Cikgu Nasir Jamaluddin baru-baru ini mengadakan kenduri kahwin anaknya dengan isteri pertama yang berasal dari Lahat Datu, Sabah.
Nasir suatu dikenali dengan nama 'Nasir Galak'.Nama ini cukup popular di Sabah. Sebut sahaja pasti orang kenal. Tetapi nama ini tidak dikenali di Semenanjung. Di sini dia lebih dikenali dengan nama 'Abang Nasir'.
Beliau sekarang bertugas sebagai Guru Besar di SK Tasik,Simpang Ampat,Seberang Perai Selatan. Beliau telah mendapat anugerah sebagai Guru Besar Cemerlang.
Dalam majlis perkahwinan anaknya,kawannya baik telah hadir setelah 30 tahun tidak bertemu wajah. Beliau ialah Cikgu Fauzan yang juga berkahwin dengan orang Lahat Datu.Beliau ini khabarnya ada bakat menyanyi. Menurut beliau Yusof Maulud orang Perak yang mengaku dirinya orang Johor,Fauzan terkenal di maktab kerana menyanyi lagu 'Abang Beca' semasa minggu orientasi. Dia berpusing-pusing semasa menyanyi. Entah kenapa begitu jadinya.
Gambar dengan
ihsan Tuan Yusof Maulud.
Berbaju putih Cikgu Fauzan bersama Cikgu Nasir