Dua tahun di Maktab Gaya banyak melakarkan kenangan yang sukar dilupakan.Musim kemarau. Tiada air. Biasanya waktu petang. Air cukup sekadar untuk berwuduk. Hendak mandi sukar. Mandi sebelah pagi sahaja. Kena bangun awal. Kalau tidak nasiblah.
Air perlu dicari.
Air untuk mandi perlu.
Air untuk minum tidak perlu.
Air untuk membasuh tidak perlu.
Ya air untuk mandi.
Mandi perlu banyak air.
Air cukup penting untuk mandi manda.
Suatu petang hampir senja.
Mentari sudah kabur matanya.
Aku,Badarudin dan Wan Z ke sebuah 'tasek'yang cantik.
Airnya tenang.Tanpa tangguh Aku,Wan dan Badar terus menceduk yang tenang itu.
Dalam pada itu kelihatan sebuah tasek lagi yang lebih luas.
Wan dan Badar begitu ghairah nak ke tasek itu. Mereka pun pergi mandi.
Aku tidak ikut sama.
Aku hanya menunggu mereka di darat.
Mereka mandi sampai puas.
Dan besoknya Aku diberi tahu oleh Badar itu bukan 'tasek' yang dia dan Wan mandi.
Itu adalah air buangan.
Itulah air 'Indah Water'!!
