Kalau hendak naik bas atau teksi kena turun ke Kota Kinabalu. Di sini semua ada. Pilih sahaja.
Oleh kerana di Ranau ini kenderaan yang banyak ialah van. Aku tidak ada pilihan lain,terpaksalah memilih van untuk ke Keningau.
Sebelum bertolak ke Keningau aku meninjau di persekitaran pekan kecil Ranau. Persekitarannya bersih. Tandas dekat dengan stesen bas/van cukup bersih. Ada bunga dan hiasan dalam tandas.
Di sini ada dua tiga buah hotel yang sesuai untuk pelancong dengan harga yang berpatutan. Ada juga kedai makan yang diusahakan oleh orang tempatan dan kedai mkan India Muslim.
Di pekan ini tenang dan damai.
No comments:
Post a Comment