Hidup ini beginilah jadinya. Puan Sharina ataupun lebih dikenali dengan Paulina setiap minggu berulang- alek dari Kota Kinabalu ke Kota Marudu. Setiap hari Jumaat selepas selesai tugasnya akan balik dengan kereta pacuan empat roda menemui orang tersayang. Hari minggu pulang ke KotaMarudu dan tinggal di sebuah rumah yang cukup sederhana dan selesa. Hampir 3 tahun hidupnya beginilah. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kota Marudu memakan masa hampir 2 jam.
Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Pekan Kota Marudu cukup selesa. Tetapi jalan masuk ke SMK Bandau agak sedih. Jalannya belum bertar. Kawanku Salim mengalami sakit urat akibat jalanraya yang berlobang-lobang. Salim beruntung kerana Aku sudah sediakan minyak angin.(Waktu muda Salim selalu pakai minyak wangi tapi sekarang teman sejatinya mestilah minyak angin)