Our Chat Room

Sunday, July 15, 2012

TERSEBUTLAH KISAH

Sebermula takala hamba singgah ke Gangga Negara,bertemulah dengan sahabat lama. Menurut sahibul hikayat dia telah bersara dari perkhidmatan kerajaan dan sekarang tinggal Darul Ehsan.

Dia pun dah ada cucu dan menantu. Khabarnya setelah bersara menjadi saudagar buah-buahan dan menjual jus buah-buahan.

Sejak zaman muda lagi sahabat hamba ini suka minum jus. Tapi bila hendak pergi 'berdating-datingan' tiadalah berani minum jus buah-buahan kerana mudah diserang penyakit ceret-beret.

Tapi kata orang tua-tua malang tidak berbau. Dalam perjalanan pulang sahabat hamba ini bertemulah dengan 'buah hatinya'. Maka dia pun mengajaklah 'buah hatinya' minum di kedai makan. Tahun 80an seingat hamba tiadalah banyak kedai makan. Hambapun suka juga berhenti makan dikedai ini. Makanannya sedap dan harganyapun murah

Adapun hamba nampak pasangan merpati ini tapi hamba buat-buat tidak nampak. Biarlah. Dia berbual dan makan di tempat terbuka. Bukan ditempat gelap. Takkanlah ada orang hendak datang tangkap basah.

Tersangat asyiklah mereka berbual. Ada waktu senyum. Ada waktu ketawa.Bergembira sungguh seperti Laila Majnun.

Hamba lihat sahabat hamba tergesa-gesa pulang ke rumah sewa. Hamba tinggal dirumah sewa yang sama. Pernah suatu waktu 'Cikgu Adik' ini singgah hendak memberikan sesuatu kepada sahabat hamba ini. Tapi sekejap sahaja. Tiadalah hamba tahu apa barangan yang diberi. Tiadalah hamba periksa.

Hamba tertanya-tanya kenapa dia tergesa-gesa pulang dari kedai makanan. Biasanya berbual panjang. Dari senja hingga sampai ayam berkokok.

Bila hamba tanya kenapa balik dengan tergesa-gesa. "Aku dah terbxxxx dalam seluar." katanya dengan ketawa. "Siapa belanja makan". "Mak Tamlah". "Kesiaan kat Mak Tam. Berbual sekejap kau dah buat hal.Jangan minumlah jus tu,perut kau mana tahan."

No comments:

Post a Comment