Our Chat Room

Friday, November 21, 2014

Ustaz Kamruddin Awang Basir Bekas Pensyarah MPG Meninggal Dunia

Ustaz Kamaruddin Awang Basir bekas pensyarah agama Islam di era akhir 70an meninggal dunia pagi ini di Hospital Taiping jam 9.00 pagi.

Sekembalinya dari Sabah beliau menyertai PAS Ustaz Kamaruddin kemudiannya diamanahkan sebagai Ketua Dewan Ulamak PAS Perak.

Jenazahnya dibawa pulang ke kampung halamannya Alor Akar Bt.14 Batu Kurau,Perak.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman.AMIN..


Oleh Shakir  Md Taha

Wednesday, November 12, 2014

Satu, Dua, Tiga

1.Kelmarin ada kawan bertanya, Shahrun Putran berniaga apa. Aku sendiripun tak tahu dia berniaga apa. Sudah 3 tahun aku tak jumpa dia.

2.Telefon Tuan Mamsin. Sembang pasal kenduri Tuan Bada. Tuan Bada dah jadi taukeh pucuk kayu dan segala ulam.

3.Ada mesej daripada Puan Sri. Mujurlah mesejnya ringkas dan senang dibaca.

4.Tak bernama dan tak kenal. Tanya apapun tak tahu. Banyak sangat singkatan dan bahasa apapun tak tahu. Senang saja. Padam terus.Habis!!!!

5. Tuan Salim suka makan kepala ikan. Telinga berdengong dah sebulan. Tekanan  darah 105/65.Kemalangan selepas dua tiga hari raya haji.Dia selamat. Keluargapun selamat Amin.

6. Puan Sri kata tokoh sumo nak telefon. Sampai sekarang tak terima panggilanpun.

7.Tuan Salim Lempoyang tanya Che Li Din ada telefon ke? Che Li pergi kursus alkarkut di Gunung Jerai.Sekarang tengah dok buat praktikum!

Sekian dari hamba di SinggahSana Zamalakazam.

Tuesday, November 11, 2014

Lama Tak Jumpa Kawan-Kawan MPG

Baru-baru ini Tuan Bada turun ke Kulim. Dia jumpa kawan lama dia Sri Syammugum. Undang makan kenduri kahwin anak dia.Aku sendiri tak dapat pergi ke Baling kerana urusan di luar negara.Aku sendiri tak tahu berapa orang kawan-kawan MPG yang pergi ke rumah Tuan Hj Bada. Khabarnya Tuan Mamsin pun tak dapat pergi.

Tuan Bada kata dia turun ke Kulim jumpa Sdr.Syammugum.Tuan Sri Syammugum kawan baik dia semasa bertugas di Kota Kinabalu.Deepavali. Tentu dia singgah rumah Sri Syam makan muruku.Memang muruku Sri Syam ranggup dan sedap.

Kata Tuan Mamsin, mungkin Tuan Bada jumpa orang lain.Aku dia tak datang jumpa. Hanya telefon sahaja maklum tentang kenduri kahwin anak dia.Mungkin dia juga jumpa Tuan Syahrun Putran ahli perniagaan yang cukup terkenal itu.Aku sendiripun sudah lama tidak berjumpa dengan Tuan Syahrun Putran.Mungkin Tuan Syahrun balik ke Syahrun Nawi.

Aku sendiri tidak menelefon kawan-kawan MPG.Nombor telefon mereka banyak hilang. Hilang bersama telefon.Puan Sri ada bertanya,"Kenapa lama tak telefon, sakit ke?  Puan Sri ini baik orangnya.Kalau singgah ke rumahnya pasti sate Kajang yang dihidangkan.

Tuan Salim baru dua tiga hari telefon aku.Tapi tak sempat sembang panjang. Dapat telegram kena  ke tandas.

Ada yang hantar SMS. Tapi perkataannya banyak sangat singkatan. Jadi aku tak baca dan padam terus.

Kawan-kawan PIS seperti Tuan Wan Zainuddin sekali sekala ada hantar mesej.Bulan lepas sempat bertanya khabar Puan Paulina, pengetua yang hebat itu.Oh! Hajjah Paulina.

Cikgu Halidiah tak pernah dengar berita.Fauziah Mahmud khabarnya masih mengajar. Puan Sri sudah lama bersara.Siti Dayangpun lama tak dengar berita.


Salam hormat


Shakir Md Taha(PIS 79/80)

KAMARUDDIN ALI DALAM KENANGAN

Sdr. Kamaruddin Ali anak kelahiran negeri Hang Tuah.Aku mengenalinya semasa belajar di Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu,Sabah.Isterinya Cikgu Hamidah sekelas dengan Aku.Dia juga berasal dari Melaka.

Selepas tamat latihan perguruan Kamaruddin dan Hamidah dihantar bertugas di Sepitang,Sabah.
Pada tahun 1982 Aku ke Sepitang. Masa itu aku mengajar di SM Chung Hwa, Tenom,Sabah.Aku hanya berhubung dengannya melalui surat   memaklumkan aku hendak ke sana.Masa itu kemudahan telefon amatlah dhaif. Jalan raya berdebu dan berbatu kerikil.

Masa itu Sepitang sebuah pekan kecil tenang dan sunyi.Aku ke tempatnya dengan teksi.Aku bermalam dan makan di rumahnya.Isterinya menyediakan masakan yang cukup sedap menyelerakan.

Kali terakhir Aku berjumpa dengan beliau di Pulau Pinang bersama Tuan Wan Zainuddin. Kalau tak silap pada tahun 2001.Tapi dengan Hamidah sampai sekarang pun aku belum berjumpa.



Beliau senang diajak berbincang mudah sekali tetawa. Seingat Aku dia seorang pemain sepaktakraw yang handal..

Semoga Allah sahajalah yang membalas segala budi baiknya kepada Aku. AMIN.

Oleh Shakir Md Taha(PIS MPG 79/80)

Monday, November 10, 2014

TAKZIAH BUAT CIKGU HAMIDAH PIS 79/80

Salam dukacita kami buat Cikgu Hamidah diatas permergian suaminya Cikgu Kamaruddin Ali. Semoga Allah menempatkannya bersama orang yang soleh dan beriman.

Beliau telah kembali  ke rahmatullah pada 9 November 2014. Sebelum ini bertugas di Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Selepas tamat di Maktab Perguruan Gaya,Kota Kinabalu beliau dihantar bertugas di Sepitang,Sabah bersama isterina Puan Hamidah.

Semoga ruhnya dicucuri rahmat oleh Allah Yang Maha Esa.
Amin.


Shakir Md Taha(PIS 79/80)