Our Chat Room

Tuesday, March 15, 2011

Raudhah Di Selatan Thai


Anak kecil ini menghayunkan langkah dengan berpakaian yang cukup segak,manis dan sopan.Di sini mereka belajar Bahasa Thai, Bahasa Inggeris, Arab dan Bahasa Melayu. Mereka menamakannya sebagai Raudhah(Tadika). Murid yang berumur seusia 2 tahun diterima masuk. Kemudian mereka menyambungkan pelajaran ke darjah 1 di sekolah yang sama apabila meningkat usia 6 tahun.

Di sekolah ini namanya Ma'had Ehya As-Sunnah, Sadao Songkhala. Selatan Thai. Di sinilah mereka dididik supaya mengenal budaya bangsa dari kecil hingga dewasa. Di sinilah bahasa bangsa dihidupkan. Kata pujangga, bahasa itu menunjukkan bangsa. Lenyap bahasa lenyaplah bangsa.

Kata pantun Melayu:-
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa:
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Oleh Shakir Taha

No comments:

Post a Comment