukup lumayan....

Nantilah aku ajak Bung Salim singgah di rumah Wak Usop.Wak Usop banyak cerita yang boleh diceritakan.Sampaikan pagi dia cerita. Macam-macam ada!


Oleh Shakir Taha

Gambar oleh Tuan Yusof  Maulut.

1 comment: