Our Chat Room

Saturday, August 31, 2013

Pertemuan Di Baling
















Kami ke rumah Tuan Hj Badaruddin sehari sebelum 31 Ogos 2013. Sebelum itu Salim  dan anaknya Fatin singgah ke rumah Aku. Aku ajak dia makan pagi tetapi hanya hendak segelas minuman panas. Baru pukul 10.00 pagi. 

Bila sampai dekat kedai makan dia tidak mahu memberhentikan kereta. Terus ke Baling, ke rumah Tuan Hj Badar. Dia sudah 38 tahun tidak berjumpa dengan Tuan Hj Badar. Dengan Tuan Shahrun Putran lagi lama. Dia bertanya Aku masih hidup kah lagi Tuan Shahrun Putran ini. Setahu Aku dia masih hidup. Masih sihat dan gagah. Cuma Aku sahaja yang jarang bertemu dengan dia. 

Tuan Hj Badar tinggal di Kampung Banggul Saga, kira-kira 5 kilometer dari Pekan Baling yang cukup terkenal itu.

Tuan Hj Badar masih mengajar lagi. Setahun dua lagi dia hendak bersara. Tak mahu tahu sambung sampai umur 58. Apa lagi sampai 60 tahun. Tuan Salim sudah bersara. Sudah 3 tahun dia meninggalkan dunia pendidikan. Ada waktu dia menjadi juru ukur sambilan.

Tuan Hj Badar dikurniakan empat orang anak.Sekarang yang tinggal dirumah hanya Hj dan isteri.

Hari yang kami sampai dirumah, isteri dia masih masak bermacam-macam,,ikan terubuk masin dari Sarawak,ayam goreng,ayam masak merah,sambal belacan dua jenis, ulam petai,jantung pisang rebus,jerung petai,pucuk janggus dan ulam raja.

Aku tengok Salim makan sungguh. Makan tenghari selepas solat Jumaat. Cukup sedap. Aku tambah 3 kali. Salim lebih lagi. Dia tambah 5 kali.Sedap sungguh. Sepiring ikan terubuk masin dari Sarawak habis kami 'kerjakan'.

Selepas makan kami ke kebun di belakang rumah. Ada pokok pisang, jambu,rambutan, durian, dukong,jambu batu dan......

Rumah Tuan Hj Badar luas dan selesa.Kami bertolak balik ke Pulau Pinang sebelum solat 'asar. Kata Salim, "Bada Aku nak mai lagi rumah hang." Perjalanan pulang cukup selesa sambil disapa oleh pohon-pohon getah yang berdiri tegak dipinggir jalan.Lampu-lampu dipinggir jalan diam membisu.

Saturday, July 13, 2013

Pusat Perniagaan Api-Api

Ke Kota Kinabalu baru-baru ini. Hari Jumaat,Sabtu dan Ahad jalan raya sesak sungguh.Makanan di agak mahal juga. Sekali makan paling habislah RM10.00. Kalau nasi dengan ikan kari serta minuman paling tidak RM5.00 untuk seorang.

Tapi di sini tidaklah semua mahal. Sayur dan buah-buahan segar masih murah. Ikan besar murah. Udang masih lebih murah jika dibandingkan  Semenanjung.

Kota Kinabalu masih belum lena walaupun larut malam. Kedai makan dipenuhi dengan pengjunjung. Biasanya kedai di tepi laut atau yang mengadap ke lauts selalu ramai pengjunjung.

Hotelnya juga kerap penuh terutamanya hari Sabtu dan Ahad. Sekarang ramai pula pelancong dari Brunei yang  suka menginap di Kota Kinabalu. Selain daripada itu ada juga apatmen.







Pusat Perniagaan Api-Api ada banyak keistimewaan. Ada kedai makan.Pusat beli belah. Ada hotel dan apatmen. Untuk ke pasar anda tidak perlu  kenaiki teksi atau bas yang menginap di hotel ataupun apatmen.

Setakat ini Bandar Raya Kota Kinabalu masih selamat daripada sebarang jenayah besar.

Tuesday, June 18, 2013

Blog Tak Kemaskini

Kelmarin aku berbual dengan Tuan Haji Badaruddin, Baling,Kedah. Cerita panjang juga. Soalan yang pertama dia tanya kenapa blog ini tidak 'diupdate'.  Aku bukan tak hendak jawab soalan itu. Tapi biarlah.

Sekarang ramai orang dah ada facebook. Ramai yang buka facebook. Mereka lebih menumpukan perhatian kepada facebook. Tulisan di facebook ringkas dan pendek. Lagi pula orang 60an tak ramai yang tahu guna blog. Nak buka blog kena tunggu anak cucu balik, baru nak buka blog.

Lagi pula orang seperti Salim dan Zahari Manan cukup sibuk. Mereka tidak ada masa untuk menulis. Lagi pula tulisan dalam blog ini 'tidak masssuk' apa-apa. Sekadar suka-suka dan sukarela.

Jadi sekadar inilah Tuan Hamba dapat jelaskan. Tiadalah  hamba nak tulis panjang lebar, nanti jemulah sekalian pembaca.

Kata pantun Melayu yang tiada hamba tulis selengkapnya,

Apa diharap padi seberang........


Buat Baja Organik Cecair















Minggu lepas Sekolah Menengah Tunaku Ismail mengadakan program LDP. Sekolah ini terletak dalam Pekan Sungai Petani,Kedah.

Aku diundang memberi ceramah tentang kebaikan dan cara membuat baja EM.

Aku telah membentangkan sebuah kertaskerja yang bertajuk "Falsafah Baja EM dan hubungannya dengan alam sekitar.


Kertaskerja yang berjumlah 12 halaman itu aku sampaikan dalam masa 90 minit. Banyak sungguh soalan yang ditanya oleh guru di sekolah ini. Akhir sekali kami membuat latihan amali yang melibatkan semua guru..Mereka memberikan kerjasama yang penuh sungguh.
















Puan Pengetua Sekolah Menengah Tuanku Ismail menyampaikan cenderamata kepada aku.Terima kasih Pengetua dan guru-guru serta Yang DiPertua PIBG sekolah ini Ustaz Kamarudin Kassim yang sudi mengundang aku memberi ceramah.

Friday, April 12, 2013

Badarudin Khatib Orang Baling


Ini bukan gambar Cikgu Badarudin Khatib yang terbaru. Gambar lama. Tapi masik ok lagi. Tak banyak berubah. Gambar terbaru ada dalam simpanan. Entah aku simpanan dalam 'hutan' mana, cari tak lupa. Tuan  Salim Serious  mungkin dia simpan sebab dia ada muzium. Segala mak nenek ada dalam muzium dia. Aku tengok.Dokumen lama dan surat khabar lamapun ada. Gambar  'Mat Taik' pun ada. Gambar dia masa muda-muda.

Aku sebenarnya lama tak jumpa dia. Hari itu dia sms. Selepas seminggu baru aku jawab. Bukan apa aku ke luar negara. Nak jawappun mahal. Dia komen sekeping gambar diapun tak ada dalam blogpis. Gambar ini dapat dengan bantuan Tuan Salim. Dia  yang bagi.

Tuan Hj Badarudin tinggal jauh di Baling. Dia tinggal di pinggir  hutan Baling. Dahulu senang nak telefon dia. Sekarang susah. Wayer  telefon dicuri orang. Kena pakai handfon. Kadang-kadang boleh dapat. Kadang-kadang tidak.

Aku cuma nak pesan kepada Tuan Salim Serious kalau nak  ke  Baling kena makan kenyang-kenyang. Perjalanan jauh. Bila terentak dalam perjalanan cepat lapar.Dalam perjalanan jangan berhenti makan.Rugi nanti tiba di rumah Tuan Hj Bada. Jadi tak lalu makan. Makanan di rumah dia memang 'best' kata Tuan Zahari Manan, guru tua dari Johor yang berkahwin dengan orang Baling.

Friday, February 8, 2013

Aziz Hassan

Pak Aziz dah dapat  menantu.Wak Usof dah terima menantu.Nasarudin Bujang pun dah terima menantu. Salim Serious belum lagi. Tak lama lagilah.Kena buat baju Melayu yang poketnya besar macam Abang Aziz kita.


Abang Aziz ni orang seni. Wak Nasaruddin pun sama kursus dengan Abang Aziz. Cuma seni Abang Aziz lebih halus serta indah.

Abang Aziz pernah berkata dia hendak ke Pulaun Pinang. Anak menantu dia tinggal di Pulau Pinang. Itu dua tiga tahun yang lalu. Sekarang entahlah. Aku pun dah lama tak telefon dia.

Wak Nasa dah lama diam sejak Pulau Pinang jatuh ke Pakatan Rakyat. Dia banyak tanya soalan lucu.






Wak Usof cukup rajin pergi makan kenduri orang kawan-kawan. Wak Usof kalau nak 'tambah' aku boleh tolong atur.Kita pergi 'makan pulut' di Ujung Selatan. Boleh pergi dengan Salim Serious. Boleh pergi dengan Mez biru.

Yang pentingnya ongkos mahu banyak. Itu sahaja. Kalau dia orang nak marah sekejap sahaja. Lepas itu ok. Usof ada berani ke?

Thursday, February 7, 2013

Kenduri Di Rumah Abd Aziz Hasan

Pasal kenduri kawin Tuan Yusof jarang absen.Bukan apa tengok orang kahwin pun dah cukup.Dalam hati  itu memanglah ada. tapi cuma tak berani sahaja. Sayangnya Tuan Usof  Maulud tak menuntut kat Tuan Salim Ketunggap.


Tuan Nasaruddin Bujang(dia bukan bujang, ini nama bapa dia,Nasaruddin Bin Bujang). Dia ini orang UMNO pekat. Tak percaya tengoklah songkoknya. Songkok tinggi.

Puan Samsiah,dahulu orang panggil dia "Sri Mersing'.
Aku tak tahu siapa yang panggil. Tapi yang aku pasti Aziz Hassan dah terpikat dengannya.

Aziz orang Selangor. Samsiah orang Johor.Johor ori.Bukan macam Wak Usof yang mengaku orang Johor. Bila tanya 10 tempat utama di Johor dah berpeluh!.



Gambar oleh Tuan Yusof  Maulut.

Tuesday, January 29, 2013

Halidiah Abdul Kadir PIS 79/80

Halidiah Abdul Kadir( berbaju kuning) kelahiran Johor terlalu sukar ditemui. Tidak banyak yang mengetahui di mana dia tinggal. Tapi dalam kenduri kahwin anak Wak Ramlan Ramso dan Soleha dia muncul dengan berbaju kuning bertudung kuning.


Wajahnya semasa di maktab tidak banyak perbezaan. Masih boleh dikenali kalau bertemu di pasar ataupun kota raya.

Tidak dapat dipastikan sama ada dia mempunyai facebook ataupun tidak.

Tanyalah pada Wak Ramlan. Wak Ramlan tahu di mana Halidiah tinggal.

Oleh Shakir Taha