Our Chat Room

Friday, December 12, 2014

Kawan Lama 'Bersarang' Di Putrajaya.

Mula-mula ingat siapa bila buka whatsApp.Pelakon dan pelawak tu kah? Tapi gaya tu ada sikit. Sikit sahaja. Tidak banyak.Yang sama cuma ketinggiannya. Itu sahaja. Baru aku perasan bila tengok betul-betul. Kawan aku rupanya.

Lama juga dia tidak menelefon Aku. Tapi selepas bersara ni dia sering whatsApp kepada ku.Dahulu mungkin dia sibuk. Orang di Putrajaya memang sibuk.Mesyuarat selalu.Keluar selalu. 'Out station' kata orang pejabat.

Jadi tentu tak ada masa. Sekarang Tuan Hj dah bersara dari jawatan di Putrajaya. Dia kata lapang. Kepala tak sakit. Hati tak sakit.Tak kena marah lagi dengan orang atas!

Begitulah cerita kawanku ini.


Oleh Shakir Md Taha

Friday, November 21, 2014

Ustaz Kamruddin Awang Basir Bekas Pensyarah MPG Meninggal Dunia

Ustaz Kamaruddin Awang Basir bekas pensyarah agama Islam di era akhir 70an meninggal dunia pagi ini di Hospital Taiping jam 9.00 pagi.

Sekembalinya dari Sabah beliau menyertai PAS Ustaz Kamaruddin kemudiannya diamanahkan sebagai Ketua Dewan Ulamak PAS Perak.

Jenazahnya dibawa pulang ke kampung halamannya Alor Akar Bt.14 Batu Kurau,Perak.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman.AMIN..


Oleh Shakir  Md Taha

Wednesday, November 12, 2014

Satu, Dua, Tiga

1.Kelmarin ada kawan bertanya, Shahrun Putran berniaga apa. Aku sendiripun tak tahu dia berniaga apa. Sudah 3 tahun aku tak jumpa dia.

2.Telefon Tuan Mamsin. Sembang pasal kenduri Tuan Bada. Tuan Bada dah jadi taukeh pucuk kayu dan segala ulam.

3.Ada mesej daripada Puan Sri. Mujurlah mesejnya ringkas dan senang dibaca.

4.Tak bernama dan tak kenal. Tanya apapun tak tahu. Banyak sangat singkatan dan bahasa apapun tak tahu. Senang saja. Padam terus.Habis!!!!

5. Tuan Salim suka makan kepala ikan. Telinga berdengong dah sebulan. Tekanan  darah 105/65.Kemalangan selepas dua tiga hari raya haji.Dia selamat. Keluargapun selamat Amin.

6. Puan Sri kata tokoh sumo nak telefon. Sampai sekarang tak terima panggilanpun.

7.Tuan Salim Lempoyang tanya Che Li Din ada telefon ke? Che Li pergi kursus alkarkut di Gunung Jerai.Sekarang tengah dok buat praktikum!

Sekian dari hamba di SinggahSana Zamalakazam.

Tuesday, November 11, 2014

Lama Tak Jumpa Kawan-Kawan MPG

Baru-baru ini Tuan Bada turun ke Kulim. Dia jumpa kawan lama dia Sri Syammugum. Undang makan kenduri kahwin anak dia.Aku sendiri tak dapat pergi ke Baling kerana urusan di luar negara.Aku sendiri tak tahu berapa orang kawan-kawan MPG yang pergi ke rumah Tuan Hj Bada. Khabarnya Tuan Mamsin pun tak dapat pergi.

Tuan Bada kata dia turun ke Kulim jumpa Sdr.Syammugum.Tuan Sri Syammugum kawan baik dia semasa bertugas di Kota Kinabalu.Deepavali. Tentu dia singgah rumah Sri Syam makan muruku.Memang muruku Sri Syam ranggup dan sedap.

Kata Tuan Mamsin, mungkin Tuan Bada jumpa orang lain.Aku dia tak datang jumpa. Hanya telefon sahaja maklum tentang kenduri kahwin anak dia.Mungkin dia juga jumpa Tuan Syahrun Putran ahli perniagaan yang cukup terkenal itu.Aku sendiripun sudah lama tidak berjumpa dengan Tuan Syahrun Putran.Mungkin Tuan Syahrun balik ke Syahrun Nawi.

Aku sendiri tidak menelefon kawan-kawan MPG.Nombor telefon mereka banyak hilang. Hilang bersama telefon.Puan Sri ada bertanya,"Kenapa lama tak telefon, sakit ke?  Puan Sri ini baik orangnya.Kalau singgah ke rumahnya pasti sate Kajang yang dihidangkan.

Tuan Salim baru dua tiga hari telefon aku.Tapi tak sempat sembang panjang. Dapat telegram kena  ke tandas.

Ada yang hantar SMS. Tapi perkataannya banyak sangat singkatan. Jadi aku tak baca dan padam terus.

Kawan-kawan PIS seperti Tuan Wan Zainuddin sekali sekala ada hantar mesej.Bulan lepas sempat bertanya khabar Puan Paulina, pengetua yang hebat itu.Oh! Hajjah Paulina.

Cikgu Halidiah tak pernah dengar berita.Fauziah Mahmud khabarnya masih mengajar. Puan Sri sudah lama bersara.Siti Dayangpun lama tak dengar berita.


Salam hormat


Shakir Md Taha(PIS 79/80)

KAMARUDDIN ALI DALAM KENANGAN

Sdr. Kamaruddin Ali anak kelahiran negeri Hang Tuah.Aku mengenalinya semasa belajar di Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu,Sabah.Isterinya Cikgu Hamidah sekelas dengan Aku.Dia juga berasal dari Melaka.

Selepas tamat latihan perguruan Kamaruddin dan Hamidah dihantar bertugas di Sepitang,Sabah.
Pada tahun 1982 Aku ke Sepitang. Masa itu aku mengajar di SM Chung Hwa, Tenom,Sabah.Aku hanya berhubung dengannya melalui surat   memaklumkan aku hendak ke sana.Masa itu kemudahan telefon amatlah dhaif. Jalan raya berdebu dan berbatu kerikil.

Masa itu Sepitang sebuah pekan kecil tenang dan sunyi.Aku ke tempatnya dengan teksi.Aku bermalam dan makan di rumahnya.Isterinya menyediakan masakan yang cukup sedap menyelerakan.

Kali terakhir Aku berjumpa dengan beliau di Pulau Pinang bersama Tuan Wan Zainuddin. Kalau tak silap pada tahun 2001.Tapi dengan Hamidah sampai sekarang pun aku belum berjumpa.



Beliau senang diajak berbincang mudah sekali tetawa. Seingat Aku dia seorang pemain sepaktakraw yang handal..

Semoga Allah sahajalah yang membalas segala budi baiknya kepada Aku. AMIN.

Oleh Shakir Md Taha(PIS MPG 79/80)

Monday, November 10, 2014

TAKZIAH BUAT CIKGU HAMIDAH PIS 79/80

Salam dukacita kami buat Cikgu Hamidah diatas permergian suaminya Cikgu Kamaruddin Ali. Semoga Allah menempatkannya bersama orang yang soleh dan beriman.

Beliau telah kembali  ke rahmatullah pada 9 November 2014. Sebelum ini bertugas di Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Selepas tamat di Maktab Perguruan Gaya,Kota Kinabalu beliau dihantar bertugas di Sepitang,Sabah bersama isterina Puan Hamidah.

Semoga ruhnya dicucuri rahmat oleh Allah Yang Maha Esa.
Amin.


Shakir Md Taha(PIS 79/80)

Thursday, June 26, 2014

Apple Cider Vinegar



Is Apple Cider Vinegar That Powerful of a Health Tonic? Science Says Yes

Apple cider vinegar (ACV) beca1004807_568639406511367_1890903376_nme well known in the U.S. in the late 1950s, when it was promoted in the best-selling book Folk Medicine: A Vermont Doctor’s Guide to Good Health by D. C. Jarvis. During the alternative medicine boom of recent years, apple cider vinegar and apple cider vinegar pills have become a popular dietary supplement.
Unpasteurized or organic ACV contains mother of vinegar, which has a cobweb-like appearance and can make the vinegar look slightly congealed. It’s the only way apple cider vinegar should be consumed.

ACV is used in salad dressings, marinades, vinaigrettes, food preservatives, and chutneys, among other things. It is made by crushing apples and squeezing out the liquid. Bacteria and Yeast are added to the liquid to start the alcoholic fermentation process, and the sugars are turned into alcohol. In a second fermentation process, the alcohol is converted into vinegar by acetic acid-forming bacteria (acetobacter). Acetic acid and malic acid give vinegar its sour taste.
Apple cider vinegar is purported to treat numerous diseases, health conditions, and annoyances. To name a few, it kills head lice, reverses aging, eases digestion, prevents flu, prevents acne, lowers blood pressure, reduces inflammation, kills fungus, regulate pH balance, dissolves kidney stones and helps relieve allergies, migraines, asthma, nausea, heart burn and wash toxins from the body. Can it really do all these things? You bet it can and more! But what does science say?
Diabetes. The effect of apple cider vinegar on blood sugar levels is perhaps the best researched and the most promising of APV’s health benefits. Several studies have found that vinegar may help lower glucose levels. For instance, a study (White, A. Diabetes Care, November 2007) of 11 people with type 2 diabetes found that taking two tablespoons of apple cider vinegar before bed lowered glucose levels in the morning by 4%-6%. In another study from Arizona State University, subjects took a drink of 20 grams of apple cider vinegarand 40 grams of water. Those with insulin resistance who drank the vinegar had 34% lower postprandial (after-meal) glucose compared to controls. Vinegar may be the most cost-effective medicine in history, but most people with diabetes still aren’t taking it.
High Cholesterol. A 2006 study reported in Medscape General Medicine, showed evidence that ACV could lower cholesterol. In a study published in a foreign medical journal, scientists found an apple cider vinegar-enhanced diet may increase in HDL (good cholesterol), and reduce levels of triglycerides. Research in rats suggests that apple-cider vinegar can help control triglycerides and cholesterol (Journal of Agricultural and Food Chemistry, June 22, 2011).
Blood Pressure and Heart Health. Another study in rats found that vinegar could lower high blood pressure. A large observational study also found that people who ate oil and vinegar dressing on salads five to six times a week had lower rates of heart disease than people who didn’t. Researchers have suggested that ‘this reduction in blood pressure may be caused by the significant reduction in renin activity and the subsequent decrease in angiotensin II’. Potassium in the vinegar ‘balances sodium levels in the body, which aids in maintaining blood pressure within healthy limits’ and ‘apple cider vinegar also contains magnesium, a mineral that works to relax blood vessel walls and thus lower high blood pressure’.
Cancer. A few laboratory studies have found that vinegar may be able to kill cancer cells or slow their growth. One study found that eating vinegar was associated with a decreased risk of esophageal cancer. Another associated it with an increased risk of bladder cancer. In recent trials, pectin, which can be found in ACV, has shown promise in helping to slow the growth of cancerous cells within the prostate  In addition, apple cider vinegar’s acidity aids in detoxifying and cleansing the digestive tract and cleaning out the colon, which supports the health of the prostate as well.

Wednesday, May 7, 2014

Anuar Kadir Dan Nasir Ismail

Anuar Kadir(1979-80) rakan lama Maktab Perguruan Gaya. Anuar mengajar di Sabak Bernam,Selangor Darul Ehsan.

Nasir Ismail(1979-80) sekarang tinggal di Kedah. Menurut Anuar,dia singgah ke rumah Nasir Ismail baru-baru ini.

Aku sendiri belum ada kesempatan untuk bertemu dengan Anuar dan Nasir.

Aku tahu mereka ini guru yang gigih mendidik dan memimpin anak bangsa. Terima kasih Cikgu.

Tuesday, February 18, 2014

Ismail Orang Kedah Yang Dah Menetap Di Negeri Sembilan

Cukup lama tidak bertemu dengan Ismail. Ismail anak Kedah yang berkahwin dengan anak Negeri Sembilan.

Sekarang menetap di Negeri Sembilan dan khabarnya menjadi penduduk tetap Negeri Sembilan.

Bertemu dengannya pada tahun 1980. Selepas itu langsung tidak pernah bertemu sampailah sekarang.

Sekali sekala wajahnya muncul dalam FB. Kali ini bersama isterinya Puan Zuriadah.