Pak Jang katanya pernah mendengar nama pondok ini. Tetapi dia tidak pernah sekalipun datang melawat ke sini. Hari itu aku mengajak Pak Jang yang mempunyai kepakaran mengurut. Beliau menggunakan kaedah tanduk seladang untuk mengurut badan. Khabarnya tak ramai orang mempunyak kepakaran seperti Pak Jang. (gambar diatas pintu masuk ke pondok)
Nama pondok ini dikenali sebagai pondok Haji Ahmad yang terletak di Kampung Kuala Beris,Sik Kedah.Pondok ini tidak dikenali ramai hatta boleh dibilang dengan jari mereka yang mengetahui tentang kewujudan pondok ini.
Badan NGO, yang bernama ‘Wargakilang’ telah mengambil inisiatif untuk melakukan baikpulih ini. Sehingga kini pondok ini mempunyai 126 orang termasuk perempuan. Tempat yang berasingan disediakan untuk pelajar wanita. Terdapat juga warga tua dan emas yang datangan untuk mengikuti pengajian yang dipimpin oleh Ustaz Kamal. Pondok ini tidak mengeluarkan sebarang sijil ataupun diploma. Mereka yang datang ke sini hanya senya untuk mendapatkan ilmu
Di pondok inilah penuntutnya memasak makanan harian mereka.Tapi ada juga yang mengupah Mak Cik yang juga mengikuti pengajian di sini untuk memasak sajian mereka.
Menurut Ustaz Kamal yang merupakan mudir disini, pelajar dimestikan tidur di surau. Di surau tempat mereka solat,membaca Al-Quran dan bertahajud.
Malamnya daerah ini kaya dengan kesunyian. Di sini udaranya cukup segar,tenang dan damai.
Sebelum pulang Pak Jang yang begitu terharu dengan keadaan pondok ini telah menghulurkan beberapa keping not RM50.00 kepada Ustaz Kamel
No comments:
Post a Comment