Our Chat Room

Showing posts with label kenangan/zahari/siti salmiah/mamsin/salim/din. Show all posts
Showing posts with label kenangan/zahari/siti salmiah/mamsin/salim/din. Show all posts

Friday, May 28, 2010




Ku Temui Mereka Hilang Kelmarin


Aku berlari dan mencari mereka
Dari Perlis hingga ke Sabah
Tiada letih,tiada jemu
Di kota tidak kutemui
Tiada juga di desa
Akhirnya kutemui di dalam rumah.
Sekali sekala berbicara dengan Mamsin.
Di warong,dihandphon
Di warong panjang bicaranya

Ada sebak,ada sedih
Dan pilu seperti kata Zahari Manan
Tau tak apa kata Siti Salmiah
Yang menjawat jawatan sebagai Pengetua
Dan SMS daripada Shamsuddin Hussein
"Anak aku akan berkahwin"
Shamsuddin mengisi masanya berjualan-nasi lemak

Oh,teringat kata pujangga
Nasi lemak
Buah bidara
Buang emak,buang saudara
Kerana kasih lari ke Lombok.

Wan Zainuddin sekarang semakin aktif di blog PIS
Salim kadang-kadang
Sharinapun jarang-jarang
Aku sedang menunggu Zahari Abd Manan menulis
Sambil menatap sajaknya yang ditulis dalam tahun 1980 bertajuk Aku di sebuah pulau
"Aku di sebuah Pulau
menghayati sebuah kenangan
ingatan yang mendalam
pada kasih yang telah hilang
lenyap bersama irama malam"
(sebahagian daripada yang aku petik)

Tentu sekali Zahari boleh memaparkan kenangan lalu di MPG,Kota Kinabalu
Kenangan yang mengusik jiwa
Zahari banyak cerita.
Cerita yang mengusik, cerita dan kenangan ada kala menjadi sebak dan pilu.



Shakir Md Taha