Saturday, January 30, 2010
GAMBAR LAME, BUKAN SURAT KABAR LAME!
Shakir, apa pasai hang tak post lagi gambar2 lama Kelas PIS dari Majallah PENDIDIK yg kita scanned hari tu; both the group and individual photos. Boleh le kia tengok gambar2 cute and handsome some 30 years ago! Post la.
BECOMING A FOLLOWER AND CONTRIBUTOR
A)
Shakir told me, there are still people who would like to post comments but do not know how to do so. Firstly, anonymous comments have been disabled. So, one need to be a FOLLOWER. For the not so computer savvy (you do not need to be computer savvy to perform this simple task actually), here's the steps:
1. Click on the FOLLOW icon under Followers group.

2. A new WINDOW will pop-up; select an e-mail account that you have - google, yahoo, twitter. If you do not have any of those, click on the link below the box ; "Don't have any of these? Create a new Google Account"

3. If you have selected one of the given choices, Google, for example, a Sign-in window will pop-up. Just sign-in into your account and you are already a FOLLOWER and can now post comments, peanuts!!!

B) To become a contributor (as a contributor, you can post new messages and have ADMIN RIGHTS to the blog).
1. Gimme your e-mail address, and an email will be sent to you when I invited you as an AUTHOR.
2. Open you mail and click on the URL (for the uninitiated: U niform R esource L ocater - it is like a physiacal address, a URL is an address that point to your location on the WWW - W orld Wide W eb), in the mail.
3. Then, just follow the instructions and walla, you are a CONTRIBUTOR NOW. Post new messages and customised the blog!!!
START TRYING NOW AND GOOD LUCK!

Friday, January 29, 2010
Novelist Terkenal Amerika Syarikat Meninggal Dunia
Novelis terkenal Amerika Syarikat J.D.Salinger(1919-2010) meninggal dunia kelmarin.
Novelnya cukup cool.
Kalau kalian belum baca, bacalah.
Kalau belum beli,belilah.
Novel ini menjadikan beliau cukup terkenal.
Dan kerana itu dia terpaksa melarikan diri daripada peminat.
Menyembunyikan diri.
Beliau tidak memasuki sebarang persatuan.
Beliau menulis bukan untuk mencari glamor.
Beliau menulis kerana beliau suka menulis.
Oleh Shakir Md Taha
Guru Pelatih 79/80 PIS Yang Mulakan
Kami guru pelatih Maktab Perguruan Gaya Sesi 79/80 berunifom.
Baju putih seluar biru tua.
Macam budak sekolah menengah.
Katanya peraturan Maktab
Jadi tidak ada yang berani menyoal.
Senior kami pun pakai.
Kami guru pelatih PIS 79/80 mula merancang dan berfikir membuat perubahan.
Aku,Mamsine,Borhan,Badar,Wan Zainuddin dan Salim.
Yeop Mat tak ikut sama.Dia tak setuju.Kami tau dia kaki bodek.
Jalan terbaik jumpa Pengetua Maktab,Abd Aziz Hj Ab Aziz.
Kami ada Exco tapi kesian,mereka tak berani.
Kami dari PIS79/80 yang memulakan.
Jumpa Pengetua.
Kami panggil dia Cikgu Abd Aziz,
Kecil orangnya,nampak garang
Bermisai tebal,tiada janggut
Berjalannya terhinggut-hinggut
Kami berdialog dan kadang kaedah provokasi digunakan
Pengetua dihujani dengan soalan yang dia sendiri tidak boleh jawab!
Akhirnya kami berjaya.
Besoknya kami tidak lagi berbaju putih berseluar biru tua.
Yang bukan PIS hairan!
Yeop Mat masih tak ikut kami.
Dia tokoh yesman.
Kami pakai baju berwarna.
Nordin tengok kami macam nak marah.
Tapi tak jadi marah kerana kami kata tanyalah Pengetua!
Selepas itu Pengetua buat pengumunan rasmi
Tidak perlu pakai unifom.
Maka segala tukang kipas,
Tukang anggok kanan,
Tukang anggok kiri,
Baru berani bertukar pakaian!

Wednesday, January 27, 2010
ROSMAN MAT AJIS
Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan:-
Tahniah Man,kau sekarang bertaitel Dokterat.
Aku saja belum selesai.
InsyaLlah tahun depan kot.
Rosman Mat Ajis
Hitam manis orangnya
Rasanya Mamsine lebih cerah daripada Rosman.
Rosman berkaca mata ala Mahatma Ghandi.
Dikurung oleh Abang Senior mujur tak mati.
Baiknya Si Rosman tidak tahu marah.
Sekali sekala kelihatan tak tentu arah.
Bicaranya jarang-jarang dan senyumnya kadang-kadang.

Reunion
Reunion nama.
Selalu disebut.
Selalu dibicara
Selalu diperkatakan
Dan entah-entah lagi
Tunggu punya tunggu.
Tak jadi
Telefon tak angkat
SMS tak dijawab.
Besok bila jumpa...tata.tata
Bila nak buat reunion? kah,kah,
Jadi Aku dan Salim dah buat plan A dan B
Kalau plan A tak jadi.
Plan B bulan 6,insyaLlah jadi
Kalau setuju,katakan setuju
Jangan hamba ternanti-nanti
Habis masa,habis rot, benda tak jadi.
Kami nak pi Sabah.
Nak ikut, lu orang boleh sms,atau telefon,email....dan....apa-apalah
Sekarang dah ada Air Asia. Lu orang kan ada fulus. Tarak masalah funya.
Semua orang boleh fly!

Tuesday, January 26, 2010
WHERE R U?
Salam to all.
Why most are still shying away from this blog? So far only our Maulana Sakir & Mr England Salim are pro-active in posting new messages and making comments, with occasional comments from people like our X-taukeh koperasi Gaya, Tn Zainal (Non). What happen to people like Mr ICT Wan, Mdm Principal Sharina, Mdm Headmistress Dayang, our Ketua Kelas Yati, the once petite PISian Yati Salleh, etc, etc. Some have enrolled as FOLLOWERS; our junior Rosman Ajis, oopppss ... Dr Rosman now,... and Mr Boda, I do not know why you still can't access the site! It's accessible the world over!!! I have tried to sent a message to Mazwin's school web admin to try to get her but so far ... no luck, I have also sent text messages (SMS) to Borhan, our Kak Chom, but ... no response. Sakir .... ha, ha, .... SHAKIR, why not invite Fauziah Jepun as well. Sometimes at our age, reminiscence is good ... recalling nostalgic moments in our life.... I am sill hopefull that a reunion will someday be reality. Miss u gals & guys!

Sunday, January 24, 2010
Khabarnya- Semacam tidak percaya
Khabarnya begitulah.
Tapi semacam tidak percaya.
Katanya,Aku cuba.Banyak kali
Tak dapat.
Begitulah rungutan kawan kita di Baling.
Dia tak dapat akses blog PIS.
"Aku dah cuba 10 kali"
Tak dapat juga.
Aku dengan internet ni bukan baru."
Kesian,kesian,kesian.
"Aku teringin sekali nak tengok wajah-wajah kawan kita
Maklumlah dah 30 tahun aku tak tengok depa.
Aku dah beritahunya.
Ada gambar Mamsin,
Ada gambar Salim Ketunggap,
Ada gambar Norhati Salleh,
Ada gambar Paulina(sekarang Sharina, nama timang-timangan Inah)
Ada gambar Siti Dayang
Gambar Aku tak payah sebutlah. Aku selalu juga jumpa dia di Baling.
Salim,hang nak kata apa?
Mamsin,hang boleh bagi cadangan.
Yang ni bidang kepakaran hang!

Thursday, January 21, 2010
KHAIRUDDIN RAJU
Hari ini (petang) aku sempat berbual melalui telefon dengan Khairuddin Raju PJPS 79/80
Tinggal di Keluang,Johor.
Beliau tidak begitu sihat.
Masalah saraf tunjang.
"Katanya,"Sakitnya Tuhan sahajalah yang tahu"
Pihak medikal mencadangkan dilakukan pembedahan.
Sehingga kini masih belum melakukannya.
Beliau sedang mencari alternatif lain.
Seingat Aku dia adalah orang kuat Maktab Gaya.
Pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Asrama Lelaki tahun 1980.
No. telefonnya 013-7728185.

Tuesday, January 19, 2010
Jelang Jed
Entah apa sebabnya tidak diketahui Si Mamsin teringin benar nak memakai gelang jed.
Mungkin dia terbaca dalam kitab Tajulmuluk.
Mungkin dalam kitab Primbon
Ataupun cerita orang tua-tua yang jed akan membawa tuah kepada pemakainya. Wa'LLahu a'lamu bi'l sawab.
Setelah cukup dan genap hari mengikut kira tahun Hijriah, maka Si Mamsin atau gelarannya Seri Dewa Raja PIS pergilah berjumpa dengan Fauziah Jepun gelarannya.
Adapun setelah ditilek dan direnung pada kad pengenalan nama sebenarnya adalah Fauziah Bt Sulaiman. Tiadalah diketahui bagaimana nama Jepun terpahit pada batang tubuh. Tetapi seluruh bumi Maktab Gaya tahun 79/80 tiadalah yang tiada tahu melainkan tahu juga adanya.
Adapun permintaan Si Mamsin untuk pinjam pakai akan gelang jed dimakbulkan oleh Fauziah Jepun adanya.
Maka tersangat suka hatilah Si Mamsin.
Maka nyanyilah Si Mamsin dalam bilik mandi hatta terdengarlah oleh segala fauna dan flora dan segala semut ketawalah tapi tiada semerdu suara P.Ramly.
Adapun segala kucing yang mendengar lalu terbatuklah ianya.
Dikhabarkan bahawa takala Si Mamsin ini bersukaria maka terjatuhlah jelang ini.Patah.
Maka pucatlah muka Si Mamsin ini bagai perempuan datang bulan lakunya.
Maka ditanya pada Fauziah Jepun perihal jelang jed itu.
Asli katanya.
Maka bertambah takutlah Si Mamsin ini setelah dimaklumkan barang ini asli tiada tiruan.
Maka dipanggil segala ahli fikir dan fakir semoga diberi jalan keluar.
Setelah sekian lama termenong dan ada yang terlena berolehlah jawapannya.
Maka setelah matahari berbayang-bayang keluar Si Mamsin menunggu bas Harrington ke Kota Kinabalu.
Setelah sudah mencari
Ke Sinsuran
Ke Segama,
maka dapatlah gelang itu yang saling tidak tumpah sama dengan yang 'asli'.
Maka tersangat sukalah hati Si Mamsin ini atau nama timang-timangannya Sri Dewa Raja PIS.
Setelah cukup waktu dan ketika maka gelang jed itu diserahkan semula kepada umpunya hak,Fauziah Jepun namanya.
Maka tersangat sukahatilah Si Fauziah ini.
Lalu dipujilah Si Mamsin pemuda 'smart'.
Maka tiada diketahui bahawa jed yang ada padanya itu palsu sehingga hari ini.
Adapun Si Mamsin ini tiada gusar kerana gelang jed yang dipinjam itu palsu juga sebagaimana kata Jauhari yang mengenal manikam.

Friday, January 15, 2010
Swadikap Non Siam
Poom prai na Non Siam
Mata Ayak kok kering.
Man dok sila ja
Maila tuleh
Maila komen.
Gan tak komen.
Tok mo ada juai ubat,
Bat sakit lutut da
Bat sakit tupun da
Mai,mai,la
Tak beli tak pa
Mai tengok sudahla.
Mata Ayak kok kering.
Man dok sila ja
Maila tuleh
Maila komen.
Gan tak komen.
Tok mo ada juai ubat,
Bat sakit lutut da
Bat sakit tupun da
Mai,mai,la
Tak beli tak pa
Mai tengok sudahla.
COMMENTS
I HAVE DONE SOME CHANGES TO THE SETTINGS - FROM NOW ON, ONLY REGISTERED USERS WILL BE ABLE TO POST COMMENTS, SI ANONYMOUS, PADAN FACE HANG, TAK MAU PEKENAI DIRI SANGAT NOO!
Thursday, January 14, 2010
Berita TerNow -Wan Zainuddin
Dengan rasa sedih Wan Zainuddin PIS 79/80 masih di daerah pendalaman Nabawan.
Hanya Celcom sahaja ada line.
Itupun satu bar.
Malamnya bermacam-macam suara yang terdengar.
Suara monyet ada.
Suara katak itu biasalah.
Tapi paling tidak seronok dan menyeramkan ialah suara perempuan.
Suara perempuan menangis tengah malam.
"Aku hanya makan mi maggi tiap-tiap hari.
Sudah dua minggu tiada khabar berita.
Selepas Nabawan ke Tonggot pula.
Keadaan sama di Nabawan.
Makan mi maggie lagi.
Ingat selepas Maktab tak kena maggie.
"Inilah bekalan yang Aku boleh bawa,"kata Wan Z.
Aku rindu nak jumpa kawan-kawan.
Salim Ketunggap tu mengajar lagi ke?
Mengajar lagi dan ada bini baru pula.
Nana Mamsin macam mana?
Dia dengan ITlah apa lagi.
Paulina?
Dia kata hang tak kenai dia.
Internet dah dua minggu tak buka.
Nak kena balik cepat.
Non Siam?
Kelmarin dia mai rumah Aku.
"Salam kat kawan-kawan"
Aku rindu sungguh nak hampa semua
Nanti Aku telefon lagi.
4.40 petang perbualan telefon dengan Wan Zainuddin.

Tuesday, January 12, 2010
Sindrom Tsa'labah
Dalam hidup di dunia ini ada manusia yang disempitkan rezekinya buat seketika.
Ada yang diberi rezeki melimpah ruah.
Ini semua ialah ujian belaka.
"Dan sekiranya Allah melapangkan rezekinya kepada hamba-hambaNya tentulah mereka akan melampaui batas dimuka bumi ini. Tetapi Allah menurunkan rezeki dengan ukuran yang dikehendakNya. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat(Al-Quran 42: 27)
Ketaatan kepada Allah masih tetap utuh walaupun dalam kesempitan. Mereka tetap patuh sungguh.
Kesempitan yang mereka alami merupakan sebahagian daripada kebjaksanaan Tuhan Semesta Alam. Mungkin golongan yang kesempitan ini kiranya dikurniakan kekayaan menjadi lupa daratan ataupun menjadi 'Malim Kundang'. Malah ketika miskin jarang tidak ke mesjid. Sembahyang jemaah tidak pernah tinggal.
Ada masa untuk berzikir bersama kawan.
Berbual mesra.
Bertanya khabar.
Waktu untuk bersama keluarga tidak pernah kesempitan.
Keluarga menjadi cukup mesra.
Bila perniagaan kita belum maju ada masa untuk berjumpa dengan kawan serta menziarahi sanak saudara.
Masa untuk berbual dengan jiran sentiasa ada.
Bukankah kita mula bertegang leher apabila organisasi mempunyai dana yang cukup besar.
Sering bertengkar sesama sendiri.
Mula ada sifat curiga mencurigai.
Fitnah sudah menjalar kesegenap pelusuk hati.
Bisikan syaitan memakin menjadi ikutan.
Rasuah semakin menjadi-jadi kerana ingin menjadi jutawan dan hidup senang lenang.
Orang soleh tergelincir kerana kesempitan lalu menjadi orang salah.
Ketika rezeki melimpah ruah waktu untuk beribadat semakin tiada.
Solatpun jarang-jarang.
Malah sudah berani melakukan maksiat. Simpan perempuan jalang buat melempias nafsu berahi. Tidak lagi segan untuk minum minuman keras! Malah semacam suatu kebanggaan.
Ketika menjadi mahasiwa daya juangnya cukup tinggi. Dia menjadi aktivis yang terkenal.
Suaranya cukup lantang. Sanggup tidur dimesjid kerana kesempitan wang. Di mesjid dihabiskan sebahagian malam berzikir dan bertahajud.
Tetapi setelah tamat pengajian dan berjawatan besar sebahagian besar malamnya dihabiskan di kelab malam menari,minum dan berpesta-pestaan.
Tidak ada zikir munajat dan bertahajud lagi!
Ketika menjadi aktivis kampus suaranya lantang memperkatakan ketidakadilan pemerintah.
Rakyat miskin dan tertindas menjadi agenda utamanya.
Istilah proletar,Marx sentiasa bermain dibibirnya.
Golongan kapitalis keparat sentiasa terpancut daripada ucapannya.
Wang boleh menukar segala yang ada.
Yang lurus boleh dibengkok.
Yang bengkok boleh diluruskan.
Orang yang lurus boleh dibisu dengan wang.
Ketika Tsa'labah memohonkan kepada baginda Rasulullah supaya didoakan agar dirinya diberi rezeki yang melempah ruah, Baginda Nabi saw bersabda, "Harta sedikit yang dapat engkau syukuri lebih baik dari harta yang melimpah ruah yang tidak sanggup engkau syukuri."
Tsa'labah semacam tidak menghiraukan nasihat Nabi saw. Dia terus mendesak.
Nabipun mendoakannya,
Tuhanpun mengabulkan doa Nabi.
Tsa'labah menjadi kaya raya.
Hari demi hari kekayaannya bertambah.
Hari demi hari semakin jauh dia dari masjid.
Hari demi hari semakin jarang bertemu dengan saudara-saudaranya kaum Muskmin
Sebuah ayat Al-Quran turun memberi peringatan kepadanya. Keluarkanlah zakat!
Keluarganya menangis kerana tahu ayat itu ditujukan kepada Tsa'labah.
Tsa'labah langsung tidak menghiraukannya.
Beliau mati dalam keadaan cukup tragis.
Mati dalam kemunafikan dan kebakhilan.
Jika hari ini kita kekurangan berdoalah supaya diberiNya kekuatan dan ketabahan.
Jika hari ini kita kaya, ingatlah dengan 'sindrom Tsa'labah.

Monday, January 11, 2010
Fauziah Jepun@ Fauziah Sulaiman
Ketika dihubungi oleh Zainal Abidin Yaakub(PG 79/80) kelmarin Fauziah tidak ingat dengan nama ini.
"Akuk tidak ingatlah siapa kau"
Memanglah nama Zainal Abidin Yaakub tidak diingati kerana nama ini telah ditenggelami oleh nama Mr.Robert Singapore.
Dan nama inilah yang bermain dibibir 'freshie'
"Mr. Robert Singapore yang jaga Koperasi Maktab Jaya"
"Oh! Ya! Ya! baru Akuk ingat kau Robot"
"Kenapa kau tidak bilang awal tadi bah!
Anak kelahiran Ranau ini sewaktu di kolej kecil molek orangnya.
Sekarang udah tidak kecil molek lagi, sudah beeeeesaa!
Punya 6 orang anak.
Baru-baru ini suami yang tersayang telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.
Al-Fatihah.
Mengajar di Ranau.
Semasa di Maktab Gaya(79/80) handal dalam masak memasak.
Maklumlah opsyen SRT.
Cukup aktif dalam kokom.
Tidak pernah absen dalam latihan hoki.
Selalu turun bersama Paulina ke padang.
Cukup kamcing dengan Mamsin(PIS 79/80)
Diriwayatkan Mamsin pernah meminjam gelang jed Fauziah dan............
Akhirnya Mamsin membeli gelang jed baru sebagai ganti
Subscribe to:
Posts (Atom)