Aku pernah ke Kg Terang,Balik Pulau.Pulau Pinang 30 tahun dahulu bersama Mamsin. Kami ke rumah Salim dan makan tengahari di situ.Ibu Salim yang masak. Cukup sedap dan menyelerakan. Kari dan masak lemak habis licin kami makan. Kami ke rumah Salim dengan bas. Berhenti dekat simpang dan berjalan kaki ke rumah Salim kira 1/2 kilometer. Tidak terasa penat.
Tapi kali ini Aku ke rumah kelahiran Salim bukan untuk makan tengahari tapi kerana menziarahi Ibunya yang sudah uzur. Bapa Salim dalam usia 89 tahun masih kelihatan segar. Dia tidak diserang sebarang penyakit. Kelihatan serious tapi peramah bila bertemu dan berbicara.
Hari itu sewaktu Aku sampai Ibu Salim kelihatan letih. Beliau sakit. Petang itu terpaksa dikejarkan ke Hospital Besar Pulau Pinang. Aku sempat bertanya kepada Dr. Yeoh yang bertugas pada itu petang tentang kesihatan Ibu ini. Menurut Dr. Yeoh wanita ini mengalami masalah kekurangan darah dan perlu ditambah darah. Dr.wanita ini cukup baik tutur katanya dan peramah. Semoga Ibu Salim cepat sembuh.