Our Chat Room

Showing posts with label Mat Smart-Seri Dewa Raja. Show all posts
Showing posts with label Mat Smart-Seri Dewa Raja. Show all posts

Wednesday, January 6, 2010

'Seri Dewa Raja' PIS 79/80

Bila aku membaca buku "SEJARAH MELAYU" atau "The Malay Annals' dalam Alkisah Ceritera Yang Kedua Puluh Enam maka aku beringat kawan ini. Di KBSS(Kepala Batas Secondary School) orang memanggil dia "Mat Smart".Dia suka pakai 'smart'.
Kasut smart.
Baju smart.Baju mesti disterika.
Dia tak pakai cahreh punya.
Mesti smart.
Sampai sekarang pun stail dia macam tu jugak.

Balik keceritera yang ke 26.
"Ada pun apabila baginda Sultan Mahmud berangkat berperahu had pengkalan Seri Dewa Raja,maka baginda menyuruh memanggil Seri Dewa Raja: berpenanak-penanak Sultan Mahmud menanti di pengkalan, belum juga Seri Dewa datang, maka dibangatkan pula oleh hamba raja itu,baharulah Seri Dewa Raja berkain, dua tiga belas kali rombak; belum baik, dibaiki; sudah itu maka berbaju dan berdestar itu pun demikian juga; dan tiga belas kali diikat dirombak, belum baik,dibaiki; bersebai pun demikian juga........sila baca buku SEJARAH MELAYU.
Seri Dewa Raja PIS 79/80 pun ada sedikit persamaan
Dia kalau nak keluar KK(Kota Kinabalu) mesti bersiap rapi.
Kami jenuh tunggu.
Baju mesti 'iron'(sterika)
Selepas tu berbedak.
Lumur seluruh badan.
Minyak wangi disembur kanan kiri.
Sapu muka.
Berdiri di hadapan cermin.
Pusing kanan.
Pusing kiri.
Pusing belakang.
Baca mantera apa aku tak tahu. Salim tahu.
Selepas tu dia pakai stokin berwarna-warni
Kasut hitam.
Cermin mata hitam.Rayban. Tenguk cermin lagi
Azmi Tuan yang menunggu dah hampir terlena.
Aku tengok jam.
45 minit bah!
Jenuh tunggu dia ni,rungut Salim Ketungap.
Salim kata macam Shashi Kapoor!
Kah,kah,kah,kah.
Pernah tersangkut dengan anak Tok Arab
Entah macam mana tak jadi.
Yahabibi,yahabibi.....alamak tak jadi.
"Mujuk tak jadi"MasyaLlah!
Ante boleh lihatlah!........
Sekeren dia seorang fakar komputerlah!