Our Chat Room

Saturday, September 15, 2012

Bertemu Harun Di Dungun

Aku ke Trengganu dan Kelantan kali ini bersama seorang sahabat yang lebih dkenali dengan nama 'Pak Jang' atau nama sebenarnya Encik Baharom Bin Yunus. Anak-anak kecil memancilnya 'Pak Lebai'. Dia tinggal di Kampung Pelet, Bukit Mertajam.

Dahulu dia seorang tukang rumah yang mahir. Beliau suka merantau semasa mudanya.Dan sekarangpun masih suka merantau dan mengembara. Oleh kerana itu aku mengajaknya ke Trengganu dan Kelantan.

Selain daripada mempunyai kemahiran bertukang,dia mahir mengurut dan mengubati penyakit resdung.

Di Trengganu Aku dan Pak Jang singgah dan bersarapan di rumah Harun. Harun cukup ceria.Badannya cukup berisi sekarang. Sekarang Harun cukup suka pakai kopiah putih. Bertambah seri dengan janggutnya yang putih bersih.

No comments:

Post a Comment