Our Chat Room

Sunday, June 26, 2011

Setelah KAU tiada.








Kehidupan adalah satu perjalanan hidup yang berterusan sehinggalah ke suatu titik noktah iaitu kematian.Setiap manusia menempuh pelbagai kehidupan yang berbeza.Susah senang di dalam kehidupan adalah lumrah alam.Ada manusia yang kaya raya dengan harta dan wang ringgit tapi tidak sihat.Ada yang tidak pernah kaya tetapi sihat. Ada yang tidak pernah kaya dan tidak pernah sihat.Sakit.Ada yang sihat dan mempunyai wang ringgit berjuta-juta tetapi tidak bebas dan hidup di dalam ketakutan.Ada yang tidak sihat dan papa kedana.Ada yang tidak pernah menghadapi kesusahan di dalam kehidupan.Orang kata hidup dan mati atas 'duit'.Jangan mati atas'p---t' sudahlah. Ada yang kaya tetapi penderma.Ada yang bertitle' Haji Bakhil'.Kehidupan yang penuh dengan ada-ada saja. Kehidupan yang penuh dengan sandiwara.Drama kehidupan yang dilakonkan oleh manusia di atas dunia yang tidak kekal.

Ada yang kaya raya tapi umur pendek.Ejaan 'umur pendek' tu betul-betul sikit jangan tersilap eja....nanti dapat dosa. Ada yang menjadi popular tetapi umur pendek. Ada yang jadi sampah masyarakat dan tinggal di bawah jambatan di dalam suasana persekitaran yang kotor dan terdedah oleh berbagai jenis penyakit tetapi nampak sihat.Itulah kehidupan yang kita tidak dapat menilai erti kehidupan yang sebenar. Joseph Joubert pernah berkata' Life is a country that the old have seen and lived in.Those who have to travel through it can only learn the way from them'.

Pemergianmu pada pukul 3.30 pagi di musim luruh waktu UK adalah titik noktah terakhir perjalanan hidupmu yang hampir berumur 101 tahun .Panggilan telepon yang aku terima di waktu tidur dibuai mimpi dan berselubung dengan suasana dingin teramat dingin.Suasana dingin di luar jendela boleh membuatkan tubuh menjadi kaku.Kepulan salji putih berduyun-duyun jatuh melayang ke tanah dan hinggap di cermin jendela di dalam keadaan dingin yang mencengkam.Perjalanan hidupmu telah berakhir kini.Aku perlu tabah.Aku perlu menerima hakikat yang hidup pasti mati.Anak dagang mesti berani.Setitik air mata yang jatuh ke bumi adalah air mata 'dayus'.Anak dagang adalah anak jantan.Aku tidak akan menangis.Namun segala kenangan tika hidup bersamamu merupakan episod suka duka di sebuah kampung yang mengalir anak-anak sungai dan dikelilingi sawah padi yang menghijau.

Nenek ada sebuah rumah bertiang nibung beratap rumbia. Rumah nenek di tepi sawah.Di belakang rumah itu ada sebatang anak sungai mengalir tenang.Di sinilah aku berenang-renang bersama kawan-kawan menangkap anak-anak ikan . Di sungai inilah kami terjun,berenang,menyelam ibarat mandi di kolam renang di condominium yang dinikmati oleh generasi moden pada masa ini.Anak- anak seluang berbolak-balik dan menampakkan sisik di badan yang berkilauan.Anak-anak ikan haruan berlari-lari sambil membenam tubuhnya bersembunyi di sebalik lumpur tanpa diganggu.Di belakang rumah nenek terdapat pohon-pohon nyiur dan pohon-pohon pinang melambai-lambai di tiup angin lembut.Dari arah jendela rumah nenek dapat dilihat lambaian pohon padi yang menguning menandakan musim mengetam telah tiba.Burung pipit dan chak uban berterbangan kekenyanyan selepas meragut biji-biji padi kekuningan tanpa restu.Pemandangan sawah padi yang luas terbentang, pohon-pohon yang menghijau dan tiupan angin sawah yang syahdu adalah lambang kedamaian yang dapat mengubat hati yang pilu,jiwa yang resah dan rindu yang terseksa.Aku sedih dan pilu bila terkenang kampung halaman yang kini telah hilang dek proses pembangunan.


Di sinilah aku memulakan kehidupan di alam remaja di sekitar tahun 70an yang tidak pernah kenal erti pemodenan.Di sini tidak ada tube,LRT, monorail,commuter yang dinikmati oleh remaja tahun 2000.Anak-anak remaja tika itu berjiwa kental,bermaruah dan tinggi nilai-nilai moral,berani menghadapi dugaan dan berjiwa perantau.Bapa saudaraku menjadi pelaut menangkap ikan sardin di Lautan Hindi dan Lautan Pacific hampir 20 tahun berada di laut bukan di daratan.Kini beliau berumur 70 tahun dan menetap di Kampung nelayan Teluk Kumbar.Beliau bekerja di atas kapal Jepun melintasi lautan hingga ke Madagaskar di sekitar tahun 70an dan hampir semua lautan dalam pernah diterokainya.

Nenek ialah seorang yang cergas.Seingat aku nenek tidak pernah sakit.Aku tinggal bersama nenek.Nenek pandai memasak.Setiap masakan nenek menjadi kegemaranku.Nenek pandai masak gulai ikan puyu masak lemak campur daun kesum.Bukan daun ketum.Dulu aku tidak tahu apa itu daun ketum.Mereka lebih kenal daun ganja..Selepas filem hare rama hare krisna meletup pihak berkuasa mengharamkan penghisapan ganja. Filem tersebut juga diharamkan. Aku suka makan pais ikan haruan.Kalau makan tengahari nenek akan hidangkan kari ikan puyu dan ulam-ulam dan sambal belacan yang dipetik di belakang rumah nenek.Ikan-ikan haruan,puyu dan sepat ditangkap di sungai di belakang rumah nenek dengan menggunakan 'bubu buluh'.Nenek juga suka memancing ikan puyu dan haruan sehingga lewat petang.Pemandangan waktu hampir senja cukup indah menampakkan matahari yang sedang terbenam dengan pantulan cahaya yang kemerah-merahan.Sunyi pun mencengkam dan tiada lagi kedengaran suara anak-anak ayam dan nyanyian burung-burung berkicaun.Sesekali terdengar suara cengkerik berlagu nyaring dan sang kodok memecah kesunyian memanggil hujan.Tiada lagi kambing-kambing jantan berlari galak memburu kambing betina.Ayam jantan galak berkokok -kokok memikat ayam betina.Semuanya telah masuk kandang sunyi sepi sambil beristirehat menunggu hari esok yang belum pasti........

Nenek amat mengambil berat tentang amalan agama.Di pagi subuh yang hening aku dapat mendengar nenek melagukan aya-ayat suci Al-Quran.Suara nenek yang merdu semerdu lagu nyanyian Syarifah Aini.Aku sering kelewatan mengerjakan solat subuh.Berkali-kali nenek kejutkan dan berkata,'kalau tidak sembahyang subuh rezeki lari'.Kata-kata keramat itu menjadi pedoman pada diriku supaya jangan meninggalkan solat subuh.Lebih-lebih lagi subuh berjemaah di surau atau masjid.Bukankah bersolat di masjid itu mendapat 27 kali ganjaran daripada bersolat di rumah.

Nenek pergi selepas enam bulan aku berada di luar negara.Kekuatan iman dan semangatku adalah nadi kekuatan yang nenek salurkan pada diriku supaya aku menjadi manusia tabah.Keiklasan,ketulusan,keindahan budi pekerti tersemai di jiwa nenek.Walaupun nenek buta huruf tetapi hatinya tidak buta.Bukankah orang buta dijanjikan syurga oleh Allah s.w.t. Nenek pernah berkata,'jangan jadi manusia buta hati biar buta mata'. Di dalam Al Quran surah Al-A'raaf ayat 64 Allah s.w.t telah menerangkan tentang kaum yang buta iaitu buta hati.

Hidup bersama nenek telah berlalu.Keindahan dan ketenangan kampung halaman telah hilang dan tenggelam.Rumah-rumah bertiang nibung dan berdinding buluh telah digantikan dengan dinding batu.Sungai-sungai yang dulunya mengalir jernih kini telah dinodai oleh kumuhan bahan-bahan kimia.Anak-anak seluang telah tiada.Ikan-ikan haruan,puyu,sepat telah mati.Pemandangan sawah padi yang menguning dan pohon-pohon yang menghijau telah dimatikan oleh bangunan-bangunan batu.



Aku tidak dapat melahirkan kata-kata puitis,bait-bait ayat yang syahdu tika aku mendapat ilham melukiskan kata-kata rindu semasa aku berada di tepi anak sungai di belakang rumah nenek sewaktu aku menerima berita tentang kematianmu dulu. Aku ingin kembali ke daerahmu.Tinggal bersamamu di sebuah rumah bertiang nibung dan beratap nipah.Aku dapat mendengar suaramu melagukan ayat-ayat suci Al-quran. Aku sudah jemu hidup di Kota London,Amsterdam, Paris dan Kuala Lumpur.Aku teramat rindukan kesunyian.Aku amat rindukan kedamaian.Aku ingin melihat burung-burung berterbangan,anak-anak ikan berenang-renang,sawah padi menghijau dan tiupan angin senja yang dingin.Kini aku terkubur di Kota raya yang tidak kenal erti kemanusiaan.Tidak berperikemanusiaan.

Monday, June 20, 2011

MEREKA YANG TIDAK MENGERTI

Aku menerima sms pagi tadi. Saidin di ICU. Aku terus menelefon Zaki. Benar Saidin dimasukkan ke ICU. Saidin seorang guru agama. Paginya beliau mengajar disekolah.Petangnya menyertai aktiviti di sekolah. Malamnya berusrah,kadang-kadang sampai pukul satu pagi.

Ada waktu diundang untuk memberi ceramah di mesjid.Ustaz Saidin tidak pernah menolak. Dia pasti datang kalau tiada halangan. Ada waktunya pihak penganjur memberi sedikit cenderahati. Sebuah buku dan sekeping envelop. Ada sekali dalam envelop berwarna-warni berisi sekeping gambar Agong bernilai RM50.00. Aku terkejut.Tempat Ustaz Saidin bercermah jauh. Aku kira 100 kilometer daripada rumahnya. Pergi balik sudah 200 kilometer.

Ustaz Saidin tidak pernah merunggut dengan 'bayaran' yang diterima. Aku sedih melihat Ustaz Saidin dilayan sedemikian rupa.Tentulah wang RM50.00 tidak mencukupi. Tidak kah pihak yang mengundang berfikir soal itu. Duit minyak keretanyapun tidak 'lepas'. Tapi baiknya Ustaz Saidin ini, beliau tidak pernah merunggut atau serik dengan penganjur ini.

Kalau tidak cukup sumbangan yang diberi, terpaksalah mengeluarkan wang dari sakunya. Beliau masih lagi boleh senyum dan ketawa walaupun batang tubuhnya diserang darah tinggi dan kencing manis.

Ada waktunya Ustaz terpaksa menaiki kapalterbang untuk ke Kuala Lumpur. Kereta terpaksa ditinggalkan di lapangan terbang. Bayaran untuk tempat letak kereta perlu dibayar. Pihak penganjur tidak fikir soal ini. Apa yang ada dalam fikiran mereka program perlu dijalankan mengikut jadual. Mereka akan menunggu kedatangan Ustaz di lapangan terbang dan menyambut kedatangannya dengan penuh mesra. Selepas itu Ustaz dibawa ke kedai makan. Selepas makan dibawa ke tempat program. Sepatutnya biarlah Ustaz berehat dahulu menghilang penatnya. Ada yang sudah tidak sabar lagi untuk mendengar ceramah Ustaz Saidin.

Malam itu Ustaz Saidin berceramah sampai pukul 11.30 malam.Kemudiannya ditambah dengan sesi soaljawab menjadkan program meleret sampai pukul 12.00 malam. Pengerusi majlis boleh memainkan peranannya memendekan sesi ini, tetapi dia pula yang menjadi pengulas yang menjadi majliskan bertambah sarat dan membosankan!

Monday, June 6, 2011

Jutawan Kampung







Kalau kita ada wang berjuta-juta digelar jutawan.Kalau kita suka menderma, itu dermawan namanyaa.Kalau kita banyak isteri digelar kaki poligami.Kalau kita suka temberang dipanggil Al-Tipuiing. Kalau kita ada tanah berekar-ekar yang nilainya 1 juta seekar di panggil apa??Waduh...waduh...kaya..pak!.Dua puluh tahun yang lalu aku menemani seorang kawan membeli se bidang tanah sawah di Pulau Pinang hampir satu ekar dengan harga RM14,ooo sahaja.Kini tanah di Pulau Pinang telah melambung tinggi berlipat ganda.Harga tanah gred A berharga 1 juta seekar.Tiada individu yang mampu membeli tanah kecuali jutawan atau pak-pak menteri yang kaya-raya.


Kalau kita sebut jutawan tentulah mereka yang tinggal di Kotaraya.Tapi dik...jangan terkejut di kampung juga ada jutawan.Di Balik Pulau ramai jutawan kerana mereka banyak tanah.Setelah sekian lama menghilang membawa diri di negara 'Mat Salleh' aku kembali ke kampung halaman di daerah sepi dulu yang pernah aku tinggalkan.Aku kagum melihat Balik Pulau yang pesat membangun. Orang Melayu Balik Pulau ada harta.Harta peninggalan nenek moyang.Mereka masih lagi tinggal di rumah papan peninggalan arwah ibu-bapa mereka.Rumah-rumah kampung masih kekal identitinya.Biar mati anak jangan mati adat.

Aku bertemu dengan 'Mak cik' seorang bidan kampung yang dikenali ramai dan 'kak Cik Jah' yang masih bujang di sebuah perkampungan Melayu Balik Pulau,Pulau Pinang semasa aku sedang 'cycling' mengelilingi kampung tersebut hingga sampai ke kaki bukit.Di kawasan ini banyak terdapat kebun durian.Balik Pulau yang terletak di Barat Daya Pulau Pinang merupakan kawasan yang terkenal dengan durian dan buah pala. Mak cik dan kak Cik Jah memiliki beberapa ekar kebun durian.Mak cik ada 4 ekar kebun durian dan Kak Cik Jah pula ada 5 ekar kebun durian.Kalau satu ekar harganya RM600,000 kali 5 ekar (tanah gred B)tentulah bernilai hampir RM3 juta.Kebanyakan tanah di Balik Pulau adalah harta peninggalan nenek-moyang atau harta pesaka.Kebanyakan penduduk Melayu di Balik Pulau memiliki tanah persendirian.Dulu Balik Pulau terkenal sebagai kawasan pertanian yang subur.Kini kawasannya telah banyak berubah. Kawasan perumahan baru bertambah.Bangunan-bangunan kerajaan seperti Balai Polis, Hospital,Balai Bomba,Mahkamah,Perpustakaan dan Kolej Pengajian Tinggi serta sekolah berasrama penuh terdapat di daerah ini.Banyak kawasan perumahan telah dibina dan harganya meningkat ratusan ribu ringgit.Suasana perkampungan masih dikekalkan di beberapa kawasan.Pantai Pasir Panjang yang dulunya pernah menempah sejarah hitam tsunami merupakan tempat perkelahan.Pantainya memanjang dan putih bersih.Di sini terdapat sebuah Kem Bina Negara .Pemandangan indah di sepanjang pantai yang bertentang dengan Pulau Betong mengujudkan panorama indah.Begitu juga Pantai Teluk Air bertentang Pulau Betong adalah kawasan memancing ikan kerapu yang popular.Bayan Lepas,Teluk Kumbar dan Teluk Bahang terletak di kawasan Parlimen Balik Pulau.Mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Dr.Helmi adalah anak jati Balik Pulau.


Kak Cik Jah tinggal di kaki bukit dikelilingi pohon buah-buahan.Ada tiga buah rumah didirikan di atas tapak tanah yang dimiliki oleh Kak Cik Jah.Rumah Ah Pen, rumah Ah Hin dan rumah Pak Cik Nan.Tapak tanah itu disewakan kepada ketiga-tiga penghuni rumah tersebut.Menurut Kak Cik Jah tanah peninggalan Arwah bapanya hampir 5 ekar.Mereka hidup aman damai dan saling membantu.Berkebun adalah punca rezeki mereka.


Kawasan tanah Mak Cik pula bersebelahan dengan tanah Kak Cik Jah.Luas tanahnya hampir 4 ekar.Tanahnya dipenuhi dengan pokok durian, rambutan,langsat dan manggis.Buah pala juga di tanam di sini.Pulau pinang terkenal dengan buah pala yang datangnya dari Balik Pulau.

Tidak jauh dari kebun Kak Cik Jah adalah kebun Pak Samad.Luas tanahnya berjumlah 11 ekar.Adik beradik Pak Samad tidak tinggal di situ.Mereka mencari rezeki di tempat lain.Kebanyakannya menetap di Kuala Lumpur.Akhirnya dengan kata sepakat mereka bersetuju untuk menjual tanah milik keluarga di situ.Menurut Mak Cik ,tanah Pak Samad itu telah pun dibeli oleh seorang ahli perniagaan Melayu dengan harga 8 juta.Semua keluarga Pak Samad menjadi jutawan segera.Untungnya kalau ada harta pesaka.Tidak payah susah-susah belajar tinggi-tinggi untuk memiliki wang berjuta.Kalau tak percaya tanya orang Melayu di Langkawi.Bukan semua kaya........ yang ada harta ada kayalah.

Aku sempat berbual mesra dengan kedua-dua mereka.Dari raut wajah-wajah, mereka jujur berbicara.Mak Cik berumur 71 tahun dan kak cik Jah berumur 51 tahun.Kedua-duanya jutawan ceria.Aku tidak sempat menjamu selera merasai keenakan isi buah durian yang mekar kerana buahnya belum matang dan masih bergayut di atas pokok macam ...............r,...................r.

Sunday, June 5, 2011

Pulau yang kutinggalkan



Dulu aku pernah memeluk dan meniduri pulau ini.Suasana persekitaranya yang sunyi dan jauh dari kebisingan manusia yang rakus memusnahkan keindahan alam.Suasana pohon nyior yang melambai-lambai ditiup angin laut boleh menjatuhkan seekor monyet jantan yang sedang bergayut di dahan pokok hingga terlena dan akhirnya terjelepuk jatuh ke tanah disebabkan sentuhan angin sepoi-sepoi bahasa yang melenakan amat mengasyikkan.Di sini juga pernah ditempatkan penghuni penjara yang dijatuhkan hukuman 'buang daerah' atas kesalahan gangsterism melanggar undang-undang negara.Kawasan perairan di Pulau ini amat tenang dan menjadi lubuk emas bagi nelayan.Tapi sayang kawasan perairannya itu menjadi tempat larangan.Hanya kakitangan penjara sahaja yang dapat bergerak bebas di sini.Pulau ini dapat dihubungi melalui Batu Maung dan Jeti Gelugor melalui bot-bot penumpang khas yang disediakan yang aku sudah lupa tambangnya.Dari Kota Kinabalu ke Pulau Gaya aku di'perkena'kan tambang sebanyak RM15 seorang untuk pergi-balik.Tambang ke Pulau tersebut tidaklah semahal itu.Pulau Jerjak, namamu masih dalam ingatan walaupun berpuluh tahun aku meninggalkannya tanpa sebarang pesan.

Aku mengenali Nik yang berasal dari Kelantan yang sering berulang alik ke Pulau Jerjak demi ilmu untuk bekalan masa depan.Sejak mengenali Nik semasa kami sama-sama belajar di Han Chiang School Penang pada 1974 aku sering mengikutinya dan bermalam di sini.Nik tinggal bersama kakaknya yang berkahwin dengan seorang Pegawai Penjara yang bertugas di Pulau itu.Nik ada seorang adik bernama Azizah yang tinggal bersamanya di 'quaters Penjara'.Perkenalan aku dengan Azizah bermula di pulau keramat ini.'Cinta monyet' itu tidak pernah dihidu oleh keluarganya walaupun aku sering bermalam bersama Nik di situ.Azizah masih lagi menuntut di Tingkatan Empat sedangkan aku dan Nik di Lower sixth di dalam kelas yang sama.Keindahan pulau ini terserlah di waktu malam bulan mengambang. Kesunyian dan kedinginan angin laut memecah suasana rinduku terhadap adik kesayangan Nik itu.Kilauan air laut yang berkelipan angkara panahan sinaran rambulan dan desiran angin serta ombak pantai yang yang lembut menghempap batu di kala sunyi memecah kerinduanku terhadap gadis itu.Wajah Azizah selembut dendangan lagu 'Azizah' nyanyian Ahmad Jais.


Kini setelah empat puluh tahun berlalu wajah Pulau Jerjak telah berubah seperti berubahnya wajah aku dan wajah Shakir.Wajah Che Li macam dulu tidak berubah tapi badannya sudah pun 'lebar-lebar'.Kawasan sekelilingnya mulai riuh rendah .Kawasan sunyi itu mulai bergelora dengan manusia memadu kasih asmara.Burung-burung camar telah meninggalkan pulau tersebut membawa diri masing-masing.Pulau Jerjak telah dinodai.Zaman IT dan Sains Komputer telah menelan kehidupan alam sekeliling pulau itu.Pulau Jerjak kini menjadi destinasi pelancongan dan tempat peranginan yang mewah.Tambang ke Pulau Jerjak juga tidak semurah dulu.Murah sedikit tambang yang di'pekenakan'aku dan Shakir ke Pulau Gaya.Tiada lagi tahanan atau pesakit kusta yang pernah ditempatkan di sini.Pulau Jerjak berwajah baru.Pulau Jerjak ada Restoran makanan laut,ada chalet,ada hotel dan menjadi tempat pilihan untuk berbulan madu.



Di utara Pulau Jerjak tersergam indahJambatan Pulau Pinang yang panjangnya 13 km.Di selatannya pula sedang dibina jambatan kedua Pulau Pinang yang panjangnya hampir 25km..Pulau Jerjak tidak lagi tidur seperti Empat puluh tahun yang lalu. Arah barat pulau tersebut ialah Pulau Pinang yang dipisahkan oleh laut dan berdiri megah bangunan-bangunan kilang serta gerai-gerai makan di persisiran pantai Pulau Pinang.Empat puluh tahun yang lalu kawasan kilang ini dipenuhi pohon kelapa dan pepohon yang menghijau.Nelayan tua di atas sampan yang sedang dilambung ombak manja dapat dilihat dari Pulau Jerjak.Air laut yang dulunya biru kini telah keruh seperti keruhnya muka Shakir menyiapkan thesis masternya di OUM.



Tiada lagi Azizah di Pulau itu.Tiada lagi 'Puteri Remaja' di pulau itu.Azizah telah pulang ke Kelantan berkahwin dan beranak pinak.Nik telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya.Pulau ini telah aku tinggalkan.Pulau ini telah mecatitkan kisah cinta'monyet' gadis dendangan Ahmad Jais.Kini aku kembali lagi ke sini.Keindahan pulau itu telah hilang ditelan pembangunan yang tidak tahu erti kedamaian.Aku ingin kembali semula ke alam remaja berumur belasan tahun yang selalu merindui Azizah tika itu.Aku ingin melupakan waktu-waktu ini yang sedang dimamah usia tua untuk kembali ke alam remaja.Masa dulu-dulu.Masa yang lepas tidak akan kembali lagi.Aku menangis mengenangkan pulau yang telah kutinggalkan.

Saturday, June 4, 2011

Ke Kenduri Kahwin Anak Samsudin Husin@ Mat Boria

Hari ini kenduri anak kahwin sulong Samsudin Husin@ Mat Boria di Kulim,Kedah.
Pada sebelah petangnya hujan turun agak lebat.
Badar tak boleh datang.Dia masih di Ibukota, Kuala Lumpur.
Tuan Zainal terlupa yang hari ini kenduri kahwin anak Samsudin.

Sudah seminggu Samsudin terlantar sakit. Tidak boleh bergerak. Tidak boleh berjalan. Khabarnya Tuan Doktorpun tidak tahu apa penyakitnya.

Tapi pada hari kenduri nampak sudah boleh berjalan tapi tidak berapa kuat. Itu pada waktu pagi.
Petangnya dia hanya duduk. Lebih banyak duduk dan banyak juga berkata-kata.

Gambar TerNow Hajah Rita Jaafar@Datuk Hajah RitaBagong

Di MPG kami hanya mengenalinya dengan nama Puan Rita T Jaafar@Rita Bagong. Tapi itu 31 tahun yang lalu. Sekarang sudah bergelar Datuk Hajah Rita T Jaafar. Anak kelahiran Kg. Sawah Tuaran,Sabah telah dinobatkan sebagai tokoh guru peringkat kebangsaan baru-baru ini di Kucing,Sarawak. (bersambung)

Thursday, June 2, 2011

Minggu Orientasi Di MPG 1980

Minggu orientasi Aku hanya seorang pemerhati. Banyaklah peristiwa lucu,nakal dan macam yang berlaku. Minggu inilah ada senior yang cuba 'jual minyak'. Kalau jadi,jadilah.

Tapi kawanku ini, Fauziah Sulaiman@ lebih dikenali sebagai Fauziah Jepun.(gambar di kanan) Orangnya kecil sahaja tapi suaranya macam guruh. Aku tahu junior-junior cukup takut dengannya.

Beliau ada ilmu yang boleh menghilangkan anu lelaki.( Menurutnya ilmu itu sudah dibuang)
Pernah juga suatu hari beliau hendak gunakan ilmu itu. Tapi setelah berfikir panjang tidak jadi. Berdosa. Lagi pula beliau tidak belajar cara memulihkannya.

Tapi pada minggu orientasi itu Fauziah hanya sekadar mahu mengacah sahaja seorang junior yang agak nakal sedikit. Junior itu dipanggilnya. "Kau jangan macam-macam di sini," gertak Fauziah."Nanti Aku hilangkan anu kau tu,"balasan Fauziah lagi. Dia kelihatan pucat.
" Macam mana Kak,"tanya junior itu. " Macam mana apa,"balasan Fauziah dengan suara yang cukup kuat.

"Kau kena pakai seluar dalam secara terbalik," kata Fauziah.
Menurut Fauziah junior itu terus memakai seluar dalam terbalik selama di maktab dan masih memakai secara berbalik setelah 'posting' selama setahun.

Wednesday, June 1, 2011

Di Majlis Mencukur Rambut

Bila ada majlis kenduri dan sebagainya kami selalu diundang oleh masyarakat setempat. Kami pasti hadir memenuhi undangan itu. Pastinya hari itu kami tidak perlu masak. Semua kelihatan ceria bila ada majlis seperti ini.

Menariknya bila selesai majlis kami diberikan bekalan untuk dibawa pulang. Setiap orang diberi bekalan. Kami tidak pernah menolaknya. Aku tidak pasti 'adat' seumpama ini diamalkan di Semenanjung. Ini pengalaman Aku di Tenom,Sabah.

Aku,Ustaz Awang dan beberapa orang guru lain diundang ke majlis mencukur rambut. Kami semua hadir. Ruangan rumah penuh dengan tetamu. Ada yang berserban, yang bersongkok hitam dan berkopiah putih. Majlis cukup meriah.

Majlis dimulakan. Ustaz membaca kitab berzanji. Aku difahamkan bacaan dibuat mengikut giliran. Ustaz Awang membaca agak panjang juga. Tiba-tiba kawan Aku yang seorang ini beralih tempat. Dia memilih duduk tepi tingkap. Dia memakai songkok hitam. Agak tinggi juga songkok hitamnya. Macam songkok Presiden Sukarno, mantan presiden Indonesia itu.

Aku tak kisah sangat dengan gelagatnya. Biarlah dia nak duduk di mana, asalkan selesa. Biarlah. Itu hak dia. Dia kelihatan resah dan asyik memandang ke luar tingkap. Kitab sudah beredar tangan. Kawan Aku kelihatan resah. Gilirannya hampir dekat. Dia menjejuk ke bawah. Ahh! Songkoknya jatuh ke tanah. Dia minta izin turun ke bawah. Hendak ambil songkoknya.

Majlis hampir tamat tapi kawan Aku belum naik ke atas. Hidangan mula dihidang,kawan Aku masih belum naik juga. Aku tak tahu kenapa dia tak naik ke atas rumah. Aku perhati di sekeliling rumah, namun bayangnya pun tak nampak.

Bila kami pulang dia sudah ada di rumah."Kenapa balik awal?" aku bertanya.
"Sebenarnya Aku buat-buat saja."kata Din. "Aku yang jatuhkan songkok itu."kata Din sambil senyum.

"Aku tak hafal dan bacaan pun tak lancar. Aku seganlah. Jadi Aku sengaja jatuhkan songkok itu dan terus pulang!

Thursday, May 26, 2011

Aku di SM Chung Hwa, Tenom


Aku pernah mengajar di sekolah ini. Dahulu namanya SMJK Chung Hwa. 31 tahun yang lalu. Seingat Aku di sinilah Ustaz Awang tinggal. Ustaz Awang anak Kelantan yang berkahwin dengan orang Tenom. Dia tetap dan berpencen di sini. Aku tidak sempat bertemu dengan dia sewaktu Aku melawat Tenom.

Aku hanya dapat bertemu dengan mantan Pengetua Puan Chiam yang baik hati itu. Dia masih megenali Aku.

Zaman itu tidak ada kedai koperasi. Pelajar membeli keperluan persekolahan mereka di Pekan Tenom yang kaya dengan kesunyian di waktu malam. Pada masa itu, malamnya tidak ada teh tarek. Sekali sekala makan sate Wak Khamis. Sate Wak Khamis memang sedap. Tapi sayangnya waktu Aku ke Tenom tempoh hari lalu, Wak Khamis tidak berniaga.

Secara fizikal Pekan Tenom sudah banyak berubah. Masjid tidak lagi berada di atas bukit. Sudah ada di bawah. Tapak SK Pekan Tenom tempatnya. SK Pekan Tenom ke tempat lain yang selesa

Aku tidak berjumpa dengan Cikgu Nordin,orang Johor yang isterinya wanita berketurunan Cina tempatan. Aku sempat berjumpa dengan bekas kerani,Encik Aslie yang berasal dari Kota Belud. Beliau sudah naik pangkat.

Oleh Shakir Md Taha

Monday, May 23, 2011

Uncle Mus Bertanya Khabar

Tahun ini Uncle Mus datang ke Malaysia. Uncle Mus seorang jurutera anak kelahiran Changkat ,Nibong Tebal, Pulau Pinang, kini terus menetap di England. Beliau berkahwin dengan seorang wanita Inggeris, beranak dan bahagia.

Sekali sekala bila rindu datang melanda pada keluarga di Pulau Pinang, beliau pulang ke kampung halamannya. Saudara mara masih ramai di kampung. Aku sempat membawa Uncle Mus melawat ke kampung halamannya.


Beliau masih ingat lorong dan jalan ke kampung halamannya. Jadi mudahlah Aku membawa Uncle Mus ke rumah saudara maranya di kampung Changkat,Nibong Tebal. Uncle Mus fasih bercakap Bahasa Melayu walaupun sudah 50 tahun meninggalkan Tanah Melayu. Di sini dia dilahirkan bersama senandung deru seru injin Keretapi Tanah Melayu.

Uncle Mus rajin menelefon Salim. Menariknya beliau bertanya bila Ex-MPG nak tubuhkan persatuan. Momin sudah uruskan.


Friday, May 20, 2011

Senja Di Panarlaban

Senja di Panarlaban
Dikala senja di hujung sakratul maut
Malam sudah bersedia menjalankan tugasnya.

Adakalanya malam ditemani pungguk
Pungguk yang menantikan bulan di balik tirai malam

Malam yang masih muda
Malam yang tua
Tetap akan bertengkar dengan cahaya bulan
Cahaya dari cahaya
Cahaya lampu

Malam akan bersua dengan manusia
Manusia yang tiada kepala
Manusia yang tiada hati
Manusia yang tiada telinga

Mausia itu hanya kenal menang.

Guru Bahasa Inggeris Aku

April 2011 yang lalu Aku dan kawan-kawan
bertemu semula dengan guru Bahasa Inggeris yang
berasal daripada Amerika Syarikat. Dia mengajar
Aku sewaktu 'standard five' pada tahun1966.

Dia masih berhubung dengan kami melalui facebook
dan email.

Thursday, May 12, 2011

Hati Seorang Ibu

Gambar di sebelah kanan ialah anak Ustaz Senan. Umurnya 10 tahun tapi kelihatan seperti setahun sahaja. Namanya Aiman. Dia tidak boleh berjalan.Tidak boleh berkata-kata. Tapi dia memahami apa yang kita kata. SubhanaLlah! Kebesaran Tuhan yang sukar difikir dengan akal. Tapi beginilah jadinya. Manusia kahwin,beranak dan bahagia.

Isteri Ustaz Senan menjaga anaknya dengan penuh kasih sayang. Tidak berduka menerima anugerah anak seperti ini.
Selagi hidup dikandung badan,Aiman tetap dijaganya.

Pihak berwajib ada memberikan RM140 sebulan untuk Aiman. Semuanya untuk keperluan Aiman. Makan,pakai,minum dan pendek kata,semua keperluan Aiman diuruskan oleh isteri Ustaz Senan. Kasih sayang seorang Ibu tidak pernah kenal jemu.

Malamnya,Aku dan kawan-kawan dari Wargakilang pulang.
Aku masih teringat Aiman anak Ustaz Senan itu. Banyak persoalan yang bermain di dalam kepala. Malam bertambah malam. Lampu-lampu di pinggir jalan bertengkar dengan malam. Biarlah ku tiduri malam ini di bawah cahaya bulan tua dengan penuh ketenangan.

Oleh Shakir Md Taha

Wednesday, May 4, 2011

Nasir Guru Besar Cemerlang

Aku temuinya semalam dipinggir senja di sebuah restoran. Nasir Jamaluddin anak didik MPG sesi 1980/81. Gambar ini(Nasir duduk ditengah) dirakam pada tahun 1981.

Wajah yang kutemui semalam seperti dahulu. Bicaranya perlahan dan lembut. Nasir cukup dikenali sewaktu mengajar di Sabah. Seorangnya cukup peramah.

Kepemimpinannya cukup terserlah. Seorang guru besar yang terlibat dalam bahagian peperiksaan. Pun begitu beliau masih mampu mengekalkan prestasi kerjanya hingga beliau dinobatkan sebagai Guru Besar cemerlang.

Sekarang beliau bertugas di SK Sri Tasek, Tasek,Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Cikgu Nasir lebih dikenali dengan panggilan 'Abang' sama ada di PPD,unit peperiksaan atau dengan kawan-kawan di Pulau Pinang.

Sewaktu pulang dari menunaikan fardhu haji dia cukup sihat. Dan malam itu aku disajikan dengan buah tamar dari Madinah yang cukup lazat. Aku pulang dengan riang ketika malam bertengkar dengan lampu-lampu dipinggir jalan.

Monday, May 2, 2011

Rumah Kecil Tiang Seribu

Perjalanan yang indah dan ceria. Singgah sebentar di rumah Ustaz Senan
Dari dalam. Di sini tidak sofa,tidak ada peti ais,yang ada hanya desiran angin menampar muka
Bergambar bersama Ustaz Senan(berbaju putih, berkaca mata hitam)

Biasanya di hujung minggu dihabiskan bersantai bersama keluarga. Tidak kira di mana. Di rumah,di tepi pantai ataupun di hotel mewah. Tapi rakan-rakan dari Wargakilang sebuah NGO keluar menemui masyarakat pinggiran(marginal society) dengan menghulurkan bantuan seperti makanan dan serba sedikit peralatan rumah. Ramai dikalangan Wargakilang terdiri daripada golongan profesional. Keluar menemui masyarkat seperti ini bagi mereka adalah satu tanggungjawab sosial. Program seperti ini telah dimulakan sejak tahun 2003 lagi. Baru tahun ini Aku berkesempatan ikut serta. Itulpun setelah berkenalan dengan Ir.Abd.Wahab

Antara rumah yang Aku lawati ialah rumah Ustaz Senan. Beliau sorang OKU dan mempunyai seorang anak OKU. Anak itu itu sudah berusia 11 tahun tapi kelihatan seperti kanak-kanak yang berumur 1 tahun. Anak mendapat elaun daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Rumah kecil tiang seribu milik Ustaz Senan dikelilingi sawah bendang. Beliau berkebolehan mengajar Al-Quran dan tajwid. Sayangnya sijil agama yang digenggangnya selama beberapa tahun yang silam telah hilang. Lantaran itu sulit bagi untuk memohon jawatan tetap dijabatan kerajaan. Beliau masih lagi menabur bakti sebagai guru Al-Quran dan tajwid di kampung.

Di rumahnya yang ada hanyalah keluarganya, dapur memasak,pinggan,periuk, bilikair dan tandas yang terletak di luar rumah.

Di sini tidak ada kipas angin, tidak peti ais, tidak ada kamar tidur. Yang ada hanyalah desiran angin yang menampar muka. Pun begitu Ustaz Senan nampak tenang dan dengan penuh kesenyuman menerima kedatangan Aku dan puluhan Wargakilang. Cuacapun cukup girang menyambut kedatangan kami. Kalau langit mencurahkan air,keadaan di sekitarnya menjadi penuh lecah. Tapi hari itu cuaca cukup lembut menyambut kedatangan kami. Terasa cukup lega.
Dan rasanya Ustaz Senanpun cukup lega dengan kedatangan kami.

Sebahagian daripada Wargakilang ke destinasi yang terakhir, ke Kg Padang Kunyit,Grik, Perak. Ada tujuh buah kereta yang ke sana. Kami ke rumah Puan Sharifah Bt Hashim yang kematian suami. Beliau terpaksa menanggung 7 orang anak yang masih bersekolah.Pihak Wargakilang menyumbangkan beras,tepung,gula dan lain-lain keperluan dapur.

Agak lelucukan juga bila ada rakan yang ditahan polis kerana memotong 'double line'. Kami berterima kasih kerana polis dengan budibicara memberi amaran dan melepas rakan-rakan daripada disaman. Pihak polis setelah mengetahui kami badan NGO dan tujuan ke sini untuk kerja amal(mungkin dengan penuh simpati) hanya memberi amaran dan tidak menyaman. Terima kasih Pak Polisi!

Setelah selesai menghulurkan sumbangan kepada Puan Sharifah kami ke rumah rakan Wargakilang Sdr.Sharolnizam Tarmizi atau lebih dikenali dengan panggilan "Komrad". Beliau telah menyediakan malam di rumahnya. Ibunya menghidangkan kami dengan nasi lemak ikan bilis,serunding ayam,kek,kuih cucur undang,karipap,teh o panas dan minuman sejuk oren. Sedap hingga tak terkata. Terima kasih Sdr. Komrad!

Oleh Shakir Md Taha
shakirtaha@gmail.com