"anak punai,anak merebah,
anak sungai lagikan berubah,
inikan pula hati orang."
Perubahan suatu yang baik. Tapi tak ramai yang sanggup berubah. Mereka tidak sanggup meninggalkan keadaan yang tidak bahagia ini. Mahu tidak mahu terpaksa tinggal di dalam kepongpong yang ada sekarang.
Ada yang berani terus meninggalkan bidang perguruan ke bidang yang membuat mereka rasa bahagia. Dan memangpun mereka bahagia dengan bidang yang mereka pilih. Aku lihat mereka cukup gembira sekali dan Aku pun tumpang gembira sama dengan kejayaan mereka. Dan mereka telah berjaya mencari kebagiaan yang diidamkan.
No comments:
Post a Comment