Our Chat Room

Wednesday, March 2, 2011

Aku Teringat Pada Sepasang Merpati Sejoli

Masa remaja hidup penuh pancaroba. Aku membuka lembaran lama Maktab Gaya Kota Kinabalu. Nama yang tidak lupus dari ingatanku. Nama yang amat keramat ini tersemat didada hingga kiamat.

Demikian juga merpati sejoli yang masih Aku ingat namanya. Ingat wajahnya. Khabarnya masih hidup di alam buana ini. Tapi yang Aku tidak tahu adakah mereka ini hidup bahagia.Adakah mereka beranak dan bahagia. Sehingga kini Aku hanya menemui seorang saja. Seorang lagi dari pasangan ini tidak Aku temui. Aku pernah sekali berbicara dengan dia tetapi dia tidak mengenali Aku. Aku tidak menyalahkan dia kerana tidak ingat atau mengenali Aku. Masa 30 tahun telah memisahkan kami.

Tapi Aku masih ingat kisahnya' dijerkah' oleh anjing yang berkeliaran di maktab. Dia menangis dan meracau.Pujuk oleh sang 'kekasih'. Tidak menjadi. Pujuk rayu tidak menjadi.Terus menangis lagi macam anak kecil. Malam. Malam sudah merangkak tua. Matanya masih menyala.Menangis lagi macam anak kecil kelaparan susu. Tapi sang 'kekasih' tetap setia menanti ditengah malam yang meningkat tua. Aku hanya lihat dari jauh drama sebabak ini kerana suara tangisan ini telah memecah kesunyian malam. Ketenangan malam telah dikocak.Tidur tadi yang dibuai mimpi indah terganggu dan terputus. Apapun biarlah ku tiduri malam ini kerana mata sudah dikucup ngantuk. Besok ada kuliah.

Khabarnya lelaki itu lari luar dari bilik. Dia berlari kencang. Seperti kuda di tempat lumba kuda.Tempat lumba kuda di Tanjung Aru. Tapi Aku hanya mengekori dengan mata sahaja. Aku fikir biarlah berlari. Biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya.

Tiba-tiba dia disergah oleh sekor anjing yang bermalam di tepi dewan. Lalu berlari lintang pukanglah Si Romeo ini dengan penuh ketakutan. Hilang lenyaplah semangat kejantanannya pada malam itu!Maka tertawalah segala pohon-pohon yang ada di situ. Dan pohon bamboo kuning itu menyaksikan segala aksi tari malam itu. Pohon bamboo kuning itu sebagai saksi dan sebagai penyimpan segala rahsia dan gerak tari makhluk yang bernama guru pelatih.

4 comments:

  1. Aku mahu ke Maktab Gaya. Boleh aku dapatkan no. talipon Sdr Momin.

    Gaya 78/79

    ReplyDelete
  2. Tolong smskan no.tel Anda kepada saya.

    ReplyDelete
  3. Kalau jadi merpati dua sejoli boleh terbang tinggi-tinggi.Tak semua merpati dua sejoli dapat terbang hingga ke awan biru.Ada yang patah sayap dan melayang jatuh ke tanah.Ada merpati yang disambar helang.Jangan hanya terbang 'dua sejoli' biar terbang beramai-ramai.Berkasih biar seribu berkawan biar satu(maaf tersasul).Teringat pantun kawan aku..Kalau ada sumur di ladang biar saya tumpang mandi,kalau ada umur panjang nak menikah sorang lagi...Jawab shakir jawab.

    ReplyDelete
  4. Terbang tingi-tinggi
    Hajat dihati nak pasang lagi
    Apakan daya Tok Kadi selalu mengaji
    Bila tiba hari Tok Kadi cabutlari.
    kah,kah,kah,kah

    ReplyDelete