Our Chat Room

Tuesday, November 11, 2014

Lama Tak Jumpa Kawan-Kawan MPG

Baru-baru ini Tuan Bada turun ke Kulim. Dia jumpa kawan lama dia Sri Syammugum. Undang makan kenduri kahwin anak dia.Aku sendiri tak dapat pergi ke Baling kerana urusan di luar negara.Aku sendiri tak tahu berapa orang kawan-kawan MPG yang pergi ke rumah Tuan Hj Bada. Khabarnya Tuan Mamsin pun tak dapat pergi.

Tuan Bada kata dia turun ke Kulim jumpa Sdr.Syammugum.Tuan Sri Syammugum kawan baik dia semasa bertugas di Kota Kinabalu.Deepavali. Tentu dia singgah rumah Sri Syam makan muruku.Memang muruku Sri Syam ranggup dan sedap.

Kata Tuan Mamsin, mungkin Tuan Bada jumpa orang lain.Aku dia tak datang jumpa. Hanya telefon sahaja maklum tentang kenduri kahwin anak dia.Mungkin dia juga jumpa Tuan Syahrun Putran ahli perniagaan yang cukup terkenal itu.Aku sendiripun sudah lama tidak berjumpa dengan Tuan Syahrun Putran.Mungkin Tuan Syahrun balik ke Syahrun Nawi.

Aku sendiri tidak menelefon kawan-kawan MPG.Nombor telefon mereka banyak hilang. Hilang bersama telefon.Puan Sri ada bertanya,"Kenapa lama tak telefon, sakit ke?  Puan Sri ini baik orangnya.Kalau singgah ke rumahnya pasti sate Kajang yang dihidangkan.

Tuan Salim baru dua tiga hari telefon aku.Tapi tak sempat sembang panjang. Dapat telegram kena  ke tandas.

Ada yang hantar SMS. Tapi perkataannya banyak sangat singkatan. Jadi aku tak baca dan padam terus.

Kawan-kawan PIS seperti Tuan Wan Zainuddin sekali sekala ada hantar mesej.Bulan lepas sempat bertanya khabar Puan Paulina, pengetua yang hebat itu.Oh! Hajjah Paulina.

Cikgu Halidiah tak pernah dengar berita.Fauziah Mahmud khabarnya masih mengajar. Puan Sri sudah lama bersara.Siti Dayangpun lama tak dengar berita.


Salam hormat


Shakir Md Taha(PIS 79/80)

No comments:

Post a Comment