Our Chat Room

Tuesday, March 20, 2012

PULAU AMAN




Pulau Aman yang sentiasa aman.Sebuah pulau yang agak terasing tetapi tetap mendapat kunjungan ramai pada hujung minggu atau cuti sekolah.Perjalanan ke pulau aman hanya mengambil masa10 minit dari Jeti Tambun menaiki bot penumpang dengan bayaran RM6 pergi balik.Di sini terdapat chalet yang dikenakan bayaran RM60-RM200 bergantung kepada jenis chalet yang ditempah.Sepanjang pejalanan kita akan dapat merasai tiupan angin laut yang syahdu.Percikkan air laut pada muka memberi kesegaran dan ingatan bahawa hidup ini ada masin dan ada manis seperti ombak laut tenang dan mengganas.
Lima tahun yang lalu aku berkunjung ke pulau ini.Tika itu masih jeti lama yang berlandaskan papan dan kayu.Bot penumpang juga sekadar sampan yang disangkut dengan injin bot yang begitu kurang dari segi keselamatan.Sampan itu boleh memuatkan 5-6 0rang sahaja.Tambangnya aku sudah lupa.Terdapat sebuah restoranyang menjual mee udang dengan harga RM5 yang dibanjiri dengan udang yang segar.Kini restoran itu tidak lagi mendapat sambutan dan ramai pengunjung meghala ke restoran terapung yang tidak jauh dari jeti pulau aman.Restoran ini yang agak lengkap dan bersih dan ramai pengunjung terdiri daripada berbilang bangsa.Aku di beritahu oleh seorang lelaki yang agak sebaya denganku berbangsa Cina bahawa dia gemar berkunjung ke pulau ini dihujung minggu setelah kematian isterinya yang tercinta.
Pulau ini terdiri daripada dua buah pulau yang besar.Hanya sebuah pulau sahaja yang didiami oleh lebih kurang 3oo penduduk tempatan.Sumber rezeki mereka ialah laut yang tenang dan kadang-kala bergelora sebagaiimana geloranya kehidupan manusia.Sumber rezeki seperti ikan,ketam dan udang dapat menampung kehidupan sebuah keluarga di sini.Di sini terdapat sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Pulau Aman.Beberapa tahun yang lalu kawan aku dari kampung aku menjadi GURU Besar di sini.Tapi kini dia tiada lagi.Dia dan keluarga tinggal di sebuah rumah di tepi pantai menikmati tiupan angin laut dan desiran ombak pantai di waktu malam yang syahdu.Anak seorang nelayan tidak akan lupa pada ombak yang kadang-kala mengganas sehingga meragut nyawa.Ombak yang tenang juga menjadi sumber inspirasi untuk aku menulis bait-bait tentang keresahan,kesunyian dan kerinduan.Rindu kepada yang maha esa kekal dan abadi.
Di sini aku menempah sebuah chalet yang agak murah tetapi selesa.Chalet itu bertentangan dengan sebuah pulau yang tidak ada penghuni.Dapatlah aku menikmati angin laut dan mendengar lagu ombak memecah kesunyian.Di sini terdapat aktiviti berkayak dengan sewanya RM12 untuk sejam.Sebuah kayak dapat menampung 2 orang.Bagi yang berbulan madu dapatlah menikmati keindahan suasana yang segar dan nyaman.Bagi yang inginkan percutian budget jika dibandingkan dengan Pulau Tioman atau Pangkur serta ingin menikmati suasan kehidupan kampung yang mesra berkunjunglah ke Pulau Aman.Banyak tempat-tempat menarik yang dapat dilawati seperti telaga emas,gua lanun,berbasikal (RM10 sehari) dan hiking.Bagi yang kaki pancing dapatlah menyewa bot untuk dibawa ke kawasan memancing yang terdapat disekitar pulau legenda ini.Tapi jangan lupa merasai mee udang special dengan harga RM10 dan anda akan teringat dan terbayang untuk datang lagi menikmati kelazatan mee udang tersebut.Walau jauh di mata mee udang PulauAman tetap memikat hati..............................................................

Saturday, March 10, 2012

Mamsin di Sandakan Zaman 80an

Zaman 80an perjalanan ke Sandkan paling mudah ialah dengan penggunakan pesawat MAS.
Jalan darat mengambil masa yang panjang,letih dan melelahkam. Masa itu jalan berdebu dan menyesak dada. Tuan Mamsin pada masa itu mengajar di sekolah menengah vokasional Sandakan.Dia tinggal di rumah yang luas,lapang dan selesa.
Di sini beliau mengajar bahasa Inggeris bersama Tuan Salim Ismail. Mereka ini kemudiannya melanjut pelajaran ke England.

Sekarang Tuan Mamsin bertugas di PutraJaya. Statusnya sebagai pegawai yang dipinjamkan. Beliau berulang-alik dari Pulau Pinang ke PutraJaya. Sampai bila keadaan ini akan berterusan tidaklah dapat dipastikan.

Oleh TS Lanang.

Friday, March 9, 2012

Kota Mekah





Salam untuk semua bekas warga PIS 79/80 dan ex-gaya 79/80.Saya selamat kembali ke tanahair selepas berada di Mekah selama 15 hari.Semoga amalan diterima oleh Allah s.aw.Saya menaiki pesawat Emirates A380 800 pesawat yang terbesar bersama-sama jemaah dari seluruh dunia.Singgah di Dubai Aiport selama 4 jam.Saya tinggal di Medinah selama 3 hari.Cuaca di sini sejuk dan nyaman macam cuaca di UK(spring)Dapatlah saya beramal ibadat di Masjid Nabawi dan berkunjung ke Makam Rasulullah SAW serta Khalifah Abu Bakar,Saidina Umar,Raudhah dan Medan Perkuburan Baqi.Di sekitar Medinah saya sembahyang di Masjid Quba,melawat Jabal Uhud,Masjid Dua Kiblat dan Medan Perang Kandak dan berbelanja( sedikit sahaja bah....) di pasar tamar.Saya juga dapat melawat Jabar Nur,Jabal Thur,Arafah Muzdaliffah,Mina.Saya juga sempat melawat Muzium Sejarah Makkah serta ladang ternak unta.Di Medina saya isteri,abang dan Kakak saya menetap di Mubarak Silver Hotel yang agak selesa.Di Mekah saya menetap di Al-Salah Palace Hotel yang tidak jauh dari Masjidil haram,Kota Mekah.
Raudah ialah sebuah tempat di dalamMasjid Nabawi,Medina yang dibatasi dengan tiang-tiang putih.Di anggap sebagai suatu tempat yang mulia,pernah disifatkan oleh Nabi s.a.w sebagai sebuah kebun di antara kebun-kebun di Syurga.

Masjidil haram dimana letaknya Kaabah yang mulia.Satu solat di sana menyamai seratus ribu solat.Masjid yang tertua di dunia dari zaman Nabi Ibrahim a.s hinggalah ke zaman ini.

Arafah adalah padang pasir yang luas dikelilingi bukit-bukit 25 km dari Kota Mekah.Menurut riwayat Nabi Adam dan Hawa,setelah turun dari syurga telah bertemu di padang Arafah dan berkumpul di Jabal Rahman.Ada jemaah yang datang ke sini meminta dipercepatkan jodoh dan ada juga yang meminta di tambahkan jodoh. .Jangan lepas peluang....

Jabal Nur...sebuah gunung yang sederhana tinggi lebih kurang 6km dari Kota Mekah.Di puncaknya yang agak menurun sedikit terdapat sebuah gua bernama Gua Hira'tempat di mana turunnya wahyu pertama kepada Nabi s.a.w.

Jabal Nur......sebuah gunung yang tertinggi di antara gunung-gunung yang berada di sekitar Mekah. Di lereng puncaknya terdapatGua Tsaur yang menjadi tempat persembunyianNabi s.a.w bersama sahabatnya Abu Bakar r.a dalam perjalanan mereka berhijrah ke madinah.Nabi s.a.w mengambil masa selama 1 minggu menaiki unta dari Mekah ke Medina.Saya cuma mengambil masa 5 jam menaiki bas ekspress ke sini dengan jaraknya lebih 400km.Betapa sukarnya kehidupan pada zaman nabi s.a.w menyebarkan Islam. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Mekah mengambil masa kurang dari 1 hari.


Cerita Orang Di Sana

Bertambah seorang lagi ahli kelab orang pencen MPG. Dia baru bersara bulan Februari lalu. Tapi dia tak bersara lagi dalam kursus psikoterapi. Kena pergi 'kursus' lagi.Tak apa, untuk kebaikan. Teruskanlah Puan Saemah Hassan.

Tuan Mamsin sekarang ada di PutraJaya.Dia dipinjamkan. Dia macam David Copperfield, sekejap ada,sekejap tiada. Lumrah hidup. Jangan telefon kat dia.Dia sibuk. SMS cukup. Bila dia lapang pasti dia balas. Dia jawab dan balas bejabu. Jenuh nak jawab balik.

Tuan Harunpun dah ada cucu. Kalau tak silap dengar, dah ada dua cucu. Inilah untungnya kahwin muda. Tahniahlah Tuan Harun.

Tuan Haji Bada dari Baling sibuk pergi mengaji kitab di pondok setiap hari Jumaat. Ramai sungguh yang datang mengaji. Orang Ipoh dan Kuala Kangsar pun ada. Begitulah cerita yang disampai oleh Tuan Bada.

Kawan-kawan yang lain senyap sepi.


Oleh Shakir Taha

Thursday, March 8, 2012

Harun Rahman@ Mat Skoding


Telefon Aku berdering. Keluar nama Mat Skoding. Dia kawan baik aku semasa di maktab. Orang Dungun,Trengganu. Bila mengajar nak sebut "ikan",disebutnya "ekang". Peninglah pensyarah Ahmad Kamal nak beri markah. Itu cerita lama Tuan Harun.

Kita balik cerita asal. Dia telefon hendak datang ke Pulau Pinang. Anak lelakinya perlu melaporkan diri di Hospital Besar Pulau Pinang pada bulan April ini. Dia datang sekeluarga dari Trengganu.Nak tidur semalam di Pulau Pinang. Lepas hantar anak terus balik Trengganu. Katanya dia tak pernah datang ke Pulau Pinang. Inilah kali pertama hendak datang ke Pulau Mutiara ini.

Selamat datang Tuan Harun. Welcome!


Oleh Shakir Md Taha

A. Aziz Ali

A.Aziz Ali(kiri) berasal dari Perak. Selepas tamat pengajian beliau dihantarbertugas di SMK Mentailang, Tenom Sabah. Beliau tidak lama mengajar di Tenom. Selepas itu beliau mengajar di SMA Limauan,Papar. Sekolah ini berasrama penuh. Di sini boleh dikatakan pelajarnya terpilih.
Aku bila turun ke Kota Kinabalu sering juga singgah dan bermalam di sini.

Bila di Kota Kinabalu Aku sering cari Ln Kopral Azizan. Dia orang kampung Aku yang berkahwin gadis Melayu Brunei.Dia bertugas di bahagian siasatan jenayah. Dia cukup minat dengan sajak-sajak Dr. Usman Awang dan pernah belajar menulis sajak daripada penyair besar itu.

Semasa di maktab A.Aziz Ali sering mengajak Aku ke Kepayan. Di sini ada ASP Redhwan Aslie. Beliau juga seorang penulis yang kemudiannya melanjutkan pelajarannya di Universiti Kebangsaan dengan perbelanjaan sendiri.

Aku difahmkan A.Aziz Ali bertugas di Parit Buntar,Perak.Sehingga kini Aku belum pernah berjumpa dengannya.

Oleh Shakir Md Taha.


Wednesday, March 7, 2012

Berkunjung Ke Batu Sapi Tahun 1982


Waktu ke Sandakan pada tahun 1982 Aku sempat melawat Batu Sapi. Memang batu itu
berbentuk macam sapi.Ia terletak di tepi laut. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang batu ini. Ia adalah tanda kebesaran Allah bagi orang yang mahu berfikir.

Aku,Iswan Keliwan,Azizan Dahaman,Azemi Tonggot dan 'Mamat Pakistan' yang berasal dari Seberang Perai Utara turut sama ke Batu Sapi. Di Batu Sapi kami singgah di balai polis. Polis yang ada dalam gambar ini 'orang Malaya'. Mereka cukup baik dengan kami.

Aku tak jumpa Tuan Salim Ismail@Salim Ketunggap. Khabarnya balik kampung jumpa isteri.


Oleh Shakir Taha

Tuesday, March 6, 2012

Kenangan Bersama Che Li Din

Ini gambar lama bersama Che Li Din di Sandakan. Tahun 1982.Aku tak pasti masa itu Che Li sudah kahwin atau belum. Che Li masih ada.Che Li sihat dan bertambah berat badan. Sekarang dia mengajar di SM Gurun,Kedah. Sekolah dia tepi jalan. Kalau siapa ada kelapangan singgahlah di sekolah dia.

Dia pasti gembira. Dia mesti ajak makan cendol. Pasal cendol Che Li boleh belanja 10 orang ex-MPG. Aku bukan nak iklan cendol ini. Kalau tak percaya ajak Che Li pergi makan. Lagi sedap kalau Che Li yang belanja.

Salim dan Yusof Maulud belum kena cendol Gurun lagi. Bila lalu kat Gurun tu, helo,helolah kat Che Li. Pasti dia ajak kena cendol. Selepas kena cendol singgahlah kat Baling. Di Baling ada Tuan Haji Badaruddin Khatib. Kalau sampai tengahari mesti dia hidang nasi ulam kampung. Kalau tak pergi tanya Tuan Zahari Manan yang cukup montel tu. Tuan Zahari cukup tahu. Dia cukup ingat. Mana takingat! Dia mesti ingat. Selepas makan dia 'tersadai'.


Monday, March 5, 2012

Azizan Dahaman dan Azmi Tonggot

Gambar di sebelah kiri ialah Azizan Dahaman. Dia senior Aku. Opsyen matematik. Berasal dari Perlis. Sama negeri dengan Sdr. Zainal Abdin Yaakub. Tahun pertama aku tinggal sebilik dengan Azizan yang lebih dikenali dengan gelaran "Maulana". Dia dihantar bertugas di Sandakan.

Gambar kanan Azemi Tonggot. Dia orang Johor. Tongkang Pecah tempat asalnya. Melayu bangsanya. Berkulit sawo matang,berambut kerinting,berbadan kurus dan berjalan pasti membongkok ke hadapan.

Gambar ini dirakam di Sandakan.Rumah Azizan.Rumah bujang. Waktu ini waktu cuti penggal ke 2. Aku ke Sandakan seorang diri dengan menaiki pesawat MAS. Tambangnya mahal!

Semasa itu di Sandakan undang galah cukup murah. Aku beli dan masak di sini.Makan sampai puas.

Oleh Shakir Taha

'Gathering' Alumni MPG

Aku terbaca dalam suatu ruangan di fb MPG tentang 'gathering' alumni MPG yang tidak menjadi kenyataan. Penubuhan persatuan setakat ini 'mandul'.Aku tidak mahu memberi apa-apa komen tentang tidak menjadinya pertemuan ini.

Aku fikir kalau hendak buat secara besar-besaran tidak menjadi masalah. Apa yang penting ialah kesungguhan kita dan komitmen untuk bertemu.

Aku melihat pada kesungguhan dan komitmen yang kian menipis dan segala macam alasan yang diberi. Mungkin kawan-kawan sibuk dengan segala urusan kerja yang perlu dibereskan.

Sekarang ramai kawan kita yang sudah jadi orang besar.Orang besar selalu sibuk. Selalu ke sana sini.Terbang sani sini.Kalau hantar mesej pun tak dibaca. Tak dibalas.Telefonpun tidak diangkat.Begitulah sibuknya kawan-kawan kita sekarang. Aku cuma nak peringatkan Tuan-tuan dan puan-puan semua. Masa kita bertemu dahulu tahun 80an. Sekarang tahun 2012.Banyak bezanya Tuan.Dahulu cuma cikgu lepasan maktab. Sekarang sudah ada BA,MA dan Phd. Kita jangan lupa pada kata Biduanita Negara, Saloma,

"Anak punai anak merbang
Anak sungai lagikan berubah
Inikan pula hati orang"....

Semua ini kena ambil kira.Jangan silap sapa kawan-kawan kita. Kalau dia ada 'title' Datuk,panggillah dengan gelaran.itu.Jangan panggil 'hang'.Panggillah Tuan ................ Kalau dia ada Dr.,jangan lupa panggil Tuan Dr.Tapi semasa aku belajar di luarnegeri hal ini depa tak ambil potpun.Tapi jangan lupa kawan-kawan,kita di Malaysia ni lain sikit. Bukan lain sikit,lain banyak. Malah 'rangking'universiti kita pun terlepas ke hulu mana pun tak tahu. Universiti yang no.1 dalam Malaysia tersepok ke angka 600 ke atas dalam dunia!

Salim Kawanku

Hari ini aku terbaca dalam blog tentang pemergiannya le Mekah.Beliau baru sahaja selesai menunaikan umrah. Tahniahlah saudaraku Salim. Aku pun berhajat juga hendak menunaikan umrah,insyALlah.

Aku Baru Balik Mekah

Salam untuk kawan-kawan. Aku baru dari mengerjakan umrah. Aku pergi dengan keluarga.Seronok sangat rasaanya.Sukar hendak aku ceritakan.Nanti aku tulis lagi. Aku nak balik Penang. Nak jumpa Tuan Shakir dan Nana Mamsin. Khabarnya Nana Mamsin dah bertukar ke KL.
Tak tau di mana. Nana ni susah nak kontek dia. Telefon dia seratus kalipun belum tentu boleh.

Lebih mudah telefon Hj Bada yang duduk di hulu sana tu. Tak percaya telefon lah dia. Pasti Tuan Haji ni angkat. Tapi Tuan Haji susah nak telefon balik.

Ok,aku letih sangat.Tak boleh nak tulis panjang berjela.

Friday, March 2, 2012

AmperaPatani Darussalam: Letupan bom gegar Selatan Thai

AmperaPatani Darussalam: Letupan bom gegar Selatan Thai: Letupan bom gegar Selatan Thai Ummah PATANI: Dua anggota tentera dan seorang penolong ketua kampung cedera dalam serangan di Narathiwat d...