Wajahnya tenang.Lembut tutur katanya Susok tubuhnya tidaklah tinggi. Berkulit sawo matang. Di sini beliau mengajar dengan penuh sabar dan tekun. Mendidik dan memimpin 210 orang murid. Seratus enam puluh orang putera dan lima puluh orang puteri. Sebagai seorang Mudir di Sekolah Pondok Bandar Hilir Teloi Tua,Sik Kedah dengan bergajiRM500.00 bulan. Guru-guru lain hanya menerima RM400.00 bulan. Mereka tetap setia di sini mendidik putera puteri.Kawasan sekolah ini dipagari oleh pokok getah muda yang belum dituai hasilnya. Walaupun bekerja di sini tidak menjanjikan pendapatan yang lumayan, demi untuk Islam Ustaz Ismail Bin Mahmud,41 tahun menjanji dan menyerahkan dirinya untuk membangunkan anak bangsa. Baginya ini adalah suatu pengorbanan.Hidup dan matinya untuk Islam.
Sejarah telah membuktikan bahawa sekolah pondok adalah benteng pertahanan umat Islam.Di sinilah tulisan Jawi digilapkan kembali kerana ia adalah warisan umat. Banyak kitab kuning yang ditulis ulama' besar Melayu Patani seperti As Syeikh Daud Al Fatani menggunakan tulisan Jawi.Dan tulisan Jawi mencerminkan peribadi Melayu Islam. Kedatangan orang Barat ke Tanah Melayu telah memudarkan tulisan Jawi dan akhirnya tulisan Jawi telah dibutakan oleh Khir Johari pada suatu masa dahulu. Maka lahirlah generasi umat Islam Melayu yang buta Jawi. Di sinilah nyawa tulisan Jawi mampu hidup segar.