Our Chat Room

Wednesday, September 12, 2012

Harun Abd.Rahman Dapat Cucu Lagi

Sabtu lalu Aku ke Trengganu dan Kelantan. Cuma sempat jumpa Harun@Mat Skoding sahaja. Pagi Sabtu sempat berbual dalam telefon dengan Hamzah Che Hussein.

Pagi Sabtu itu Harun cukup sibuk kerana anaknya hendak bersalin.Menyambut kedatangan cucunya yang kedua. Kali ini dia dapat cucu lelaki.

Harun tinggal di Dungun di rumah miliknya sendiri. Rumahnya besar dan selesa. Dia belum bersara lagi. Ada enam lagi untuk dia mengajar.

Dalam keadaan sibuk menguruskan kedatangan cucu barunya, dia masih sempat berjumpa dengan aku dan belanja makan malam di Dungun.

Sebelum pulang ke Pulau Pinang Harun mengajak Aku ke rumahnya. Aku menerima pelawaannya. Pagi Ahad itu Harun sudah sedia menunggu dia stesen mimyak Esso pekan Dunggu.

Aku singgap di rumahnya. Sewaktu hendak berangkat pulang Harun menghadiahkan beberapa ketul keropok lekor dan keropok ikan tamban. Terima kasih Tuan Harun dan meminta aku sampaikan salamnya kepada Salim Ismail.

No comments:

Post a Comment