ALHAMDULLILAH, segala puji hanya untuknya, tuhan yang maha menentukan segala kejadian dan musabab.
Seperti yang sering disebut-sebut, dah 30 tahun tak jumpa, dah 30 tahun baru dengar khabar berita, dah 30 tahun apa perkhabarannya. Semuanya di alam maya dan talian optik, tapi kali ini aku benar-benar menemui kebenaran dan hakikat. Barulah betul-betul 30 tahun yang hilang kini kembali dipinjamkan sejenak bersama teman-teman lama MPG.
Di talian maya ini juga inginku buktikan aku bertemu, salam dan buat live eye contact ( dengan izin ) bersama saudara Shakir dan saudara Tn Hj. Badaruddin ( PIS ). Cuma amaranku pada pembaca, illusi imej yang dilihat jangan ditaksubkan sangat, maksud aku saiz badan si baju kuning tu. Saiznya taklah besar sangat, cuma ia adalah efeksi dari si baju putih yang amat kecil dan kecut.
Kami telah dijamu makan tengahari di rumah Hj Badaruddin, di Kg Bonggor, Baling. Panjang betul kisah lama yang kami ungkit sehingga masuk zon waktu asar, punyalah cepat masa berlalu. Ketika ini aku membelek-belek tubuh Tn Shakir yang kecil tetapi mantap. Kecik-kecil cabai padi, katik-katik kuat melompat, halus-halus ketetil berlari. manalah dia dapat kudrat untuk ke sana ke mari. Patutlah dia dapat kontek ramai teman MPG dan merapatkan silaratul rahim kita. Orang kecik memang macam ni agaknya. Rajin dan bersungguh.
Sebelum ini, aku di Pulau Pinang, sempat berjumpa dengan Non siam @ Robert of Singapore. kami berbual panjang juga di kedai kopi mamak. aku cuba kira rambut hitam yang ditinggal di kepalannya, macam tak nampak, yang pastinya ingatannya amat kuat pada kita di Gaya dulu. Banyaklah kisah-kisah lama diungkit kembali dan ranjau pengalaman hidup sesudah MGP 1980. Sebakk.....
Waktu ini, aku sempat berbual melalui telefon dengan Omar pendek di Alor Star. Dia dah jadi Pen. PPD bahagian IT & Maklumat di Simpang Kuala. Suara tak berubah, cuma gaya bertutur saja agak berbeza, gaya pegawai PPD. Takuttt.. aku.
Niat berjumpa di alor Star tak kesampaian sebab terpaksa balik baling.
Kalau nak diikut, ramai lagi aku nak jumpa, Nana Mamsin, Salim Ketungap, Che Li, Raja, dan ramai lagi. Yang pompuan tu biarlah dulu, bukannya apa, takut luka lama terasa sengal. Inilah padahnya kalau dulu syok sendiri, nak tapi takut. Namun seperti yang aku katakan, Allah maha mengetahui perjalanan hambanya.
Kan ??..
Okayla,sehingga dilembaran lain, Al Fatihah untuk saudara kita allahyarham Ngahpah B Mohd Noh. AL - FATIHAH. !!
Insyallah, aku balik baling setiap tahun. Dah ada MOU ngan bini. kalau tak, periuk belanga terbang melayang-layang ( lagu P. Ramlee ). ha ha ha, saja gurau.
ReplyDeleteSalamku pada Tn Shakir : manusia itu berubah kecuali pinggan mangkok, tetap seperti itu, jika dijaga dengan baik.
Zahari yang berbaju kuning tidaklah sebesar gajah Tok Mia.Orangnya kelihatan sasa tapi sayang sedikit gigi atas disebelah kanan sudah hilang. Bila senyum alahai....Puan Siti(PMIA) jangan pengsan bila perasaan yang kawan kita ni bertaraf Dato tapi belum berDatuk.
ReplyDeleteTahniah Tuan Shakir, tuan benar2 boleh menghidupkan nostalgia dan semangat MPG yang sama2 kita lalui. Memang benar exMPG hebat2 belaka. TQ
ReplyDeleteTerima kasih Tuan MRS.Saya cukup gembira dengan komen Tuan.
ReplyDelete