Our Chat Room

Wednesday, August 18, 2010

Sepetang di Kampung Terang,Pulau Pinang


Aku pernah ke Kg Terang,Balik Pulau.Pulau Pinang 30 tahun dahulu bersama Mamsin. Kami ke rumah Salim dan makan tengahari di situ.Ibu Salim yang masak. Cukup sedap dan menyelerakan. Kari dan masak lemak habis licin kami makan. Kami ke rumah Salim dengan bas. Berhenti dekat simpang dan berjalan kaki ke rumah Salim kira 1/2 kilometer. Tidak terasa penat.

Tapi kali ini Aku ke rumah kelahiran Salim bukan untuk makan tengahari tapi kerana menziarahi Ibunya yang sudah uzur. Bapa Salim dalam usia 89 tahun masih kelihatan segar. Dia tidak diserang sebarang penyakit. Kelihatan serious tapi peramah bila bertemu dan berbicara.
Hari itu sewaktu Aku sampai Ibu Salim kelihatan letih. Beliau sakit. Petang itu terpaksa dikejarkan ke Hospital Besar Pulau Pinang. Aku sempat bertanya kepada Dr. Yeoh yang bertugas pada itu petang tentang kesihatan Ibu ini. Menurut Dr. Yeoh wanita ini mengalami masalah kekurangan darah dan perlu ditambah darah. Dr.wanita ini cukup baik tutur katanya dan peramah. Semoga Ibu Salim cepat sembuh.

4 comments:

  1. bila hang pi sana? aku lama tak pi..

    ReplyDelete
  2. semoga ke2 ibu/bapa salim sihat selalu..

    ReplyDelete
  3. Aku dah beri tahu Salim nak pergi ziarah Emak Ayah dia.Salim kebetulan balik sebab emak dia sakit. Jadi aku pun terus ke Balik Pulau.

    ReplyDelete
  4. malam itu jam 9mlm syakir telepon aku nak ke rumah tapi aku kata jangan sebab hujan lebat takut jalan licin.Tempat aku adalah sebuah lembah di kelilingi bukit dan laut.Di sini ada 13 buah kampung yang 70% adalah orang melayu.Terletak di baratdaya Pulau Pinang.Jarak ke airport Bayan lepas ialah 12km dan ke Telok Bahang 15km.Keesokannya harinya shakir sampai menaikki BMW berwarna putih.Wau hebat shakir...
    Aku membawanya bersiar-siar di kawasan Balik Pulau.Dari kawasan Pertanian hingga ke tepi pantai.Dia kata cantik dan suka tinggal di sini.Balik pulau terkenal dgn durian, laksa dan buah pala. Kawasan di sini nyaman tenang dan kadar jenayah paling rendah. Masih terdapat orang tua yang berumur 80-90tahun.Kalau nak tau tentang Balik Pulau just taip Balik Pulau kat search.aku dan shakir sempat berbuka puasa di glugor dekat USM sebelum ke Hospital besar besar Pulau Pinang kerana menghantar bondaku yang sakit.Terima kasih Tuan shakir kerana menguatkan semangatku menghadapi saat sukar.Terima kasih bang non kerana memberi sokongan moral.Kini aku berada di KL dan bondaku juga telah sihat.

    ReplyDelete