Our Chat Room

Monday, December 27, 2010

Zahari Manan Pada Disember 2010

Gambar ini rakam selepas makan tengahri di rumah Tuan Hj Badaruddin Mohd Khatib, Baling,Kedah. Tapi orangnya taklah sebesar mana.Kalau dibandingkan dengan anak gajah mungkin dekat-dekatlah. Aku sampai di rumah Hj Badar agak lewat sedikit. Dua kali TuanHj ini menelefon Aku. Aku sudah sampai di Baling sebelum zhohor lagi. Kali keduaTuan Haji yang pulang dari Mekah ini memberitahu nasi sudah lama sejuk. Aku terpaksa menunggu Tuan Zahari. Pukul 2.10 petang baru guru yang berasal ini muncul dengan birasnya orang Trengganu.
Setiap hujung tahun Zahari mesti pulang ke Kupang,Baling,Kedah. Semestinya. Perjanjian. Walau apapun hujung tahun Zahari pasti pulang ke kampung halaman rumah Bapa mertuanya.

Sunday, December 26, 2010

SALAM SAHABAT, KENANGAN & HAKIKAT

ALHAMDULLILAH, segala puji hanya untuknya, tuhan yang maha menentukan segala kejadian dan musabab.
Seperti yang sering disebut-sebut, dah 30 tahun tak jumpa, dah 30 tahun baru dengar khabar berita, dah 30 tahun apa perkhabarannya. Semuanya di alam maya dan talian optik, tapi kali ini aku benar-benar menemui kebenaran dan hakikat. Barulah betul-betul 30 tahun yang hilang kini kembali dipinjamkan sejenak bersama teman-teman lama MPG.

Di talian maya ini juga inginku buktikan aku bertemu, salam dan buat live eye contact ( dengan izin ) bersama saudara Shakir dan saudara Tn Hj. Badaruddin ( PIS ). Cuma amaranku pada pembaca, illusi imej yang dilihat jangan ditaksubkan sangat, maksud aku saiz badan si baju kuning tu. Saiznya taklah besar sangat, cuma ia adalah efeksi dari si baju putih yang amat kecil dan kecut.

Kami telah dijamu makan tengahari di rumah Hj Badaruddin, di Kg Bonggor, Baling. Panjang betul kisah lama yang kami ungkit sehingga masuk zon waktu asar, punyalah cepat masa berlalu. Ketika ini aku membelek-belek tubuh Tn Shakir yang kecil tetapi mantap. Kecik-kecil cabai padi, katik-katik kuat melompat, halus-halus ketetil berlari. manalah dia dapat kudrat untuk ke sana ke mari. Patutlah dia dapat kontek ramai teman MPG dan merapatkan silaratul rahim kita. Orang kecik memang macam ni agaknya. Rajin dan bersungguh.

Sebelum ini, aku di Pulau Pinang, sempat berjumpa dengan Non siam @ Robert of Singapore. kami berbual panjang juga di kedai kopi mamak. aku cuba kira rambut hitam yang ditinggal di kepalannya, macam tak nampak, yang pastinya ingatannya amat kuat pada kita di Gaya dulu. Banyaklah kisah-kisah lama diungkit kembali dan ranjau pengalaman hidup sesudah MGP 1980. Sebakk.....

Waktu ini, aku sempat berbual melalui telefon dengan Omar pendek di Alor Star. Dia dah jadi Pen. PPD bahagian IT & Maklumat di Simpang Kuala. Suara tak berubah, cuma gaya bertutur saja agak berbeza, gaya pegawai PPD. Takuttt.. aku.
Niat berjumpa di alor Star tak kesampaian sebab terpaksa balik baling.

Kalau nak diikut, ramai lagi aku nak jumpa, Nana Mamsin, Salim Ketungap, Che Li, Raja, dan ramai lagi. Yang pompuan tu biarlah dulu, bukannya apa, takut luka lama terasa sengal. Inilah padahnya kalau dulu syok sendiri, nak tapi takut. Namun seperti yang aku katakan, Allah maha mengetahui perjalanan hambanya.
Kan ??..

Okayla,sehingga dilembaran lain, Al Fatihah untuk saudara kita allahyarham Ngahpah B Mohd Noh. AL - FATIHAH. !!

Wednesday, December 22, 2010

Ku Temui Wajah Yang Hilang


Aku temui sosok wajah yang hilang di pinggir senja
Di sebuah pekan kecil yang bernama Kupang
Kupang sebuah pekan kecil yang tidak jauh daripada pekan Baling
Sesudah 30tahun ditelan waktu
sosok wajah yang berasal dari Johor baru aku temui
di sudut senja bersama secawan kopi dan sepinggan pasembur.
Tak sempat berbicara panjang kerana kesuntukan waktu
dan acara sedang menunggu di hadapan.
Zahari Manan,anak kelahiran Johor bertemu jodoh dengan orang Kupang.


OlehShakir Md Taha

Tuesday, December 21, 2010

Kang Robby: Artikel Hikmah: Kisah Sebatang Bambu

Kang Robby: Artikel Hikmah: Kisah Sebatang Bambu: "Blog Kang Robby - Sebatang bambu yang indah tumbuh di halaman rumah seorang petani. Batang bambu ini tumbuh tinggi menjulang di an..."

Tuesday, December 7, 2010

How poor people live

By Desi Anwar

One day, the father of a very wealthy family took his son on a trip to the country with the express purpose of showing him how poor people live.

They spent a couple of days and nights on the farm of what would be considered a very poor family.

On their return from their trip, the father asked his son, "How was the trip?"

"It was great, Dad."

"Did you see how poor people live?" the father asked.



"Oh yeah," said the son.

"So, tell me, what did you learn from the trip?" asked the father.

The son answered: "I saw that we have one dog and they had four. We have a pool that reaches to the middle of our garden and they have a creek that has no end. We have imported lanterns in our garden and they have the stars at night. Our patio reaches to the front yard and they have the whole horizon.

"We have a small piece of land to live on and they have fields that go beyond our sight.

"We have servants who serve us, but they serve others. We buy our food, but they grow theirs.

"We have walls around our property to protect us, they have friends to protect them."

The boy's father was speechless.

Sumber: http://www.kickandy.com


Saturday, December 4, 2010

Sudut Beginilah Jadinya

Apabila Aku dan Mamsin mengasaskan blog tujuan utama untuk 'mengumpulkan' kembali rakan-rakan(PIS) yang berselerak di negara. Akhirnya dapat kami temui wajah yang hilang 30 tahun yang lalu. Bermula sebagai guru pelatih lepasan maktab dan ramai yang kedudukan tinggi setelah berjaya menyambungkan pelajaran ke universiti dalam dan luar negara. Dan aku teringat senikata lagu yang didendangkan oleh Saloma
"anak punai,anak merebah,
anak sungai lagikan berubah,
inikan pula hati orang."

Perubahan suatu yang baik. Tapi tak ramai yang sanggup berubah. Mereka tidak sanggup meninggalkan keadaan yang tidak bahagia ini. Mahu tidak mahu terpaksa tinggal di dalam kepongpong yang ada sekarang.

Ada yang berani terus meninggalkan bidang perguruan ke bidang yang membuat mereka rasa bahagia. Dan memangpun mereka bahagia dengan bidang yang mereka pilih. Aku lihat mereka cukup gembira sekali dan Aku pun tumpang gembira sama dengan kejayaan mereka. Dan mereka telah berjaya mencari kebagiaan yang diidamkan.

Friday, December 3, 2010

Maria Ozawa

Maria Ozawa Main di Indonesia

Rabu, 05/05/2010 09:00 WIB - dhi

Bintang film porno asal Jepang, Maria Ozawa atau yang lebih dikenal dengan Miyabi dipastikan akan ke Indonesia. Ia tetap akan menjadi tokoh utama dalam film garapan Maxima Production dengan judul Menculik Miyabi.
Dilansir dari inilah.com, Selasa (4/5), wanita kelahiran Hokaido, Jepang, 8 Januari 1986 ini, bahkan diisukan akan mengunjungi panti asuhan dan akan memberikan santunan kepada anak-anak di panti tersebut. “Dia akan datang dan mau menyumbang ke panti asuhan,” terang Produser film Menculik Miyabi, Ody Mulya Hidayat. Ody sendiri mengaku belum bisa memastikan kapan Miyabi akan datang ke Indonesia.

Sementara, Film Menculik Miyabi sendiri akan diputar perdana untuk media pada Kamis (6/5). Ia juga tidak bisa menjamin Miyabi akan datang di acara tersebut. “Kami akan menggelar teleconference terkait film Menculik Miyabi ini,” katanya.
Sedikit mengulas mengenai Miyabi. Konon, ia sudah mengenal seks sejak ia baru berusia 13 tahun dan mempelajari 48 gaya berhubungan seks dari buku yang ia beli. Meski keluarganya tak menyetujui karier yang dijalani, namun cewek ini tetap nekat dengan apa yang dilakoninya. Sebagai bintang porno, dalam satu bulan Miyabi bisa menghasilkan sekurangnya 8.000 dolar AS dan ia mampu tinggal di apartemen mewah hanya dari penghasilan itu. (dhi)

Dipetik daripada harianjoglosemar.com/


Thursday, December 2, 2010

Haji Badaruddin dan Tuan Zahari Manan


Tuan Badaruddin telah kembali kembali ke Tanahair.
Kembali dengan bertaitel Haji.
Khabarnya batuk dan selsema sedikit.
Rumahnya terbuka untuk kawan.
Buat meneguk segelas kecil air zam-zam yang
penuh berkat.


Tuan Zahari Manan demam dalam perjalanan
menuju ke Baling.
Bersama anak-anak dan isteri.
Di Baling rumah bapa mertuanya.
Hujung tahun pulang ke Baling.
Seperti yang termaktub dalam 'kitab'.











Indonesia Negara Yang Kaya Raya.Kenapa Dirundung Derita?

http://www.eramuslim.com/berita/analisa/derita-korban-kejahatan-pengiriman-tkw.htm