Our Chat Room

Tuesday, November 22, 2011

Pasangan MPG 80/81

Inilah wajah-wajah rakan Maktab Perguruan Gaya sidang 80/81. Kiri sekali Normadiah(penyanyi nasyid) dan suami. Azmi berkacamata hitam, berambut putih,sekarang tinggal di Sungai Petani,Misman dan Siti Rokayah, Norhasanah Wakis dan suaminya.

Ini adalah gambar yang boleh dikira terbaru. Jadi kalau berjumpa di supermarket, di pinggir jalan ataupun di mana-mana inilah mereka.

Aku sendiri belum bersua muka dengan mereka. Hanya dengar suara sahaja, suara Azmi,suara Normadiah. Norhasanah Wakis rajin buat komen dalam facebook.

Salam buat semua.

Shakir Taha
Istana Hinggap
Simpang Ampat.

Thursday, November 17, 2011

Antara Wajah-Wajah Pernah Berkhidmat Di SMJK Chung Hwa

Di kanan, Cikgu Abdul Rahman Ahmad. Beliau mendapat latihan perguruan di Maktab Perguruan Gaya. Sebelum bertukar ke Semenanjung, beliau pernah mengajar di SMJK Chung Hwa, Tenom Sabah.

Kawan di sebelahnya,Cikgu Idrus Othman. Beliau melanjutkan pelajarannya ke Universiti Putra Malaysia pada tahun 80an. Cukup aktif dalam sukan. Sekarang menjadi pengetua di salah sebuah sekolah menengah di Pahang. Berasal dari Selangor.

Monday, November 7, 2011

Saturday, November 5, 2011

Zaidi Osman 80/81


Zaidi Osman rakan sekelas dengan Normadiah. Zaidi mempunyai bakat dalam seni khat. Tulisan jawinya cukup cantik. Menurut Hartini Salikin, Zaidi seorang qari. Bagus bacaannya. Merdu suaranya.

Seingat aku dia aktif dalam Persatuan Islam Maktab Perguruan. Beliau selalu membantu dan menghadiri aktiviti persatuan. Pendek kata beliau tidak pernah absen dalam sebarang aktiviti yang dijalankan oleh persatuan. Beliau boleh menjadi imam solat.

Beliau juga aktif dalam bidang sukan. Selepas keluar maktab aku terputus hubungan langsung dengan dia sehingga kini.

As salam buat kawanku, Zaidi Osman.


Shakir Taha
Simpang Ampat,
Seberang Perai Selatan.

Rubiah Jurjani


Gambar di kiri ialah Rubiah Jurjani (PJPS 80/81) dan di sebelahnya, Normadiah(PMIA 80/81). Seingat aku Rubiah sewaktu datang ke bertudung lengkap dan kurus orangnya. Dia berasal dari Johor.

Dia bersama Normadiah aktif dalam nasyid. Tapi Rubiah lebih aktif dalam sukan kerana itu adalah opsyennya. Selepas aku keluar maktab aku terputus langsung tentang Rubiah. Tapi tentang Normadiah sekali sekala dengar berita tentangnya. Khabarnya mengajar di Membakut. Tapi tentang Rubiah tidak ada maklumat lansung sehinggalah dimuatkan dalam facebook dan dimaklumkan oleh Normadiah yang begitu gigih mencari rakan sekolej.


Oleh Shakir Taha

Gambar kiriman Normadiah.