Dahulu dia seorang tukang rumah yang mahir. Beliau suka merantau semasa mudanya.Dan sekarangpun masih suka merantau dan mengembara. Oleh kerana itu aku mengajaknya ke Trengganu dan Kelantan.
Selain daripada mempunyai kemahiran bertukang,dia mahir mengurut dan mengubati penyakit resdung.
Di Trengganu Aku dan Pak Jang singgah dan bersarapan di rumah Harun. Harun cukup ceria.Badannya cukup berisi sekarang. Sekarang Harun cukup suka pakai kopiah putih. Bertambah seri dengan janggutnya yang putih bersih.