Cikgu Nordin Said
Warden di Maktab Gaya
Setahu Aku dia mengajar perdagangan dan juga warden di kolej
Aku tidak tahu sama ada masih hidup ataupun sudah............
Dan aku sendiri hanya sekali dua berinteraksi dengan dia.
Pertama pasal ais krim Gardenia yang dijual oleh Koperasi Maktab Gaya.
Tukang jualnya adalah Mat Robert (sekarang ini berkhidmat di Jabatan Pelajaran Pulau Pinang,Sektor Jaminan Kualiti)
Dia tanya aku tentang kandungan yan ada dalam ais krim.(Aku tahu maksud tersirat soalan itu)
Aku buat blur saja.
Akupun dah bersedia. Bungkusan ais krim aku keluarkan.
"Ini kandungannya.Yang lain saya tak tahu."
"Awak makan ais krim gardenia? Saya pantang.Sejuk.Memang aku jarang makan ais krim kerana patah tangan beberapa tahun dahulu.
Dan sampai sekarangpun aku tak suka makan ais.
"oh memang awak tak makanlah.Dia tanya banyak soalan.
Aku jawab,saya tak tahu.
Diapun naik fedup."Awak ni semua tak tahu"
OK! Akupun blah.
Suatu malam di bilik LG.
Huk!,huk,huuk,huuuuuuk,huk,huk,huuuuk
Semua sudah maklum.
Lampu cepat-cepat ditutup.
Kereta berhenti di hadapan asrama.
Mamsin cepat-cepat tutup lampu flarosen.
Badar sudah berdenkur.
Dia tak masuk bilik kami.
Dia marah kat Salim. Salim tak tutup lampu.Jam sudah pukul 12.00 malam."Malam masih muda"
"Nanti saya bagi kamu one way tiket baru tau!
Oh! macam tu! Dia terus beredar dari bilik Salim.
Salim terus melalak,One way ticket to the moooon.Diulangnya berapa kali aku tak ingat.Salim terus memecahkan kesunyian malam dengan lagu itu
Dia terus menghilang dalam kegelapan malam dengan keretanya
Huk!huuuuuk!,huuuuuuk,huk,huuuuuuuk!
Oleh Shakir Md Taha
Nota: Seperti yang diceritakan oleh Salim Ismail PIS 79/80