Aku mengajar di sekolah ini pada 1981. Pengetua aku yang pertama bernama Bernard Chong.Orangnya baik hati dan mudah berkira. Gaji pertama aku dia yang pergi cari dan membayarnya di rumah. Masa itu tidak ada akaun bank. Urusan gaji cepat sekali. Bulan pertama bekerja sudah ada gaji. Dia selalu turun ke Kota Kinabalu kerana keluarganya ada di sana.
Kalau ada hal,contohnya nak balik awal satu dua hari,dia boleh bertolak ansur.Tambang tiket kapalterbang mahal. Yang ada hanya MAS sahaja. Suka tidak suka, kena bayar juga sebab hendak balik Semenanjung. Kalau tidak, jangan balik. Itu sahaja.
Murid di sini ramai yang berbangsa Tionghua.Selebihnya Melayu/Jawa,Dusun dan Murut. Pelajarnya cukup hormat pada guru.Masalah displin tidak begitu ketara.Cumanya dalam hal akademik agak tidak memuaskan. Tetapi perkara ini tidak berlanjutan. Dengan gabungan tenaga fikir guru-guru dan pentadbir perkara ini dapat diatasi. Kecemerlangan akademik kian terselah dan dapat dikekalkan sehingga kini sebagaimana yang dimaklumkan oleh Aslie. Beliau kini bertugas di Pejabat PelajaranTenom. Aslie pernah bertugas sebagai kerani di sini sewaktu aku mengajar di sekolah ini. Menurut Aslie sekolah ini menjadi pilihan pertama waris-waris di daerah Tenom untuk menghantar anak-anak mereka.
Oleh Shakir Taha
No comments:
Post a Comment