Our Chat Room

Showing posts with label Zakaria Yusof/Sabah. Show all posts
Showing posts with label Zakaria Yusof/Sabah. Show all posts

Wednesday, July 7, 2010

Zakaria Tidak Berpeluh Lagi

Di Maktab Gaya siapa yang tidak kenal dengan 'Taukeh Air" ini. Anak kelahiran Papar ini sentiasa smart dari dahulu hinggalah sekarang. Sekarang gelaran 'Taukeh Air ditarik balik kerana tidak kuat lagi berpeluh.
Beliau cukup mesra dan peramah seperti dahulu. "Salim di mana sekarang." itulah soalan pertama yang terkeluar daripada mulutnya sewaktu Aku bertemu dengannya di Kota Kinabalu baru-baru ini. Salim tinggal sebilik dengannya.

Beliau tidak habis-habis ketawa sepanjang pertemuan yang singkat ini. Sempat juga dia menasihati anak sulungku yang baru menjejak kaki di Universiti Malaysia Sabah.(UMS).
Di sebelah petangnya dia menghantar aku ke lapangan terbang Kota Kinabalu dengan senyuman mesra.

Kini beliau bertugas di Unit Peperiksaan Jabatan Pelajaran Sabah.