Our Chat Room

Tuesday, November 11, 2014

KAMARUDDIN ALI DALAM KENANGAN

Sdr. Kamaruddin Ali anak kelahiran negeri Hang Tuah.Aku mengenalinya semasa belajar di Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu,Sabah.Isterinya Cikgu Hamidah sekelas dengan Aku.Dia juga berasal dari Melaka.

Selepas tamat latihan perguruan Kamaruddin dan Hamidah dihantar bertugas di Sepitang,Sabah.
Pada tahun 1982 Aku ke Sepitang. Masa itu aku mengajar di SM Chung Hwa, Tenom,Sabah.Aku hanya berhubung dengannya melalui surat   memaklumkan aku hendak ke sana.Masa itu kemudahan telefon amatlah dhaif. Jalan raya berdebu dan berbatu kerikil.

Masa itu Sepitang sebuah pekan kecil tenang dan sunyi.Aku ke tempatnya dengan teksi.Aku bermalam dan makan di rumahnya.Isterinya menyediakan masakan yang cukup sedap menyelerakan.

Kali terakhir Aku berjumpa dengan beliau di Pulau Pinang bersama Tuan Wan Zainuddin. Kalau tak silap pada tahun 2001.Tapi dengan Hamidah sampai sekarang pun aku belum berjumpa.



Beliau senang diajak berbincang mudah sekali tetawa. Seingat Aku dia seorang pemain sepaktakraw yang handal..

Semoga Allah sahajalah yang membalas segala budi baiknya kepada Aku. AMIN.

Oleh Shakir Md Taha(PIS MPG 79/80)

No comments:

Post a Comment