Our Chat Room

Showing posts with label Si Saemah Melaka. Show all posts
Showing posts with label Si Saemah Melaka. Show all posts

Thursday, January 7, 2010

Saemah!Oh!Saemah

Kata Yati Adam dalam Sedetik Bersama Kami P.I.S. 2 (majalahpendidik bil16 ms137 1980) Saemah Hassan gadis yang anih(tahun 1980 bah!).

Orangnya hitam manis.

Berbadan sasa(maklumlah orang Melaka mungkin berketurunan panglima!).


Menariknya si Saemah ini aku tidak pernah berbual-bual atau bersembang macam Aku dengan Norhayati Adam atau Mazwin Tajudin.

Tapi bergaduh adalah.


Bukanpasal apa sangat.

Pasal tempat duduk.

Bila dia duduk sebaris dengan Aku,Aku cabut duduk tempat lain.

Banyak kali aku buat macam tu.


Suatu bila buka perbincangan pasal PIS,Burhanuddin yang jadi moderatornya.

Si Saemah Hassan bercakap.

Dia bercakap banyak hentam Aku kiri kanan.

Borhan minta Aku jawab.

Aku tak mau jawab.

Saemah lagi naik berang.Naik sheikh.

Jadi mau tak mahu kena jawablah sikit.


Dan seingat Aku,

Saemah Hassan berkata dengan nada yang tinggi,"Shakir ni ingat aku hina sangat ke? Duduk sebarispun tak mau..... dan macam-macam lagilah dia meratus. Aku dah tak ingat lagi.

Memang aku tak ingat apa lagi yang dia melalot

Selepas itu Aku jawab sikit saja.Sikit saja.

"Peranan kita sebenarnya akan teruji bila kita keluar maktab."

Borhan minta tambah sikit lagi.

Aku kata dah cukup tu.

Suasana di lecture theatre sunyi sepi buat seketika.

Salim tak kata apa.(Dia tengah mabuk asmara dengan "s")

Mamsinpun tak komen apa-apa.

Cuma Yeop Mat saja buat ulasan macam YB mangkok hayun


Sebelah pagi Aku(selepas sarapan pagi Almarhum Taha Abu Bakar) disapa oleh Taha.

Aku tak cerita peristiwa itu.Katanya dia tahu' peristiwa' di kecture theatre itu.

Aku tak cakap apa-apa. Diam sahaja.


Selepas posting iaitu tahun ke 2 Aku mengajar sempat singgah sebentar di rumah Taha dan Saemah di Membakut.

Mereka tinggal di quates.


Aku ambil telefon Taha di Kelang.

Aku dah janji nak pergi ke rumahnya di Kelang.

Ibunya dah masak kari undang.Banyak.Memang Taha tahu Aku suka makan undang.

Aku tunggu dia di stesyen Bas Klang.

Rupanya silap.Stesyen Bas Klang satu lagi.

Aku tidak berjumpa dengannya...................

"Taha Abu Bakar dah meninggal dunia,"cerita Sdr Amiruddin Tapah.Al-Faatihah!


Dan semenjak dari hari itu Aku tidak lagi pernah mendengarberita tentang Saemah ini.

Seingat Aku dengan Allahyarham Taha mereka dikurniakan seorang anak.

Tak ingat semana ada lelaki ataupun perempuan.


Teringat kisah Si Saemah ini Aku rasa-rasanya mahu berjumpa dengan dia.

Minta maaf kerana..................

Semoga Aku dapat berjumpa dengannya.

Dan berkata,Maafkan Aku Saemah!