Our Chat Room

Showing posts with label Maktab Gaya/Salim/Shakir/Momin/Pn Salmah. Show all posts
Showing posts with label Maktab Gaya/Salim/Shakir/Momin/Pn Salmah. Show all posts

Saturday, July 17, 2010

INSTITUT PERGURUAN GAYA


Dulu dikenali sebagai Maktab Perguruan Gaya.Kini telah bertukar wajah.Bangunan bertambah besar.Keadaan lanskap yang menarik.Walaupun blok asrama lelaki masih kekal.Begitu juga blok asrama perempuan.Ada dua orang pegawai keselamatan yang menjaga blok asrama dan juga bangunan pentadbiran.

Kini ia telah bertukar wajah yang suram menjadi lebih ceria. Bangunan kantin juga agak besar walaupun terletak di tempat yang sama. Di hujung sana tempat aku mamsin,shakir dan Badar menjamu selera di atas pinggan plastik walaupun masakan tak seenak masakan IBU.Itulah hakikat apabila kami berikrar menjadi GURU PELATIH MAKTAB PERGURUAN GAYA.

Kini nama itu telah lenyap dan berdiri megah dengan nama barunya INSTITUT PERGURUAN GAYA yang bertaraf universiti.

Pengetuanya kini bergelar Pengarah bukan istilah pengetua seperti zaman Bakar Don atau En.Aziz.Itu 30 tahun yang lalu.Bakar Don telah tiada begitu juga En.Aziz.Mereka bukan mati tetapi tidak lagi berkhidmat dengan Kem.Pelajaran Malaysia dan sudah pencen macam aku dan shakir. Kami dapat bertemu dan bermesra dengan Pengarah ternow iaitu Pn. Salmah.Kami mendapat green light untuk menyelongkar khazanah yang terdapat di situ.Insitut Perguruan Gaya berwajah baru.Pensyarahnya juga orang baru.Cuma Momin saja orang lama di situ.Dulu kami jumpa Momin di sini.Selepas 30 tahun Momin ada di situ.Dunia ini berpusing ibarat roda.

Aku, Shakir dan Wan Zainuddin melangkah longlai berpijak di bumi yang telah kami tinggalkan begitu lama.Semuanya aku telah lupa.Dulu ada serumpun pokok bamboo tetapi kini telah lenyap.Ada sebatang pokok rendang yang aku tidak pasti namanya menggantikan pohon bamboo di situ.Pohon bamboo itu menjadi nostalgia bagi mamsin.Di situ bermula dan berakhirnya sebuah impian.Kalau tak percaya tanya Mamsin.Sumpah.Bulan menjadi saksi.

Seperti kata Shakir di sinilah tempat kami belajar hidup berdikari.Di sinilah tempat kami mendapat jodoh.Di sinilah tempat kami bergelar ‘Cikgu’…..