Our Chat Room

Showing posts with label JaafarOthman/Salim/Taidin. Show all posts
Showing posts with label JaafarOthman/Salim/Taidin. Show all posts

Saturday, July 17, 2010

Jaafar Osman

Tentunya rakan-rakan boleh ingat wajah disebelah kiri gambar ini.
Boleh ingat? Jaafar Osman namanya. Sekarang menjadi Guru Besar di SR Bukit Padang.
Sebelum itu Aku,Wan Z dan Salim solat Jumaat di Bukit Padang. Tak tahu yang Jaafar menjadi Guru Besar di situ.
Kami dimaklumkan oleh Neda Hashimah yang Jaafar Osman hendak berjumpa dengan kami. Kami bertemu dua kali dengan Jaafar. Pertama kali pada hari kedatangan ke Sabah. Kali kedua saat sebelum kami berangkat terbang pulang ke Semenanjung. Dalam gambar ini bertemuan kali kedua di Tanjung Aru. Taidin,Abang Siti Dayang juga bersama kami sebelum terbang bersama ' burung merah' Air Asia.

Menurut Salim Jaafar membawanya ke rumah beliau di Papar semasa cuti hujung minggu. Jaafar tidak banyak berbicara pada petang itu tapi lebih banyak menghulurkan senyuman dan ketawa bila Salim berjenaka.