Our Chat Room

Monday, July 30, 2012

Singgah Sebentar di Mesjid Darul Ehsan,Narathiwat

Dalam jadual lawatan ada tercacat nama Kampung Pupur,Narathiwat Selatan Thailand yang penduduk bermajoriti orang Melayu Islam. Daerah ini sering berkocak dan bergolak. Dan sentiasa dirundung malang. Daerah ini pada suatu dahulu terletak di bawah Kerajaan Melayu Patani Darussalam. Tapi sayangnya ia telah jatuh ke tangan kerajaan Thai Buddha.

Kami sempat beramah mesra dengan Tok Iman dan Tok Nebe(Penghulu kampung). Menurut Tok Nebe,Encik Kosim Salleh terdapat 110 buah rumah di kampung itu.Di sini juga terdapat sekolah pondok yang kelihatan sudah uzur. Tapi masih mampu terus bergerak.

Di belakang Mesjid Darul Ehsan terdapat kubur As-Syahid Mubarak Abdul Qani yang disemadikan di situ.


No comments:

Post a Comment