Bila Mamsin sebut nama ni Aku ingat.
Nama dia Ramiji.
Adik beradik dengan Fauziah Mahmud(PIS 79/80) isteri Abd.Malik Ahmad Besok.
Dia senior Aku.
Pelajar perdagangan kalau tak silap. Dia selalu jumpa Cikgu Nordin Said(bukan Nordin Golok).
Suara kuat macam guruh di langit.
Suara tak kuat bila sembahyang. Dalam hal ni tak boleh lawan Non Siam.
Non Siam baca kuat.
Mamsin kata sebatu pun orang boleh dengaq.
Cuma maqrajnya macam Siam sikit.
Maklumlah namapun Non Siam.
King Rudra suara saja kuat.
Aku nampak dia macam' penagih candu' saja.
Badan melidi saja.
Bila Aku jumpa dia di Parit Buntar, dia tak cam Aku.
Aku jumpa di rumah Abang Ipar di Parit Buntar.
Dia pakai cermin mata.
Abang Ipar Aku ambil tusyen kat dia.
"Hang ni Ramijikan? King Rudra!
Dia tengok aku kelip pok-pok,kelip pok-pok.Betui! Hang macam mana tau nama aku!
Maktab Gaya!
Hang kenai Roslina Kepala Batas!
Bila aku sebut nama tu barulah dia perasan.
Nampak macam orang sakit.
Bercakap pun tak sekuat dahulu.
Selepas itu Aku tidak lagi berjumpa dengannya.
Nama itu muncul kembali bila Mamsin menyebutnya dalam blog.