Our Chat Room

Saturday, August 31, 2013

Pertemuan Di Baling
















Kami ke rumah Tuan Hj Badaruddin sehari sebelum 31 Ogos 2013. Sebelum itu Salim  dan anaknya Fatin singgah ke rumah Aku. Aku ajak dia makan pagi tetapi hanya hendak segelas minuman panas. Baru pukul 10.00 pagi. 

Bila sampai dekat kedai makan dia tidak mahu memberhentikan kereta. Terus ke Baling, ke rumah Tuan Hj Badar. Dia sudah 38 tahun tidak berjumpa dengan Tuan Hj Badar. Dengan Tuan Shahrun Putran lagi lama. Dia bertanya Aku masih hidup kah lagi Tuan Shahrun Putran ini. Setahu Aku dia masih hidup. Masih sihat dan gagah. Cuma Aku sahaja yang jarang bertemu dengan dia. 

Tuan Hj Badar tinggal di Kampung Banggul Saga, kira-kira 5 kilometer dari Pekan Baling yang cukup terkenal itu.

Tuan Hj Badar masih mengajar lagi. Setahun dua lagi dia hendak bersara. Tak mahu tahu sambung sampai umur 58. Apa lagi sampai 60 tahun. Tuan Salim sudah bersara. Sudah 3 tahun dia meninggalkan dunia pendidikan. Ada waktu dia menjadi juru ukur sambilan.

Tuan Hj Badar dikurniakan empat orang anak.Sekarang yang tinggal dirumah hanya Hj dan isteri.

Hari yang kami sampai dirumah, isteri dia masih masak bermacam-macam,,ikan terubuk masin dari Sarawak,ayam goreng,ayam masak merah,sambal belacan dua jenis, ulam petai,jantung pisang rebus,jerung petai,pucuk janggus dan ulam raja.

Aku tengok Salim makan sungguh. Makan tenghari selepas solat Jumaat. Cukup sedap. Aku tambah 3 kali. Salim lebih lagi. Dia tambah 5 kali.Sedap sungguh. Sepiring ikan terubuk masin dari Sarawak habis kami 'kerjakan'.

Selepas makan kami ke kebun di belakang rumah. Ada pokok pisang, jambu,rambutan, durian, dukong,jambu batu dan......

Rumah Tuan Hj Badar luas dan selesa.Kami bertolak balik ke Pulau Pinang sebelum solat 'asar. Kata Salim, "Bada Aku nak mai lagi rumah hang." Perjalanan pulang cukup selesa sambil disapa oleh pohon-pohon getah yang berdiri tegak dipinggir jalan.Lampu-lampu dipinggir jalan diam membisu.

No comments:

Post a Comment