Our Chat Room

Tuesday, August 9, 2011

Omar Abu Bakar


Omar Abu Bakar berasal dari Kedah.Kawan baik Aku semasa di Maktab Perguruan Gaya Kota Kinabalu(1979-1980). Orangnya berkulit sawa matang. Tingginya 5 kaki.Suaranya garau. Percakapannya cukup jelas dengan loghat Kedah yang cukup pekat.

Selepas keluar maktab Tuan Omar bertugas di Sandakan bersama Mamsin. Semasa Aku di Sabah sempat pergi ke tempat Tuan Omar mengajar di SM Vokasional Sandakan.

Semasa di Sandakan Aku beli undang galah cukup banyak. Harganya murah. Rasanya sedap dan manis. Omar dan Mamsin makan sedikit sahaja undang galah. Kata mereka selalu sangat makan,jadi dah jemu.

Seingat Aku Omar ada motorsikal jenama Vespa. Motorsikal inilah yang digunakan untuk pergi ke sekolah. Tidak pasti Vespa ini dibawa pulang ke Kedah atau tidak. Kalau dibawa pulang cukup antik.

Omar Abu Bakar yang bersuara garau ini, sekarang bertugas di PPD Pendang, Kedah. Selamat bertugas Tuan Omar.

No comments:

Post a Comment