Our Chat Room

Saturday, November 5, 2011

Zaidi Osman 80/81


Zaidi Osman rakan sekelas dengan Normadiah. Zaidi mempunyai bakat dalam seni khat. Tulisan jawinya cukup cantik. Menurut Hartini Salikin, Zaidi seorang qari. Bagus bacaannya. Merdu suaranya.

Seingat aku dia aktif dalam Persatuan Islam Maktab Perguruan. Beliau selalu membantu dan menghadiri aktiviti persatuan. Pendek kata beliau tidak pernah absen dalam sebarang aktiviti yang dijalankan oleh persatuan. Beliau boleh menjadi imam solat.

Beliau juga aktif dalam bidang sukan. Selepas keluar maktab aku terputus hubungan langsung dengan dia sehingga kini.

As salam buat kawanku, Zaidi Osman.


Shakir Taha
Simpang Ampat,
Seberang Perai Selatan.

3 comments:

  1. ingatanku masih kuat pada saudaraku zaidi. tinggi lampai dan penuh keanggunan sopan santunnya.
    rasanya org melaka dan pernah berkunjung ke rumahku di pontian.
    salam kisah lama, zaidi.

    ReplyDelete
  2. Tuan Zahari cuti nanti tentu balik Baling!

    ReplyDelete
  3. Awal bulan ni, duduk di sebelah insan hebat ini dalam satu mesyuarat peringkat kebangsaan di Petaling Jaya sambil minta beliau tuliskan nama saya.

    ReplyDelete