Our Chat Room

Showing posts with label Gekang Jed palsu. Show all posts
Showing posts with label Gekang Jed palsu. Show all posts

Tuesday, January 19, 2010

Jelang Jed

Entah apa sebabnya tidak diketahui Si Mamsin teringin benar nak memakai gelang jed.
Mungkin dia terbaca dalam kitab Tajulmuluk.
Mungkin dalam kitab Primbon
Ataupun cerita orang tua-tua yang jed akan membawa tuah kepada pemakainya. Wa'LLahu a'lamu bi'l sawab.

Setelah cukup dan genap hari mengikut kira tahun Hijriah, maka Si Mamsin atau gelarannya Seri Dewa Raja PIS pergilah berjumpa dengan Fauziah Jepun gelarannya.
Adapun setelah ditilek dan direnung pada kad pengenalan nama sebenarnya adalah Fauziah Bt Sulaiman. Tiadalah diketahui bagaimana nama Jepun terpahit pada batang tubuh. Tetapi seluruh bumi Maktab Gaya tahun 79/80 tiadalah yang tiada tahu melainkan tahu juga adanya.

Adapun permintaan Si Mamsin untuk pinjam pakai akan gelang jed dimakbulkan oleh Fauziah Jepun adanya.
Maka tersangat suka hatilah Si Mamsin.
Maka nyanyilah Si Mamsin dalam bilik mandi hatta terdengarlah oleh segala fauna dan flora dan segala semut ketawalah tapi tiada semerdu suara P.Ramly.
Adapun segala kucing yang mendengar lalu terbatuklah ianya.

Dikhabarkan bahawa takala Si Mamsin ini bersukaria maka terjatuhlah jelang ini.Patah.
Maka pucatlah muka Si Mamsin ini bagai perempuan datang bulan lakunya.

Maka ditanya pada Fauziah Jepun perihal jelang jed itu.
Asli katanya.
Maka bertambah takutlah Si Mamsin ini setelah dimaklumkan barang ini asli tiada tiruan.

Maka dipanggil segala ahli fikir dan fakir semoga diberi jalan keluar.
Setelah sekian lama termenong dan ada yang terlena berolehlah jawapannya.

Maka setelah matahari berbayang-bayang keluar Si Mamsin menunggu bas Harrington ke Kota Kinabalu.
Setelah sudah mencari
Ke Sinsuran
Ke Segama,
maka dapatlah gelang itu yang saling tidak tumpah sama dengan yang 'asli'.
Maka tersangat sukalah hati Si Mamsin ini atau nama timang-timangannya Sri Dewa Raja PIS.

Setelah cukup waktu dan ketika maka gelang jed itu diserahkan semula kepada umpunya hak,Fauziah Jepun namanya.

Maka tersangat sukahatilah Si Fauziah ini.
Lalu dipujilah Si Mamsin pemuda 'smart'.
Maka tiada diketahui bahawa jed yang ada padanya itu palsu sehingga hari ini.

Adapun Si Mamsin ini tiada gusar kerana gelang jed yang dipinjam itu palsu juga sebagaimana kata Jauhari yang mengenal manikam.