Our Chat Room

Showing posts with label Aku/Mak Cik Bidan /Kak Cik Jah/Kebun durian. Show all posts
Showing posts with label Aku/Mak Cik Bidan /Kak Cik Jah/Kebun durian. Show all posts

Monday, June 6, 2011

Jutawan Kampung







Kalau kita ada wang berjuta-juta digelar jutawan.Kalau kita suka menderma, itu dermawan namanyaa.Kalau kita banyak isteri digelar kaki poligami.Kalau kita suka temberang dipanggil Al-Tipuiing. Kalau kita ada tanah berekar-ekar yang nilainya 1 juta seekar di panggil apa??Waduh...waduh...kaya..pak!.Dua puluh tahun yang lalu aku menemani seorang kawan membeli se bidang tanah sawah di Pulau Pinang hampir satu ekar dengan harga RM14,ooo sahaja.Kini tanah di Pulau Pinang telah melambung tinggi berlipat ganda.Harga tanah gred A berharga 1 juta seekar.Tiada individu yang mampu membeli tanah kecuali jutawan atau pak-pak menteri yang kaya-raya.


Kalau kita sebut jutawan tentulah mereka yang tinggal di Kotaraya.Tapi dik...jangan terkejut di kampung juga ada jutawan.Di Balik Pulau ramai jutawan kerana mereka banyak tanah.Setelah sekian lama menghilang membawa diri di negara 'Mat Salleh' aku kembali ke kampung halaman di daerah sepi dulu yang pernah aku tinggalkan.Aku kagum melihat Balik Pulau yang pesat membangun. Orang Melayu Balik Pulau ada harta.Harta peninggalan nenek moyang.Mereka masih lagi tinggal di rumah papan peninggalan arwah ibu-bapa mereka.Rumah-rumah kampung masih kekal identitinya.Biar mati anak jangan mati adat.

Aku bertemu dengan 'Mak cik' seorang bidan kampung yang dikenali ramai dan 'kak Cik Jah' yang masih bujang di sebuah perkampungan Melayu Balik Pulau,Pulau Pinang semasa aku sedang 'cycling' mengelilingi kampung tersebut hingga sampai ke kaki bukit.Di kawasan ini banyak terdapat kebun durian.Balik Pulau yang terletak di Barat Daya Pulau Pinang merupakan kawasan yang terkenal dengan durian dan buah pala. Mak cik dan kak Cik Jah memiliki beberapa ekar kebun durian.Mak cik ada 4 ekar kebun durian dan Kak Cik Jah pula ada 5 ekar kebun durian.Kalau satu ekar harganya RM600,000 kali 5 ekar (tanah gred B)tentulah bernilai hampir RM3 juta.Kebanyakan tanah di Balik Pulau adalah harta peninggalan nenek-moyang atau harta pesaka.Kebanyakan penduduk Melayu di Balik Pulau memiliki tanah persendirian.Dulu Balik Pulau terkenal sebagai kawasan pertanian yang subur.Kini kawasannya telah banyak berubah. Kawasan perumahan baru bertambah.Bangunan-bangunan kerajaan seperti Balai Polis, Hospital,Balai Bomba,Mahkamah,Perpustakaan dan Kolej Pengajian Tinggi serta sekolah berasrama penuh terdapat di daerah ini.Banyak kawasan perumahan telah dibina dan harganya meningkat ratusan ribu ringgit.Suasana perkampungan masih dikekalkan di beberapa kawasan.Pantai Pasir Panjang yang dulunya pernah menempah sejarah hitam tsunami merupakan tempat perkelahan.Pantainya memanjang dan putih bersih.Di sini terdapat sebuah Kem Bina Negara .Pemandangan indah di sepanjang pantai yang bertentang dengan Pulau Betong mengujudkan panorama indah.Begitu juga Pantai Teluk Air bertentang Pulau Betong adalah kawasan memancing ikan kerapu yang popular.Bayan Lepas,Teluk Kumbar dan Teluk Bahang terletak di kawasan Parlimen Balik Pulau.Mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Dr.Helmi adalah anak jati Balik Pulau.


Kak Cik Jah tinggal di kaki bukit dikelilingi pohon buah-buahan.Ada tiga buah rumah didirikan di atas tapak tanah yang dimiliki oleh Kak Cik Jah.Rumah Ah Pen, rumah Ah Hin dan rumah Pak Cik Nan.Tapak tanah itu disewakan kepada ketiga-tiga penghuni rumah tersebut.Menurut Kak Cik Jah tanah peninggalan Arwah bapanya hampir 5 ekar.Mereka hidup aman damai dan saling membantu.Berkebun adalah punca rezeki mereka.


Kawasan tanah Mak Cik pula bersebelahan dengan tanah Kak Cik Jah.Luas tanahnya hampir 4 ekar.Tanahnya dipenuhi dengan pokok durian, rambutan,langsat dan manggis.Buah pala juga di tanam di sini.Pulau pinang terkenal dengan buah pala yang datangnya dari Balik Pulau.

Tidak jauh dari kebun Kak Cik Jah adalah kebun Pak Samad.Luas tanahnya berjumlah 11 ekar.Adik beradik Pak Samad tidak tinggal di situ.Mereka mencari rezeki di tempat lain.Kebanyakannya menetap di Kuala Lumpur.Akhirnya dengan kata sepakat mereka bersetuju untuk menjual tanah milik keluarga di situ.Menurut Mak Cik ,tanah Pak Samad itu telah pun dibeli oleh seorang ahli perniagaan Melayu dengan harga 8 juta.Semua keluarga Pak Samad menjadi jutawan segera.Untungnya kalau ada harta pesaka.Tidak payah susah-susah belajar tinggi-tinggi untuk memiliki wang berjuta.Kalau tak percaya tanya orang Melayu di Langkawi.Bukan semua kaya........ yang ada harta ada kayalah.

Aku sempat berbual mesra dengan kedua-dua mereka.Dari raut wajah-wajah, mereka jujur berbicara.Mak Cik berumur 71 tahun dan kak cik Jah berumur 51 tahun.Kedua-duanya jutawan ceria.Aku tidak sempat menjamu selera merasai keenakan isi buah durian yang mekar kerana buahnya belum matang dan masih bergayut di atas pokok macam ...............r,...................r.