Dua buah ambulans milik Mesjid Yala
Stesen radio milik Mesjid Yala
Perjalanan ke Yala tidaklah payah. Jalannya cantik. Kiri kanan jalan raya tumbuhan hijau hidup segar menghijau. Sejuk mata memandang. Bukit bukau tersergam indah. Subhanallah.
Aku cukup beruntung mempunyai rakan seperti Ustaz Kamaruddin yang cukup arif tentang bumi Pattani ini. Inilah kali pertama Aku menjejakkan kaki di bumi bertuah ini Bumi yang banyak menyimpan dan melahirkan para alim ulama. Negeri Sheikh Daud Pattani.
Ada waktunya ketenangan bumi Pattani dikocak,bergolak dan berdarah! Mangsanya umat Islam yang tidak berdosa. Biarpun begitu hidup perlu diteruskan. Umat Islam Pattani lebih banyak berdikari. Mereka membangunkan madrasah, pasentren, masjid, stesen radio dan menyediakan ambulans sendiri. Semuanya untuk ummah.
Stesen radio berlesen ini boleh menjangkau sejauh 15 kilometer dan ada waktunya sejauh 30 kilometer. Seorang DJ sepenuh masa bertugas di sini. Selebihnya diambil alih oleh sukarelawan bila tiba waktunya. Stesen radio menggunakan bahasa daerah Kelantan.
Ambulans milik Mesjid Yala ada 2 buah. Ia sentiasa siap sedia. Siang dan malam sedia menanti tanpa soal. Matlamatnya berbakti dan berkhidmat. Biar umat selamat. Mentari tetap bersinar di Yala. Cahaya bulan tidak dikuburan.
Kalau sebut Danok semua orang tau iaitu sempadan Malaysia Thai.Aku pernah ke Sadoq beberapa tahun yang lalu .Aku menaki bas panjang berbentuk lama.Kita akan melalui jalan-jalan kampung yang berdebu.Bas pula penuh sesak dengan penumpang.Itu pengalaman pertama aku.Kita tanya member-member Kedah atau Perlis, mereka lebih arif.Mungkin mereka pergi ke sana setiap bulan.Aku suka pergi hadnyai sb bandarnya besar dan banyak yang kita boleh lihat di sana.
ReplyDeleteIni pengalaman pertama Aku ke selatan Thai.Aku naik kereta.Dekat Bukit Kayu Itam pintu masuk ke Thailand penuh sesak dengan orang. Mereka berbaris panjang untuk mengecop paspot. Pengurusan paspot agak cepat juga walaupun ramai orang. Ini pemandangan biasa di waktu cuti sekolah. Ramai pelancong dari Malaysia masuk ke Thailand terutamanya kaum Tionghua.
ReplyDelete